Dah seminggu sejak saya mendapat speedlite untuk kamera ku :-D , tapi baru teringat semalam nak mendaftarkan warranty dengan pihak Canon.Tambah kucar – kacir pasal resit dah lupa letakk kat mana…haih, peringatan benda2 yang penting tu kena letak di tempat yang senang di capai dan bukan di tinggalkan didalam beg plastik.Nasib baiklah beg plastik tu tak di buang lagi kalau tak rugi lah pulak tak dapat extend warranty tu.Barang bukan murah beb,buat kalau kena servis takda warranty terbang juga puluhan ringgit.Hurm menyesal jugak terfikir yang saya tak daftarkan printer laser jet yang baru di beli hari tu, nak register tgk2 dah lepas tarikh tamat so tak boleh buat apa-apa lah.
Semalam trisyia ada pertandingan menyanyi,walaupun tak sempat tengok tapi berjumpa jugaklah dengan si kecil tu di Restoran Santai , Tanjung Lumpur.(Santai kena bagi komisyen ney).Sampai2, Duduk berborak dengan family uncle nadzer dengan aunty mah.Tujuan ke situ sebenarnya nak amik si NAzz pasal ada hal perniagaan nak bincangkan, sempat jugaklah menjamu selera berserta dengan jus apple.Abis pekena dengan nasi, kami bergerak menuju ke Starbuck Megamall Kuantan.Beberapa perkara di bawa dalam perbincangan and it seems bulan April and May ni macam boleh menampakkan hasil dari beberapa plan kami sejak awal tahun.Syukur,syukur :laugh: …. we are expecting shipment goods from U.S this week.Nak tahu apa dia, tunggu dan lihat je nanti. :rotfl: .
Kemudian sebelum pulang, kami mengambil keputusan untuk singgah di Djantek.Tujuannya nak duduk lepak2 jer, tapi nak id jadikakn cerita my Mak wa amik pulak order dari kiteorang, 2 honey lime juice memang best.Keadaan di bistro ayah saudara ney memang tenang,sesuai untuk berborak dan candle light dinner bagi pasangan kekasih.Eceh, macam lah tahu sangat kan..but the place is very nice and comfortable.Berborak2 dngan cousin2 dan rakan2 memang seronok hehehe….
Selepas menghantar Dr.NAzz (PHD bukan Medical) pulang, drive lah seorang diri balik kerumah.satu fenomena yang saya baru perasaan di Kuantan ney, kereta macam dah semakin banyak, tgh malam pun still busy hurm, yelah tak lama lagi nak jadi bandaraya kan..
Balik2 terus YM since dah janji dengan encik Bobot @ Caer nak berbincang skit pasal project photography kami.2 jam jugak kami berbincang sehinggalah mata saya mengaku kalah dan ingin lena di buai mimpi.Letak2 call, terang pulak mata ney, apa lagi BBT seround actually tak tahu dah berapa round dah BBT ney hahaaha…BBT stands for BIg BAng Theory siri comedy yang sangat lucu bagi saya , bagi korunk tak tahu lah kan… apa kata orang beauty lies on the eyes of the beholder haaa omputih gitu, ada orang kata :pig: tu comel dan cute serta cantik bagai tapi saya kata :pig: tetap :pig: . Fakta kot, jgn pusing2 hehehehehe… u dont have to agree but you will be foolish not to agree, you got me? nope..i guess not…takpe takpe… Oh sambung balik, tgh doklayan BBT, terpandang icon garena,hurm lama pulak tak tekan icon ney..so tanpa membuang masa, COD 4 lah pulak 3 round…since connection di negara ney agak perlahan berbanding negara luar, memang sah2 lah takleh nak compete.Malas nak main server negara sendiri since dieorang enable kan cheat sampai kan belakang dinding pun boleh nampak.Mana seronok main macam tu kan?
Oh saya baru saja memuat turun film Avatar dan New Moon.Entah kenapa, tetiba saya sangat meminati “the meadow” by Alexandre Desplat.Muzik die memang bestlah,dulu saya selalu dengar karya Mozart and Beethoven.Kalau sesiapa pernah dengar soundtrack dari “phantom of the opera” pun best jugak.Layan jer alunan muziknyer.Hurm how I wish i was able to play the piano so i can create this beautiful sound myself .Sekarang pun try2 men ikut iPhone jer.( itulah beli iPhone jgn beli BB) kwang kwang kwang …marah pulak Along dengan Syukri.Tapi serius memang best layan muzik2 macam ney, menenangkan jiwa yang gundah gulana.
P.S Please hear “the meadow” from New Moon , Twilight saga
9 Responses
nak SE satio..hehe
tamao iphone.. 8-)
suit yourself..and deal with the laggy screen …huahuahuhaua
koman tapi die bole tahan gop ..kalau tak mcm desperate sangat :-D
Bella koman-
comel jep Alice :rotfl:
comey dari Bella betul?
alah, mesti cerita pasal ianya sangat best…alys belilah satu hehehe
maaflah nazz kerana meletak gambar gf awak disini , saya saja nak bagi anda jeles..so silalah jeles :-D
eh. knape awok letak gambar GF sy???
alaa..duk cite pasal iphone dia je..huhu
pssstt..nk crown kt atas2 bleh?..hehe ;-)