Dalam kesibukan saya menguruskan perkara-perkara untuk kemalangan yang saya alami, saya mendapat berita yang sedih.BH Lee atau Lee Boon Hin, jurulatih saya sewaktu di dalam Persatuan Bowling TenPin Pahang telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Saya agak terkejut kerana tiada berita yang mengatakan dia sakit dan saya baru berjumpa dengan beliau pada hari raya yang lepas.Menurut kata kakak saya,Wai Teng, beliau telah di admit ke dalam hospital selama 2 minggu akibat penyakit (infection something yang tidak dapat di kenal pasti) cuma selepas dia pergi,dia dikatakan mempunyai barah tulang.
Lee seorang jurulatih, dia pembantu jurulatih sebenarnya yang agak garang luarannnya.Diluar latihan dia seorang yang kelakar sebenarnya, apa-apa sahaj masalah boleh dicerita dan di kongsi bersama beliau.Teringat kembali sewaktu saya mula-mula mengenali beliau, sewaktu itu beliau bekerja sebagai mekanik di Premiumlanes.
Setelah di serapkan masuk ke dalam PBTP, beliau menjadi jurulatih,pembantu jurulatih,manager dan beberapa jawatan lain di pegang oleh beliau.Sewaktu di circuit negeri sembilan, saya mengalami masalah dengan lane, memandangkan saya tidak sempat untuk membuat latihan sebelum pertandingan.Di kala orang lain sibuk membuat markah yang melambung tinggi,saya terkial-kial cuba mencari ‘line’ yang sesuai.Lee datang di belakang saya dan menyuruh saya memperlahan langkah.And guess what, I’m back in the game. :-D
He’s more than a coach.
He’s more than a manager.
He’s more than instructor.
He’s a friend.
Like a bird singing in the rain, let grateful memories survive in time of sorrow. You are in our prayers. Deepest condolence.
P.S:I’m gonna missed your “Hey, Leng Chai!!!!”
4 Responses
yup, itu muthu..my senior :-)
aku tak berkesempatan kenal beliau. tp aku turut bersimpati..
p/s : gambar sukma tu tak leh blah.. mudanya pa.. yg indian tu muthu eh?
dia pergi dengan mengejut..macam tak percaya jer hurm… :-(
semua manusia akan lalui saat ini..yang pergi biarkan pergi.yang ada, teruskan hidup dengan lebih baik dan bermakna…