Pertama kali

Pertama kali kita berjumpa~~ haaa lirik lagu teman sedas.Pertama kali.Bila bicara tentang pertama kali,otak kita akan berfungsi seperti google search engine untuk mencari di celah-celah keserabutan urat-urat memori dan menjumpai nombor yang boleh di tulis dengan satu tarikan dari atas ke bawah,1.

Mungkin terdapat seratus ribu peristiwa yang boleh ditulis di atas kertas tentang perkara yang berkaitan dengan pertama kali.Imbas zaman bayi dulu, pertama kali menyebut emak atau ‘mah,mah”, up sikit zaman kanak-kanak, pertama kali makan cekedis, pertama kali kene rotan, pertama kali naik beskal takde tayar kecik (basikal roda tiga ar),pertama kali masuk sekolah, pertama kali, pertama kali, pertama kali.And the list goes on and on.

no 1

Semua orang ada pengalaman pertama kali diaorang.saya pun macam tu juga tapi bukan itu yang saya nak share dekat sini.Takkan nak tulis, dulu pertama kali saya masuk sekolah, ramai orang dah mula minat saya,malulah saya kalau macam ni.Eh, terlepas type pula.Takpe, takpe, dah tertype malas pulak nak backspace kan, lok aje lar…(lok tu bior,bior tu lantok, lantok tu…haa cari sendiri ar..) Jom kita selami aktiviti pertama kali uda dan dara.

Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang subjek ini.sangat meluas skopnya.Ada yang baik.Ada yang buruk.kalau benda itu istimewa, benda tu boleh buat anda semua tersengih-sengih seorang macam kerang.Tapi jangan lupakan juga, ia mampu membuat anda takut dan sedih juga, contohnya pertama kali di ngorat oleh nyah, oh dam, minta simpang yerp.

Apa benda yang pertama kali anda buat dengan si Dia?Mungkin anda tak pernah nak share dengan orang tapi cuba kenang balik.Mungkin kita anggap benda tu remeh-temeh tapi kadang-kala benda tu boleh jadi satu memori yang bahagia dan membahagiakan.Contoh,mungkin pertama kali anda tengok wayang dengan pasangan.Beli tiket, rushing ke dalam selepas beli popcorn,masuk dalam wayang,tengok tempat duduk anda dah ada orang, betah kejap, check tiket, cinema betul, cerita betul, tempat duduk semua betul, tapi ada benda yang tak betul, tarikh tak betul.HAHAHA!!!

“Eh, itu pertama kali tersalah tarikh, sebelum ini tak pernah pula,” kata anda sambil senyum berlesung pipit, kalau ada lesung pipit la, kalau tak ada,ambil la lesung batu ke apa ke, ikut suka jer.

Jangan pula ada yang nak bincang pasal isu intim jahat dekat sini.Rasa meamng ada banyak pertama kalinya.Di love bite.Di cium di khalayak ramai sambil melaungkan “dia pilih KLCC dow”, dan suara background “new york wei!!”,Di rakam dengan video 3gp 6610.Dirakam denganHD (kalau yang zaman sekarang ini).Itu pertama kali kepala hotak~ Tapi kalau lah ada yang terfikir benda -benda ini bila baca tajuk entri saya, silalah ke depan cermin solek anda dan berkata

“Eh, bangsatnya kau ni,”

Ok kita sambung cerita peringkat kedua.Benda-benda yang pertama kali memang sweet sebenarnya kalau dingat kembali.Contohnya, pertama kali terima hadiah valentine berbentuk beruang dan bunga walaupun anda jantan.Pertama kali masuk newspaper sebab menang 2 ribu ringgit. pertama kali di minta nombor telefon di pusat beli-belah.Pertama kali merasa hangatnya tangan orang lain.Pertama kali memujuk perempuan yang merajuk.Pertama kali kongsi straw dengan perempuan.Pertama kali jumpa mak si Dia.Pertama kalinya, dicubit atau di tumbuk lembut kerana bergurau berlebihan.Pertama kali orang nyanyi lagu untuk anda.Pertama kali ada orang yang sanggup datang ke rumah anda, semata-mata untuk memujuk dan membawa anda ke tempat yang anda ingin tuju walaupun anda menyusahkan dia, tapi dia tak kisah.dan mungkin yang paling penting, pertama kali anda rasa, anda betul-betul jatuh cinta.

Tak ke rasa semua pertama kali tu indah?part KLCC tu abaikan ar.Itu lahanat namanya.jadi cuba ingat, saat pertama kali anda, dan cherished it forever.

*teringat pertama kali sunat lol :laugh:

gambor dari google

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »