Narnia and Saspian, eh Caspian

Dah tengok wayang?kalau belum silalah ringan-ringankan kaki untuk melangkah ke pawagam berhampiran untuk menyaksikan Narnia.Yer, Agy dan Anym saya tahu saya dah tengok tapi tak salah tengok sekali lagi betul?

saya suka tikus tu, macam En Baha

Onguard!!!

Wayang bermula pada pukul 9.50 malam.Saya yang biasanya awal, telah terlambat akibat salah faham.Tapi dengan pantas saya telah memecut menuju ke tempat tayangan dengan sepantas mungkin.Nasib baiklah, terdapat satu parking space khas untuk saya dekat belakang bangunan hijau.Lif pun macam memahami je,kehendak saya.Jadi saya pun mengorak langkah menuju ke GSC.Nasib baik dia orang tak siap lagi, masih membeli bertih jagung, dan mereka telah sempat merakam gambar untuk kenangan di Kuantan . ( Orang KEy ELL) bak kata-kata adik.

Hai, I’m adam, Hai I’m anis,Hai I’m Ezza, Hai I’m Sireen

This is my lil sista and my lovely cuzzy

Berlaku beberapa kejadian di dalam pawagam.Sebenarnya saya dan aqies dah tengok cerita ini.Aqies tengok lagi pasal minat sangat dekat Caspian tu.Saya tengok lagi pasal, pasal,pasal, haaaaa pasal ar.Masa tengah tengok itu,saya dan Aqies menahan gelak mendengar komen-komen bernas daripada adik yang duduk di belakang kami.Di tengah-tengah acara menonton itu, Aqies terbau benda yang kurang menyenangkan, dan bau itu masih lagi menjadi misteri hinggalah ke masa blog ini ditulis.Mungkin kentut kah?atau cagu kah?atau air besar kah?itu kita tak tahu.

satu benda tidak logik terjadi apabila (spoiler alert) Reepicheep nak ke negara Aslan, soalannya mana datang bot kecil tersebut siap dengan dayung sekali.Saya dan Aqies ber high five bersama kerana kami sama-sama confius.

Di sepanjang perjalanan cerita, saya di hiburkan dengan keluhan Hanis dan Aqies tentang betapa handsomenya caspian.Eh?korunk tak kenal caspian ker?jap..

ni lah die, eh silap

nilah caspian

Handsome kan?handsomelah juga.Sampai habis bertih jagung di makan tapi pujian terhadap dia tetap tak habis.Sebelum keluar dari wayang, eh sebelum keluar dari bangunan hijau, kami sempat bergambar sebentar.Orang Key ELL kan? :-P

Smile…ngeeeee~
diri rengang-rengang , Malu itu perisai orang beriman

dua orang ini talented , checkout video kat bawah

httpv://www.youtube.com/watch?v=–sF0qTr54I

Sebelum balik, masing-masing yang mempunyai perut yang besar, bergerak menuju ke Midnite.Tempat ini memang kena bagi saya percent pasal promote kedai ini.Atleast bagi kad diskaun untuk nasi goreng kampung kan?Eh dah ke laut dah pulak…Okey nasi di order, dan sambil menunggu kami berkongsi cerita.Kelihatan mereka begitu seronok bermain bersama iPhone.Abis ar bateri saya macam ni…

Habis bateri ku macam ini….

Aqies”alah balik nanti charge lah abang fadli ngeeee~~~” Begitu leka sekali mereka bermain permainan Moron Test.Memang agak addict lah permainan tersebut.sambil-sambil dia orang main tu..

jangan ikut aksi ini kalau tak mahu di halau keluar dari kedai, terima kasih

kesengalan pukul 1 pagi

Selepas habis menjamu selera, hantar mereka-mereka yang comel ini pulang ke rumah tok.Lepas tu sempat lepak sekejap di Padi.

gigi tanpa braces.....sejak bila aku pakai braces?sengal ubi

kesengalan membuktikan adik ku ini dah sihat hahaha

P.S You missed the scent,but I missed everything

gambar credit to Amir ridwan

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »