Nombor Ekor

Dari cerita Adnan Sempit aku agak mengemari lakonan  Shaheizy Sam ni.Lakonan dia sangat bersahaja.kalau tak percaya pergi tengok cerita Adnan Sempit.Aku tak sempat nak layan yang series punya, tapi yang aku tahu filem dia yang kat panggung memang best lah.Cerita seterusnya yang aku tengok adalah cerita Ngangkung.

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan menggunakan barangan sembahan atau alat untuk dipuja oleh bomoh yang kononnya boleh memberikan nombor bertuah kepada si pembawa. Barang tersebut selalu benda-benda yang unik dan sukar untuk di jumpai contohnya seperti keris lama, lembing dan sebagainya.Kononnya, benda-benda ini di gunakan sebagai perantaralah lebih kurang macam tu.

Filem ngangkung ni menceritakan tentang Zim, seorang pemandu lori yang miskin yang tinggal di sebuah perkampungan bersama isterinya Suri dan anak perempuannya, Wahida. Zim mempunyai 2 orang sahabat baik iaitu Tasnem dan Wan. Tasnem dan Wan merupakan ‘kaki ekor’.

httpv://www.youtube.com/watch?v=NiyO1lPjPPI

Zim terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnem Berjaya menjadi senang akibat memenangi nombor ekor hasil ngangkung dia dan si Wan. Bermula dengan hanya untuk melihat, Zim mula mengikut jejak langkah Tasnem dan Wan secara senyap tanpa pengetahuan isterinya Suri.

Pelbagai cara dan jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor ekor dengan harapan untuk emnjadi kaya. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Zim berlaku apabila dia terlibat secara serius lantaran Berjaya memenangi nombor ekor sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga akibat taksub.

Sehinggalah satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahannya?kalau nak tahu pergi tengok di pawagam berhampiran anda, confirm tak menyesal punyalah… :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »