Stalker dan Secret Admirer

Adakah anda seorang artis syarikat rakaman ataupun seorang pelakon tambahan sinetron?mesti sudah lali dengan gelaran di atas.Tapi bagaimana pula kalau anda bukan kategori artis dan tidak langsung bergiat dalam dunia hiburan tanah air mahupun tanah antarabangsa, adakah anda selamat dari 2 kategori yang disebutkan di dalam tajuk entri kali ini?jawapannya, TIDAK.Big No.

Kebanyakan orang sudah masak dengan 2 gelaran iaitu Stalker dan Secret Admirer.Apa yang sama dan tidak sama antara dua kategori yang ingin di ceritakan di sini? Adakah salah satu nya lebih baik daripada kategori yang satu lagi?jawapannya YA, dan juga TIDAK.

Perbezaan yang ketara antara Stalker dan Secret Admirer adalah agak jelas walaupun matlamat mereka berdua adalah sama,iaitu untuk mencungkil, mengorek, mendekati, dan mendampingi individu yangmereka kehendaki.Adapun matlamat mereka adalah sama, tapi ada sedikit perbezaan di mana Secret Admirer lebih kepada positif manakala Stalker adalah yang sebaliknya.

Jarang di dengari, orang takut atau risau dengan Secret Admirer, tapi kebanyakan orang pening dengan Stalker.Secret Admirer akan cuba untuk mengembirakan individu yang di pujanya, seperti memberi hadiah, membuat kejutan romantik, dan juga menyebarkan kata-kata yang elok untuk individu yang di sukainya.

Walau bagaimanapun, Stalker mempunyai misi yang berlainan.Mereka mempunyai matlamat yang kebanyakannya lebih ‘gelap’ dari secret admirer.Mereka juga melakukan apa yang si Secret Admirer lakukan cuma,berupa lebih misteri dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang dipuja.

Sesiapa sahaja boleh menjadi Stalker,tidak ada kategori atau requirement khusus yang diperlukan.Adapun niat stalker ini gelap, kadang kala segelap hati stalker itu sendiri, info-info yang dikumpul, adalah demi menjatuhkan seseorang atau menyebarkan khabar-khabar angin atau gossip yang boleh mencalarkan maruah,mengganggu ketenteraman dan juga menimbulkan ketidakselesaan kepada individu tersebut.

Stalker boleh bertindak sehingga ke tahap extreme sehingga kadang kala melibatkan keselamatan.Ini adalah antara salah satu sebab orang begitu mengeruni stalker.Kebanyakan kes yang terjadi melibatkan individu yang mempunyai ‘keputusan wayar’ mostly yang ada penyakit jiwa.

Berbanding dengan Secret Admirer, yang cuba memberi hint siapa mereka kepada individu pujaan, Stalker lebih senang duduk di dalam rahsia dan misteri.Mereka lebih suka memerhatikan individu dari jauh.

Stalker mempunyai banyak kategori, sama ada individu ataupun sekumpulan individu yang mempunyai obsessive attention terhadap certain individu.Antara yang banyak berlaku dalam dunia hari ini adalah dengan ‘mengekori perkembangan seseorang melalui internet”.Jadi kepada rakan-rakan , berhati-hati dengan apa yang anda post, paparkan,kongsi di internet, info anda di internet mungkin menjadi sesuatu sangat penting untuk stalker memuaskan nafsu pelik mereka.

Adakah anda seorang stalker?sekiranya terdapat ciri-ciri ini di dalam diri anda, kemungkinan itu ada.

  1. Anda suka mengikuti perkembangan seseorang(bukan artis) dari jauh.
  2. Anda suka membuka wall(facebook,twitter,path,foursquare) individu tertentu sebelum anda buka wall adna sendiri.
  3. Anda suka melihat gambar, video, tulisan, catatan individu tertentu dan menghafal setiap info yang ada dapat.
  4. Perbualan anda di kedai kopi,makan, tengok tv,sekolah,kolej,tempat kerja, anda akan menyebut nama individu itu dan apa isu terkini yang anda bincangkan adalah seperti status terkini individu tersebut, apa yang sedang individu itu lakukan sekarang, dan sebagainya.
  5. Anda cuba dekat dengan orang di sekeliling inidvidu yang anda stalk, walaupun sebelum ini , anda tidak mengenali mereka (bertujuan mendapatkan informasi lebih tepat dan jelas tentang seseorang individu)
  6. Anda membaca blog, tumblr dan apa-apa sahaja info yang anda dapat sama ada sengaja atau tidak sengaja tentang seseorang  individu walaupun mulut anda terus menerus mengatakan perasaan benci, mahupun menghamburkan kutukan demi kutukan.

Jika ada sifat-sifat di atas pada anda, anda mungkin seorang stalker.

Walau bagaimanapun, stalker boleh di naik taraf menjadi secret admirer. Salah satunya, rupa.Sekiranya anda seorang yang kacak / cantik, anda akan automatik masuk dalam kategori Secret Admirer.*mana nak tuduh orang ada rupa stalker kan?ahaks!!

Pendapat peribadi, saya tidak ada masalah dengan dua kategori ini, cuma di minta kalau stalk, janganlah sebar rumors atau gossip, kerana gossip itu adalah kata lembut bagi fitnah.Jadi tepuk lah dada tanya selera.

 

*Entri ini suka-suka je dibuat, PEACE, NO WAR.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

8 Responses

  1. Stalker memang menakutkan, gambar kita dia simpan, video kita dia simpan, call pakai private number seme…haih…

  2. tahu takpe dan setuju dgn ayat kurang kaseh sayang.. kalau dkt Facebook penuh jew muke die.. Semua p0st dia nk comment, mcm tkde life.. dah tua tapi perangai mcm bdk gampang.. Aku anti gile dgn stalkerr gini.. hehehe (“,).. :rotfl:

  3. Stalker memang menyerabutkan kepala, kekadang tak tahu apa yang mereka nak, mungkin kurang kasih sayang kot…hehehe :laugh:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »