in ,

Trip ke Shanghai part 3

Hari kedua di Shanghai. Misi hari ini adalah untuk melawat kawasan The Bund iaitu satu kawasan waterfront yang terletak di tengah – tengah Shanghai. Dekat kawasan ini banyak tinggalan bangunan yang bersejarah yang terletak di sepanjang sungai Huang Pu. Sebelum kita orang bergerak ke The Bund, kita orang singgah makan mee tarik yang berdekatan dengan hotel kami.Kira dekat sinilah tempat yang paling kerap kami singgah. *Untuk rujukan kedai makan tersebut boleh tengok dekat sini.

Selepas makan pagi, kita orang singgah beli keledek dekat penjaja yang berada betul- betul depan kedai kami makan. Makan keledek panas di waktu sejuk memang sedap. nak – nak keledek dia sangat lembut dan manis.

44

45
Abang tu malu nak ambil gambar, tapi dia ajar aku cara betul nak pakai penimbang tu *old skool punya
46
Jual keledek biar sampai ke negara China
47
Masih berasap – asap

Sambil makan tu kita orang pun berjalan menuju ke kawasan The Bund. Kelebihan bila duduk dekat hotel ni sebab dia walking distance je ke kawasan The Bund, lebih kurang dalam 15 minit. Sambil berjalan tu sempatlah tengok kawasan kegiatan penduduk Shanghai.

48
Babi Mantou, seriously, nama kedai ni Babi Mantou.

49

50
Mesin pencuci jalan.

51

52

53

Jalan punya jalan akhirnya sampailah kita orang dekat kawasan The Bund ni.

Sedikit mengenai The Bund (Sumber dari Wikipedia)

The Bund houses 52 buildings of various architectural styles, generally Eclecticist, but with some buildings displaying predominantly Romanesque Revival, Gothic Revival, Renaissance Revival, Baroque Revival, Neo-Classical or Beaux-Arts styles, and a number in Art Deco style (Shanghai has one of the richest collections of Art Deco architectures in the world).

Sampai dekat sini, kita orang pun tak melepaskan peluang untuk bergambar.

54

55

56

57

58

59

60

61

62

Selepas berjalan di kawasan the bund, kami singgah sekejap di Starbucks untuk memanaskan diri. Tips dari kawan aku kalau nak panaskan diri, cari gaduh dengan orang confirm akan sentiasa panas LOL. *joke

Lepas dah tapau air dan duduk beberapa ketika , kita orang bergerak menuju ke hotel. Nak makan dan solat dahulu sebelum keluar menuju ke Xi tian di pada waktu petangnya pula.

63

64

64a

65

66

67

68

Masa untuk makan! Jadi kalau anda semua dah buntu nak makan apa cuma cakap lanzhou nuru lamian. Banyak lagi menu yang boleh di pilih dekat sini jadi pilih lah dengan bijak dan mengikut keselesaan. Harga pun tak mahal mana lebih kurang 3-4 ringgit je satu mangkuk.

69
Banyak kan??? kelihatan agak iluminati di situ

Tadi dah cakap nak pergi ke Xi tian di kan? apa itu Xitiandi? Xi tiandi adalah salah satu kawasan French concession, di mana tempat ini direka bentuk oleh orang Perancis. Jadi bangunan dekat sini mempunyai konsep ke peranchisan (jangan guna ayat ini dalam karangan bahasa Melayu ok).

Ada dua cara nak ke Xitiandi dengan menggunakan Subway.

1) Take Subway Line 1 and get off at South Huangpi Rd. Station.  Get out from Exit 3 and walk southwards along South Huangpi    Road.
2) Take Subway Line 10 and get off at Xintiandi Station. Get out from Exit 6 to Madang Road, then walk a bit to the north.

70

71

72

73

74

75

76

77

78

79

80

81

Kadang – kala kecantikan tak dapat nak di gambarkan .dalam gambar, kena tengok pakai mata sendiri baru boleh menikmati keindahan yang sebenar. Dekat Xitiandi banyak kedai makan, kira tempat yang sesuailah kalau nak lepak minum, tapi rasanya tak ada pula restoran yang hal dekat sini. Sebelum bergerak bali, sepupu aku semua nak lepak minum dahulu, mujur ada Starbucks dan Coffee Bean dekat sini. Aku pergi juga, tapi tumpang toilet je hahaha.

Balik ke East Nanjing Road, sepupu semua ajak pergi membeli belah dekat forever 21. Baru aku tahu yang forever 21 ni ada untuk lelaki juga, selama ni tak tahu. Yang seronoknya semua baju , seluar, tengah sales melampau – lampau, yang tak seronoknya dompet tak tebal, yang ada cuma resit sahaja. :cry: . Jadi aku tak adalah nak beli barang dekat sini, tengok sepupu je yang beli.

82
Saya… tak beli…. pun… tak, ok, maybe ada satu, ok, maybe ada dua je, DIAMLAH~

Lepas habis beli barang kita orang singgah makan dekat kedai Haagen Dazz, sejuk-sejuk makan aiskrim kan? harga Haagen dekat Shanghai agak mahal berbanding dengan di tanah air.

83
Anip tengah buat gaya orang kaya makan aiskrim LOL

Sebelum balik ke hotel, kita orang singgah dekat kedai makan Husaini untuk makan malam. Hari ini kita tukar sikit menu, kita makan nasi daging.

84

Tamat hari kedua.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Shanghai part 2

Trip ke Shanghai part 4