Mango Six Puchong at The CUBE Bandar Puteri Puchong. Mango Six? Bunyi macam familiar kan? Kalau anda yang pernah menonton drama siri The Heirs, ia adalah cafe di mana Cha Eun Sang ( lakonan Park Shin Hye) bekerja sambilan. Watak utama, Kim Tan (Lee Min Ho) dan watak pembantu Choi Young Do (Kim Woo-bin) selalu datang menikmati minuman (sebenarnya nak usha Eun Sang) dekat sini. Mango Six Cafe ini selalu aku nampak sewaktu di Seoul, rupanya dah ada satu cawangan telah di buka di Bandar Puteri Puchong.
Kali pertama aku datang ke sini bersama dengan Zul, my ex roommate, ex batchmate sewaktu di Universiti. Ada dekat 4 tahun tak jumpa hahaha! Selepas kita orang lunch di ioi City Mall, mula – mula ingat nak lepak di Dal.Kom, tapi aku teringat tentang cafe ini sebab Fadzz_ selalu check in dekat instagram. Jadi kita orang pun decide untuk mencuba. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru, jangan bini baru sudah ye kawan – kawan~
Kawasan cafe ini agak unik bagi aku , mungkin sebab bentuk bangunannya di kawasan ini. Kawasan ini di gelar The Cube. Alamat Cafe ini adalah seperti tertera di bawah (dah macam iklan berbayar pula)
Alamat:
Mango Six Coffee & Dessert Cafe Malaysia
The Cube, No 11 Jalan Puteri 7/13A,
47100 Bandar Puteri Puchong,
Puchong Selangor.
Waktu Operasi:
Isnin– Khamis (9:00am – 12:00am)
Jumaat– Sabtu (9:00am – 1:00am)
Ahad (9:00am – 12:00am)
Selepas terkial-kial nak order di kaunter, ai maklumlah, kita bukannya selalu pergi ke cafe macam ni. Jadi terpinga-pingalah nak memilih sebab nama semua minuman begitu hipster. Tapi serius kalau anda seorang yang suka Mango, memang sinilah tempat yang perlu anda tuju. Walaupun nama dia mango six tapi adalah lebih dari 6 pilihan menu Mango di sini yang boleh anda cuba. (Well, ataupun anda seorang peminat K drama dan nak mencuba cafe minuman yang di nikmati oleh artis kesayangan anda pun boleh datang ke sini).
Selepas membuat pesanan, kami di beri satu alat penggera. Tengok dalam gambar tu, dia ada keluar warna merah sambil vibrate (itu sebab gambar bergegar, bukan sebab aku tangkap gambar sambil jalan turun tangga dan camera tak fokus kepada objek… DASAR tak mengaku kan??). Apa kegunaan alat ini? alat ini untuk notify kan pelanggan yang makanan mereka order dah siap di sediakan. Jadi tak perlulah beratur menunggu di depan kaunter. Dibawah adalah beberapa menu yang kami order, aku punya Mango Waffle dan Mango Tango. Zul pula pesan Sm Berries dan Choc Muffin.
Duduklah kami berborak perkara – perkara ilmiah mengenai dunia, politik dan kerjaya. Tentang stock market , tentang weather, tentang ekonomi… yeah right~ Mestilah berborak tentang kenangan masa belajar, zaman uni dan everything, tapi bab kerjaya tu ada jugalah. Siap lepak kami balik semula ioi city mall, (aku tinggal kereta dekat situ, choiii ini pun nak tulis dalam blog ke? choiii) Eh, suka hati I lah…
Second time aku menjejakkan kaki ke sini dengan 에리나. Since 에리나 nak siapkan slide presentation dan mencari tempat yang mempunyai capaian internet. Aku suggest dekat sini, memandangkan time aku pergi dengan Zul, internet dekat sini boleh tahan. Tak tahulah sebab apa hari kami pergi ni internet kurang memuaskan,에리나, 미안해 :-(
Actually lokasi Mango Six ini memang sangat sesuai nak bersantai dan membuat kerja. Tak tahulah kalau kami memang bernasib baik atau tidak kerana sewaktu kami pergi 2nd Floor tak penuh dengan orang. Rasa macam ada 2 – 3 pelanggan waktu ini. Nasib tak baik , sebab internet ada masalah kelembapan waktu itu. Nasib baiklah 에리나 dapat menyelesaikan kerja dia. Aku buat apa? mestilah tengok dia buat kerja, eh ~ Actually at that moment, aku tengah menyiapkan itinerary untuk trip balik kampung. Apa? Update blog tentang Seoul lagi? kau orang nak baca lagi ke tentang kampung aku tu kalau aku tulis lagi? Nantilah , aku cari mood dulu nak update. Bayangkan update itinerary nak ke Korea, di dalam Cafe asal dari Korea , depan gadis macam Korea hahaha!
Secara keseluruhannya, Mango Six ini amatlah sesuai untuk penggemar Mango dan peminat K Drama. Kepada yang mengalami masalah sembelit, for sure kandungan serat yang ada dalam Mango di sini akan membantu anda dalam proses pembuangan toksin dari dalam badan anda. (Ayat dah habis cover baik punya kan? ) Air dan makanan di sini bagi aku personally, so – so aja. harga dia,memang standard cafe and I’m sure back in Seoul it gonna cost a lot more. Okay sampai sini sahaja entri kali ini. Jangan lupa untuk mencuba Mango Six Cafe ini sendiri ye? Jal ja!
MENGAKULAH KORANG PERGI GOOGLE HANGUL TU KAN CHOIIIIIIIII