Trip ke Seoul (2) November 2013 – Nami Island, Namdaemun Market (Honey Candy) , Itaewon (Mr.Kebab) 2013 part 2

Hari ini perjalanan yang mungkin di tunggu- tunggu oleh sepupu-sepupuku iaitu menuju ke Nami Island. Aku saja pilih hari kedua untuk trip ini sebab yang pertama ialah, perjalanan ini memakan banyak sikit faktor kewangan, keduanya, weekdays, jadi peratusan orang mungkin sesak sangat. Rancangannya nak bergerak awal pagi, tapi bila kita merancang kadang kalanya tak berapa nak jadi. Kalau nak ke Nami Island memakan sedikit masa lebih kurang pergi 1 jam pergi, jadi rugilah kalau kita tiba lewat ke sana. Selepas bersiap, kita orang pun bergerak ke Cheongnyangni station untuk naik ITX. Sampai di stesen pukul 10 lebih, jadi kena tunggu pukul 11.15 baru boleh gerak ke Nami. Harga tiket pergi balik 8000 won.

27

Sambil menunggu, kami sempat masuk ke LOTTE Mall dalam stesen, saja nak pusing-pusing mencuci mata. Sempat juga aku usha casing untuk S4 dan harga Galaxy Round, 1,100,000 Won , mahal tu around rm3500. Promoter dia sungguh-sungguh melayan aku walaupun tak pandai langsung cakap English. Nasiblah basic Korean aku ada sikit-sikit. Jadi maksud dia tu aku dapatlah tangkap.

11.15 pagi, kita orang dah dalam ITX train menuju ke Nami Island. Aku sempat tidur dalam train, bukan mengantuk cuma bosan, perjalanan lebih kurang 45 minit.Sampai je ke Gapyeong Station, aku terus ke tempat teksi. Tambang ke jeti lebih kurang 3000-3500 Won ( untuk makluman kalau nak bayar guna T money pun boleh, tapi dia ada ambil 500 Won, maybe di kira sebagai surcharge kot) * sepupu aku pakai, aku bayar cash je.

29
Bayaran untuk ke Nami Island adalah sebanyak 8000 won pergi balik untuk foreigners. Masa lalu tempat koyak tiket tu, si pengoyak tiket tu sempat bertanya “Excuse me, where are you from Sir?” Aku dengan bangga jawab “Malaysia” terus dia mengucapkan “Selamat Datang”. Sesungguhnya aku memang bangga jadi anak Malaysia, anda?

30

31
Perjalanan feri mengambil masa 10 minit, aku yang tak tahan sejuk terus masuk duduk dekat bahagian dalam feri, sepupu dan aunty aku semua sedang seronok bergambar di atas feri. Maybe dia orang tahan sejuk, masing-masing dah jumpa snow sewaktu di London dulu, jadi apalah sangat setakat 3-5 celcius ni kan? Aku lain. Mamat khatulistiwa, pencinta haba, kononnyalah kan ~

Sampai di Nami Island, sesi fotografi bermula dengan rancaknya.Di mulakan dengan pintu masuk Nami.

Aunty dengan Wita singgah di toilet dekat pintu masuk Nami, aku pun ambillah peluang untuk memanaskan diri dekat unggun api. Macam ni rasanya kalau guna unggun api untuk memanaskan badan, ala ala orang kulit putih gitu.

32

Sesi fotografi berterusan sepanjang jalan. Aku tanpa melengahkan masa terus bawa mereka menuju ke Ginko Tree Lines yang famous dengan Winter Sonata tu. Dekat Nami ada 2-3 tree lines, tapi yang paling lawa adalah dekat Ginko Tree Lines ni yang terletaknya agak jauh dari pintu masuk. Oh, Nami island ni kecil je, tapi kalau nak cover semua termasuk aktiviti yang di tawarkan mungkin mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 jam, senang cerita baik budget setengah hari dekat sini.

33

34

35

36

37

38

Semasa dalam perjalanan, kita orang singgah sebentar ke Drama Cafe nak lunch. makan nasi goncang yang famous tu. Aku ambil yang ada tuna which cost me about 6500 won. Air aku ambil air kosong je, free, nak minum coke? Setin je dah 3000 which is rm10, mak aih. Selesai makan, aku singgah musolla sekejap nak jamak sebelum meneruskan perjalanan ke Ginko Tree Lines.

