Bila lelaki di ngorat

Hari ini saya hang out dengan kawan saya yang handsome, [email protected] apa saya kata dia handsome?sebab mak saya pun referred “tadi mak jumpa kawan Abg(saya) yang handsome tu dekat bandar”.So nak tengok handsome ke tak?ni muka dia.

haaa ni die, eh, ni silap ni kawan rapatku, jon

Sorry silap, Mac ini buat hal pula.Ada bug dalam operating system that might cause some failure upon uploading the phots from the… apa benda aku merepek ini jap.Ni ha muka dia…

Abeng

Ok handsome tak?agaklah kan.Okay sebab si Abeng ini, (jangan tanya kenapa panggil abeng, aku malas nak terang), nak tengok sangat Tron, jadi saya pun bersetuju untuk menemani beliau menonton cerita tersebut.Kata S, cerita dia tak best, tapi sebab dah janji nak teman Abeng tengok so,aku follow tengok cerita ini.

tron legacy in 3d

Sampai je saya di ECM, terus menuju ke bowling alley untuk menonton..eh jadahnya gi bowling alley…Saya pergi ke GSC untuk bertemu dengan Abeng.Selepas perbincangan hangat, kami decide alang-alang tengok je lah 3d, bagus juga kan?So it’s decided.

bersiap sedia nak masuk ke dalam THE GRID
Abeng nak jugak, nasib baik abeng bukan "saya toot saya ok" hahaha

Okay kalau nak kritik filem ini, tak berapa nak reti.Tapi kami sama-sama like this film.Hebat juga cerita dia.Kalau sesiapa tak pernah tengok cerita ini,dulu, Tron ni baik, tapi tiba-tiba di convert jadi jahat oleh CLU.Untuk kisah selanjutnya sila ke pawagam yer.Saksikan dalam 3d untuk kepuasan maksima.

Lepak kejap dengan Abeng.Mundar-mandir, berkongsi cerita, sempat lah melabuhkan punggung dekat kerusi merah di ECM tu.Tengah seronok berborak datang dua orang gadis menghampiri kami.

Perbualan lebih kurang seperti berikut

“Hai, perasan tak perempuan yang dekat atas tu, dia minta nombor”
“Er,minta nombor?nak buat apa?”
“Alah nak berkenalan, boleh tak bagi nombor ?”
saya pandang Abeng “Abeng bagilah no ko,”, “Eh, bagi no ko lah”
saya pandang balik budak perempuan tu..
“Err,nak nombor siapa sebenarnya ini?”
“nak dua -dua, sebab ada dua orang budak perempuan yang perhatikan korunk dari tadi,leh tak?”
Abeng berkata”Kita orang bukan sombong tapi kita orang lebih prefer kalau jumpa face to face, tak ada problem pun kalau nak berkawan”
“tapi dia tu pemalu”
“Eh, kalau nanti nak jumpa kemudian tak malu pula ke?”kata saya
“Alah, nanti boleh lah mms gambar ke, leh jumpa kemudian”
“Eh tak mahu lah bagi nombor dekat orang saya tak kenal, kalau dia nak, suruh dia minta sendiri”kata saya sambil senyum-senyum kuda tgk dia dah gelisah
“Jap eh,” kata gadis tersebut sambil membuat panggilan telefon.saya sambung perbualan rancak bersama Abeng, selang beberapa minit.
“Dia malu lah, saya pun nervous ni,macam nilah ambil no dia, nanti awak miss call dia eh?”
“Eh kenapa pula saya nak miss call dia, kenal pun tak”
“Dia tu umur berapa?”tanya saya
“18 lah”
saya dalam hati, besar betul 18 tu hehehe
“tahu tak kami ini umur berapa?”
“berapa?”
“20 lebih dah”
“Apa?50?” kata kawannya yang sengal-sengal ubi akibat nervous…
“hahahaha,”gelak sama-sama
“Boleh tak bagi nombor?kita orang nak cepat ni”
“Maaflah kita orang tak bagi nombor kat stranger,kalau nak jumpa dulu”
“Oh takpelah, sombong ar,” lalu berlalu pergi meninggalkan saya dengan Abeng yang sedang tersenyum kambing…
senyuman manis menwan hati, gadis ku pertiwi

Selepas habis senyum saya pun ambil keputusan nak bergerak pulang ke rumah.Lagipun dah nak maghrib.Tak elok duduk lama-lama dekat luar time maghrib.Apa – apa pun Tron best lah S , tapi mungkin saya nampak apa awak tak nampak. :-D

"Kalau nak berkenalan saya lebih prefer face-to face"- Firdaus Noh , 2010

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

5 Responses

  1. nadirah:no comment hehe
    memy:kena jumpa depan-depan baru terpegun,alah tak mahu ar bagi nombor dekat orang tak kenal, tak pasal kena kacau kang hahaha lol
    ara:uih handsome kot,ngande pah ni
    adik:ayat adik sangat tidak boleh blah…

    1. hahaha hensem bagi gay tak leh bla ayat ara. :p penah jugak awak couple dengan die hehe :D

  2. sebagai perempuan, biase jek abeng ni….tak le ensem mane pon.maaf abeng (aku jujur.)hahaha…

    ko neh,kesian minah tu, tak tak.kesian kawan minah tu sebab dia yang malu….tapi bagus ler budak tu, berani mencube…tapi tu ler.budak2 baru nak up kan?jangan berani tang ni jek, tang lain kecut…kan kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »