Seperti mana tajuk yang telah jelas terpampang dekat atas tu, ada sebab musabab yang bersebab aku menulis dua benda ini.Sebenarnya, aku ada masalah untuk mengingati, short term memory lost orang kata.Kadang-kadang aku susah nak ingat nama orang,walaupun aku pernah kenal orang tu.menyedihkan bukan?jadi untuk tidak lupa aku coretkan semua benda dalam blog dan diari.
Otak manusia adalah processor yang paling hebat dalam dunia ini, walau bagaimana pun, capacity Hard disk kita agak limited, jadi kalau banyak sangat benda mungkin tak semua kita boleh ingat.Untuk certain cases, ada je orang mampu buat, mungkin itu kelebihan baginya.Ada orang ampu mengingati peristiwa, ada orang mampu mengingati nombor.Aku no telefon sendiri pun kadang kala lupa, except no digi aku dulu.
Bagus sebenarnya kita menulis diari ataupun blog, kadang-kala peristiwa pentingdalam hidup kita boleh kita abadikan dalam penulisan.Dari penulisan juga kita boleh menilai perasaan kita pada masa itu.Luahkan segalanya, tulis dengan emosi (dalam blog janganlah), kalau tulisan kita benar-benar ikhlas, kita boleh menghayati perasaan itu kembali pada masa akan datang.
Tulisan juga boleh mencerminkan sifat seseorang penulis, sama ada dia seorang yang kelakar, serius,pemarah,penyedih (tak ada perkataan ini yer kawan2) dan lain-lain lagi.Kita boleh kenal sama ada orang itu dalam percintaan, putus harapan, gembira,bercita-cita dan sebagainya melalui penulisannya juga.
Walaupun blog ini aku kelas kan sebagai blog personal, tapi tak semua aku tulis dalam blog,ye lah, nak kena jaga hati certain pihak yang membacanya.Kita tak tahu siap yang membaca blog kita, mungkin peminat,kawan,stranger,admirer,orang tak buta huruf,orang tak buta it, cinta dalam hati, dan sebagainya.
Aku lebih suka menulis diari thanks kepada apple yang memprovidekan begitu banyak application yang menarik, aku kini boleh menulis diari di telefon sahaja.Apa yang ada di blog, aku tahu orang boleh baca, jadi memang apa yang aku tulis ,it was intended to be read by you guys.Kalau tak, dah lama kena log in nak pass security semata-mata nak masuk blog ini kan?
Dalam banyak-banyak peristiwa yang aku tak ingat , aku agak hairan kenapa semua benda pasal dia aku ingat.Memang pelik bin ajaib lah kan?Kalau benda itu sesuatu yang besar, mungkin tak adalah pelik sangat, tapi kadang-kala benda-benda kecil pun aku boleh ingat.Mungkin ada benda tak betul dengan processor aku pun boleh jadi jugak.Ada spyware kot, ataupun virus,haa virus kot, virus angau hahaha.*OK perenggan ini sudah ke laut jadi mari kita kembali ke darat dan berpijak di bumi yang nyata.
Diari adalah sesuatu benda yang sangat peribadi bagi diri aku, dan aku rasa bagi semua orang kot, kalau tak , tak adalah namanya diari, baik tulis dan advertise dekat blog, boleh dapat nuffnang banyak sikit kan?haa apa lagi, tolong lah pergi klik aduyai…dah promote kan…
Bukan apa, kadang-kala aku tak dapat terima ada orang sanggup buka diari orang, nak kelebet diari orang nak buat apa?kalau nak sangat pergi je beli satu dekat MPH atau Popular, tak usah pergi kelebet orang punya.kalaur asa nak sangat baca diari orang tu, sabar!!tunggu sampai si penulis nak publishkan ke umum, time tu nak godel ke, nak kelebet ke, nak tonyoh ke, semua pun boleh.
Kadang-kala entri-entri yang di tulis boleh memberi kita pengajaran tentang kesilapan yang kita pernah buat.Ada orang cakap “what is past, let it be” bagi aku orang ini tak mengambil pengajaran dan iktibar dengan apa yang terjadi dulu.Contoh macam aku kan, dulu masuk skim cepat kaya, lepas tu tak jadi, aku masuk lagi, memang tak serik-serik lah kan?jadi kenapa masih tak nak ambil pengajaran?sebab degil kot…kenapa kot?blazer takleh?(oK, stop).
Jadi nasihat saya kepada anda semua , di luar sana, boleh mula menulis start dari sekarang.Bukan apa, bila kita dah tua nanti, boleh lah ceritakan dekat cucu-cucu nanti.Dunia mungkin tak selalunya adil dari mata kita, tapi kadang-kala kita lupa di sebalik entri kita yang banyak complaint,banyak bising,banyak cekadak,banyak tak puas hati, ada jugak entri yang mengambarkan betapa indahnya dunia ini.
First time fall in love, first time hang pergi dating, first time hang berjaya bawak keta enjin tak mati, first time makan tutti frutti, hari ini konvo, hari ini assignment berjaya siap lepas dah 3 hari tak tido nak buat jk flipflop (hahaha ni aku ni), makan dekat tempat best, pergi main ice skating tapi berjaya tak jatuh, kena ngorat dengan perempuan, dapat cahaya mata, dapat tengok pelangi, dapat iPhone hehehe, dapat jam, dapat perfume, dapat transkrip cgpa tinggi, dapat karaoke lagu gemuruh tanpa pitching lari, kena puji suara macam anuar zain (OK<OK< dah dah, stop).
Jadi yang buruk dan tak baik kita jadikan teladan dan pengajaran, yang baik kita jadikan panduan untuk menjadi lebih baik seperti menerima offer perempuan itu untuk memberinya no telefon kita instead of, “saya tak bagi no telefon saya kepada strangers” hahaha.Okey air laut tadi semakin mencurah-curah masuk ke dalam otak.
Ok nak gi cuci baju babai…
3 Responses
Betul saya setuju sgt… Terima kasih bang radin ???? tempat yg paling tenang nk meluah kan ialah diari… Kita jaga kitaa salam 2020.
betul tu, curah sampai melimpah ruah hehehe…seronok kalau tulis, nanti berdiari-diari tulis.Oh, apps tu seronok, sebab kita boleh retrieve file dari server kire nak hilang tu agak susah.Macam ada peta harta karun jep hohoho nk sembunyi bagai…
angau?hahaha mana ada…
I will let the time decide hehehe :-D
saye x de apple.jadik saye buat lagi 1 blog private jadik diary.kalau laptop ilang pon masih bley access lagi..huhu..
kadang2, klau bende tu terlalu peribadi, n tataw mane lagi nak curah, curah kat diary la..penulisan bley wat kite lega..ye takk..huuu
fadli, angau eh sekarang,..hehehe..jangan lambat2 meluahkan perasaan.nnt menyesalll
go!go!go!