Mamak oh Mamak

Benda ini dah lama jadi, tapi entah kenapa aku teringat balik cerita pasal ni.Mungkin sebab aku makan buah longan semalam kot.Dulu sebelum aku mendapat cerita yang kurang menyenangkan tentang kedai-kedai mamak di sekitar kuantan , sinilah port tempat berborak dan membuang masa yang berharga tu.

Dekat sinilah aku kenal nasi goreng kampung dengan cili potong yang memang sampai sekarang menjadi kesukaan aku.Tapi bukan dekat kedai mamaklah, aku makan dekat midnite restoran.Nak di jadikan cerita pada suatu hari, jangan tanya hari apa dan waktu pukul berapa sebab kalau korunk tanya pun aku memang tak ingat pun.

Setelah memilih posisi kedudukan meja untuk menghabiskan masa yang berharga, kita orang pun di hampiri oleh mamak kedai ni.Marilah kita menamakan mamak kedai T.So bila datang mamak ini, kita orang pun order lah, yang ada dekat situ aku tak ingat siapa tapi yang aku pasti sedara aku si Idham memang ada.So kami membuat pesanann minuman daripada mamak tersebut.Bila sampai giliran Am, “Teh O ais Laici” aku hairan juga sebab mungkin aku agak koman disini sebab tak familiar dengan minuman tersebut.Selepas beberapa ketika selepas menambah dosa dengan mengumpat dan bergossip (siapa kata lelaki tak bergossip?lagi hebat kot, aku kenal raja dia, bukan raja lawak atau raja kapoor, tapi raja gossip :-D ), minuman pun sampai.

Kita orang eh maksud aku , kami pun mendapat pesanan masing-masing kecuali seorang je yang tersilap minumannya, Am.Am dapat milo.So sebab si Am ini malas nak tukar air so dia pun redhalah dengan air baru dia (memandai aku, mana aku tahu dia redha kan?).Sebelum aku sambung, aku rasa macam jauh benar air teh o dengan milo untuk mamak tersebut buat kesilapan tersebut.Nak-nak air yang Am minta agak unik dan aku pasti dalam 10 orang mungkin 3 orang je yang order air teh o laici.Mungkin keadaaan yang sibuk menyebabkan berlaku kesalahan tersebut aku tak tahu lah kan.

Kembali bercerita.Si Am yang mendapat air tu pun minum , katanya rasa air tersebut agak kepelikan sikit.Tak seperti air Milo biasa.Malang nasib kau, entah-entah Milo basi kot?Di godey punya  godey (godey = the act of stirring,kacau ar ) air milo tu, tiba -tiba.”Ni apa benda pula ni?”

Guess what?

WHAT?!!!(sahut pembaca di dalam hati)

Rupa-rupanya ada laici dalam air milo tersebut!!!Mahu tak tergelak aku bila nampak ada laici timbul di kail keluar dari air milo yang kecoklatan tu.LOL :rotfl:

mamak oh mamak… sudahlah kau bawa air salah, dalam Milo kau boleh letak laici pulak.Bagaimana pula kesalahan ini terjadi?mungkinkah mamak itu tersilap dengan menyangka uncang teh itu adalah serbuk milo?

Kesalahan mamak itu terus diselubungi misteri.

P.S  tak silap kena charge dekat rm5 air tu hahaha….

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »