in , ,

Trip ke Hong Kong Part 4 (Wan Chai, Dim Sum Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre)

Hari ini misi kami adalah untuk ke kawasan Wan Chai untuk menikmati Dim Sum.Kalau cakap pasal Hong Kong, mesti ramai yang akan suggest untuk pergi mencuba Dim Sum.Jadi pagi-pagi lagi dah bergerak menuju ke Star Ferry Pier yang berada bersebelahan dengan Avenue of Stars.Dari Star Ferry Pier ini adalah dua pilihan samada anda ingin menuju ke Central Pier atau ke Wan Chai, disebabkan kita orang nak cari Dim Sum dulu jadi pergilah ke kawasan Wan Chai.

Harga untuk tiket feri untuk hari bekerja adalah HKD2.50 dan HKD3.40 untuk hujung minggu termasuk jumaat.Perkhidmatan feri ini pun sangat cekap.Jangan risau kalau terlepas feri, sebab dalam 10 minit ada je feri yang yang lalu.Perjalanan menuju ke Wan Chai memakan masa 15 minit je.Kalau di waktu malam sewaktu light show(Symphony of Light( , feri akan berhenti dalam 5 minit dalam perjalanan untuk memberi peluang kepada penumpang untuk menangkap gambar.Terbaik kan?

60

61

 

 

62

63

64

65

66

Sampai je dekat Wan Chai, kami terus mengorak langkah ke MAsjid Amar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre.Tempoh berjalan kaki, adalah 20 minit.Kepada yang nak sampai cepat lebih elok ambil teksi, lagipun teksi dekat HK murah.Tapi kalau berjalan lebih banyak tempat kita boleh tengok kan?

 

MAP

Tengok Map tak jauh mana lah kan?Korang cuma perlu jalan straight je menuju ke Tak Yan Street.

67

68

69

70

Kalau anda dah sampai dekat 7 eleven ni, dah hampir sampai dah ke masjid ammar, cuma jalan straight ke belakang 7 eleven ni, (kalau dalam gambar korang dari kiri ke kanan) terus, and pusing kiri. Dan Walah!!! Sampai sudah!

71

Jadi tempat pertama yang di tuju adalah kantin yang terletak di tingkat 5 masjid ini.Masa untuk makan :-D .Masuk ke dalam masjid terus menuju ke lif.Lif dia agak kecil tapi sangat berguna kerana terdapat maklumat di letakkan di sebelah nombor tingkat.Jadi janganlah risau kalau anda tak tahu hendak pergi ke mana , takkan sesat punya.Kalau sesat, bertanya, kalau malu bertanya , sesat jalan hehehe.

71q

Kantin di tingkat 5, tempat berwuduk tingkat 1, tempat solat di tingkat 2 untuk lelaki, dan 3 untuk wanita.

71a

72

73

Sambal ini pedas melampau!Mula-mula masa makan Dim sum, aku makan begitu sahaja (memang sedap tak tahu nak describe macam mana) lepas tu Fiq tanya bukan kena cicah ke? aku pun teruslah pergi ambil sambal, acah – acah nak try, rasa sikit,pedas dia Allah je yang tahu, tapi dia sedaplah, yang tak sedapnya aku yang memang alergik sikit dengan benda benda pedas mungkin terpaksa mencari toilet pula nanti.Aku order Dim Sum ayam dengan daging, lupa pulak nak snap gambar sebab dia orang (Dim Sum) dah selamat masuk dalam perut dahulu.

Di samping Dim Sum, kita orang order nasi juga (dah nama melayu, memang nak nasi juga kalau ada peluang) Ini antara lauk-lauk yang kami pesan.Untuk makanan dan nasi boleh pesan, tapi untuk dim sum kena pergi ke meja kaunter dim sum, self service.Just tunjuk je Dim Sum yang mana yang ingin anda makan.

74

75

76

77

Tempat ini masa kita orang pergi tak ada lah ramai sangat orang, I meant ramai tapi masih boleh nak dapatkan tempat duduk.Meja pula besar, jadi customer lain pun akan duduk dekat sebelah-sebelah kita.Dekat sini terserempak juga dengan orang melayu(indonesia mungkin) yang datang belajar atau berjalan dekat Hong Kong ini.

Lepas perut dah kenyang, kami turun ke tingkat 1 untuk berwuduk dan terus ke tingkat 2 untuk bersolat sebelum meneruskan ke perjalanan ke The Peak.

78

79

80

81

82

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

6 Comments

Leave a Reply
    • assalamualaikum, mengikut papan notis ada juga, sebab ada hari yang dinyatakan hanya muslim sahaja di benarkan makan, mungkin nak elakkkan ketiadaan tempat. Saya tak sure hari apa tapi ada ditulis di papan notis yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Hong Kong (Ladies Market , Mongkok) part 3

Trip ke Hong Kong part 5 (The Peak)