Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif

Tengah berjalan-jalan dekat blog orang, tertiba terjumpa dengan lagu ini,Cinta Muka Buku.Kalau sesiapa yang cepat pick up tu mesti tahu muka buku tu maksudnya facebook ler.Dulu pernah dengar lagu ini sekali masa tengah melayari youtube, kali ini berjumpa lagi video dia.

Lirik dia sangat simple tapi mengena orang kata.Lagu ini dinyanyikan dan khabarnay di tulis oleh penyanyinya sendiri iaitu Najwa Latif.Tak pasti pula kalau pernah keluar radio sebab saya jarang mendengar radio.

Pada pendapat saya, dia ini talented sebab boleh menyanyi dan menulis lagu sendiri, dah macam Yaya pun ada.Menyanyi simple, petik gitar , upload video api orang suka.Harap-harap ada lagi lagu yang akan dicipta oleh beliau.Lagu bercorak santai ini best jugak kalau layan.

Mungkin ada juga tak pernah dengar lagu cinta muka buku ini (kalau gitu saya syok sendirilah cakap seorang dari tadi).Okey kepada sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ini bolehlah mendengarnya okey?

httpv://www.youtube.com/watch?v=YKnV6hvbPbg

Lirik lagu cinta muka buku oleh Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »