Membina keyakinan diri

Ada orang anggap karaoke ini membuang masa dan menyumbang kepada jumlah jatuhan hujan di satu-satu tempat.(Haha janganlah percaya benda ini).Tapi sebenarnya,karaoke ini mempunyai kebaikan yang tersirat.

Adakah anda seorang yang gugup di khalayak ramai,atau anda seorang yang boleh bercakap di khalayak ramai.Ada segelintir orang yang kurang yakin apabila bercakap di khalayak ramai termasuklah saya.Ini kerana saya rasa begitu susah untuk mengawal ‘crowd’ yang sangat besar.I’m very comfortable to talk to a small group of people rather than a large group- Sheldon Cooper. So kalau si Sheldon Cooper yang mempunyai 2 PHD dan 1 Master pun gugup, ini kan pula kita yang cikai-cikai ini.Jadi salah satu untuk membina keyakinan diri melalui karaoke.

Ada orang beranggapan mudah terhadap kuasa karaoke,”Alah,ko menjerit, bukan nyer praktik apa-apa pun” situasi ini mungkin benar kalau anda menyanyi menggunakan karaoke jamban dan duduk melalak seorang diri di dalam tu.Benar memang tak dapat apa pun, tapi pernah tak anda cuba menyanyi di hadapan sekumpulan orang yang anda tidak kenali , let say about 10 strangers?Atau contoh yang paling senang adalah, 10 orang kawan anda sendiri.Cuba lihat situasi yang berlaku.

Berapa ramai yang berdiri dari tempat duduk dan perform di hadapan kawan-kawan daripada yang duduk menyanyi memandang screen di mana hanya suara yang ‘menyumbangkan’ itu di tuju kan kepada screen LCD pusat karaoke daripada di tujukan kepada kawan-kawan anda?Situasi ini sama apabila anda di suruh untuk membuat pembentangan di hadapan kelas berbanding pengajar menyuruh anda membaca nota dari buku anda tanpa perlu bangun dari kerusi.Lain kan?

Jadi kalau anda betul-betul praktikkan, anda boleh mendapat kebaikan daripada sesi hiburan ini juga.Apa yang penting bukan apa yang anda buat,tapi apa yang anda dapat daripada melakukan sesuatu.Contoh seperti tidur, kalau tidur membuta memang tak dapat apa-apa, tapi kalau tidur untuk mencaskan kembali tenaga untuk lebih produktif, haaa itu yang sebaik-baiknya , bagus juga kalau kerap ke karaoke ini, di samping membina keyakinan diri, kita boleh juga mendapat bakat-bakat baru yang mungkin dapat memecah dunia hiburan akan datang ,so selamat menyumbangkan lagu.Di sini saya upload beberapa video karaoke khas untuk tontonan anda.Semoga terhibur yer?

Coba daripada abang

httpv://www.youtube.com/watch?v=U-Nvf00Ldr8

Kasih tercipta daripada adik

httpv://www.youtube.com/watch?v=PncQTB3szQo

Cover grenade daripada Amir Ridwan, Amir Ihsan, Hanis, Sireen

httpv://www.youtube.com/watch?v=qt8E7frPL3g

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

5 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »