Berdebar-debar pulak bila memikirkan result yang bakal keluar tak lama lagi.Bukan apa teman-teman dari Uitm semua dah keluar dengan result masing-masing .Dua orang yang aku tanya dapat dekan.Tahniah.Apa yang anda semua makan eh samapi result gempak macam tu?cuba bagi tahu sikit, mana tahu kita boleh kongsi-kongsi tips…
Sekarang zaman dah canggih, so boleh pergi check dekat website universiti untuk tengok result , tak payah nak pergi dekat papan kenyataan universiti nak tengok, alah macam dalam cerita-cerita jepun selalu ada kan, keluar result atas papan kenyataan.
Secara jujurnya aku rasa agak risau dengan keputusan semester kali ini, dengan semua ‘bullshit’ yang berlaku sepanjang semester lalu.Penuh drama bai, kalaulah aku boleh rekodkan semua, boleh jadi drama bersiri mana tahu “epilog neraka dunia”.Semester lepas banyak emngajar aku tentang erti hidup.Serius, sangat-sangat.Terutamanya sekali tentang perhubungan.Aku tahu maybe aku kelaut sikit tapi aku selalu terfikir kejujuran adalah penting dalam perhubungan.Tak kira sama ada dengan kawan-kawan atau orang yang tersayang.Pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan kepada orang khususnya orang yang berikan sepenuh hati kita.Bila di fikirkan kembali, punca masalah semua adalah kerana si dia tidak seperti yang disangkakan.
Orang kata kenapa aku mudah percaya sangat dekat orang, jawapan aku senang jer, aku lebih suka bersangka baik daripada bersangka buruk kepada orang.”Put my faith in the best of people” bak kata-kata orang putih.Tapi tak semua orang sempurna kan.Mungkin ada sebab -musabab tentang semua ini.
Ia juga mengajar aku apa sebenarnya erti kawan susah, kawan senang.Percayalah, aku dah bertemu dengan pelbagai jenis orang.Yang baik, yang kurang baik, yang nakal, yang putar belit, yang jujur, yang hopkrit, yang amanah, yang lidah bercabang dua, yang mengambil berat, yang jenis “don’t judge book by it’s cover”…
So it seems I’ve gained some experience throughout this ( nampak nya aku dah level up , :-)) .)…So harapan aku result tak akan lah teruk sangat … I really hope so…. 2 times already, I have been put through something like this… can I survive this? The answer I believe, YES I CAN :-D …