39

40

41

42

43

44

45

Sampai je dekat Ginko Tree Lines pelbagai aksi terkini hiburan sensasi la yang muncul. Aku pun tak ingat berapa banyak shoot dan berapa lama kita orang ada dekat sini.Banyak gambar syok sendiri dekat sini, sila scroll ke bawah kalau benci hahaha.

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

Lepas tangkap gambar dekat sini, kita orang terus patah balik menuju ke feri.Rasa macam sekejap je kita orang datang, tapi sebenarnya kita orang dah hampir 3 jam berada dekat sini. time to head back home. Dan kali ini juga kita orang berdiri dalam ITX sebab tiket duduk dah habis, memang sedih. Tapi dah biasa, so lantailah kerusi kami.

Kami sampai ke bandar lebih kurang pukul 4 lebih dan perhentian kami seterusnya ialah Hoeh Yeon Station untuk ke Namdaemun Market exit 5. Sebab apa aku pilih exit ni, sebab dia paling senang nak access ke E lendang tempat jual brooch. Malangnya bila dah sampai E lendang, dia dah tutup. Jadi kita orang pusing-pusing dekat Namdaemun Market, sempatlah  beli shawl, t shirt, dan barangan k pop (sepupu yang beli aku tak beli hehehe).

58

59

60

61

Aku sempat beli honey candy dari mamat Korea yang sama sewaktu trip pertama aku dulu. Nampak aku je terus “eh handsome boy, of course I remember you last time” LOL. Hujan mula turun renyai-renyai, dah lah kami kesejukan, hujan turun pula, bertambah sejuk.

57

Mula ingat nak jalan ke Myeongdong, tapi sebab dah sejuk sangat, kita orang decide nak naik train ke Itaewon. dalam perjalanan, sempatlah singgah dulu dekat Starbucks depan Myeongdong station, memanaskan diri dengan secawan kopi di kala kesejukan begini adalah satu pengalaman yang tak dapat di gambarkan dengan kata -kata. Kemudian barulah bergerak menuju ke Itaewon.

62

Di Stesen Itaewon, ambil exit 3. Dekat sini ada deretan kedai kebab yang boleh anda jumpa. Pilihan kami adalah Mr. kebab. Kebab dan air, total 11000 won, tapi aku puas hati sebab ada nasi dan dr pepper.

63

Sebelum balik ke hostel, kami singgah sebentar di Etude House. Brand Etude House sangat murah dekat sini, jadi kepada para gadis di luar sana bolehlah borong banyak-banyak kalau ada kesempatan. Aku rasa harga murah 250% daripada Malaysia (daripada sumber yang aku dapatlah, aku nak buat apa dengan make up *sambil membeli masker muka). Lepas dah membeli – belah dalam kesejukan malam ni, kita orang decide nak gerak balik. Sempatlah aku rakam video sikit hehehe.

On the way nak balik tu, aku terjumpa pulak singboard Jamsil. Haaa memandangkan aku dah beli topi Leesang, wajiblah bergambar dengan Jamsil ni. Kenapa? sebab Gary Runningman yang juga ahli kumpulan Leesang berasal dari Jamsil. Tak jumpa Gary, Jamsil pun boleh lah.

64

Sampai je dekat stesen WANGSIMNI, aku singgah kejap dekat mesin kopi layan diri. Aku tengok si fatin liyana minum, nak juga aku try minum sekali. Mesin ni boleh didapati di merata-rata Seoul, harga Black Coffee 300 Won – 500 Won je. Aku minum, dia punya pahit terbaik kot, tapi memang best minum di kala musim sejuk. *aku sebenarnya beli sebab syiling aku ada berlambak (nak nak campur dengan trip aku 2 minggu lepas), jadi aku banyak spend dekat mesin kopi ni, tambahan pula sedap so no hal.

65

66

67

Ok sambung pula nanti

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

6 Responses

  1. Korean pun dah tau muka2 Msian ni macamana, sebab selalu yang memenuhkan Nami Island ni…memang either Malaysian or Indonesian. Seriously lawa gila view kat Nami during autumn.

    1. Baru ini pergi pun macam banyak je promote visit malaysia dekat situ. And ada ahjusshi ni asyik cakap my cousin cantik, “Malaysian very beautiful” hehehe. Baru ni pergi macam dah banyak gugur daunnya, yang first tu lawa lagi rasa time daun tgh peak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »