Adakah masih diriku diperlukan – part 5 (Rokok)

“Rokok Salem light, please” pinta Arul dari pekerja kedai 7E.”Eh, sejak bila pulak Arul hisap rokok?”tanyaku.Setahu aku, Arul tak pernah sentuh penyebab kanser paru-paru ni.Takkanlah sebab dah ada mata air berubah sekelip mata.”Eh, ini bukan untuk Arul punya, Arul beli untuk orang,”balasnya sambil tangannya menghulurkan not sepuluh ringgit berwarna merah.”Oh, baguslah macam tu,” Rokok, memang satu benda yang termasuk dalam benda yang aku alergik, bukan kerana sebab ia pembunuh senyap malah bau penghisapnya sahaja sudah memeningkan kepala aku.Kadangkala aku tidak faham kenapa orang sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk di bakar.Ramai juga kawan aku di universiti yang sanggup berlapar tapi rokok, mana boleh stop beb.Entahlah mungkin dah banyak sangat kot duit.

“Fad tak hisap rokok ke?”tanya Arul sewaktu kami melangkah keluar dari kedai 24 jam tersebut.”Hisap?kelakar beno soalan tu,’jawab ku sambil tersenyum.

PIN!!PIN!!

Tiba-tiba sebuah kereta BMW putih berhenti betul-betul di hadapan kami sambil membunyikan.”Hish, siapa pulak ni?dah tak da kerja ke nak hon-hon orang,” bisik hati kecilku.Tingkap yang di tinted gelap diturunkan dan pemandunya tersenyum ke arah aku, begitu jelas lesung pipitnya.

“Hai,kejut ke?sorry‘” kata Dira dengan sedikit bunyi kekesalan di dalam intonasi suaranya.”Oh, mana ada terkejut, dah biasa kena dah,”kataku memerli.”Sorry~,”Ah, tak ada apa-apalah.Ni nak pergi mana ni?,”tanya aku sambil memandang jentera buatan Jerman tu.Cantik.Mesti mahal harganya ni.Aku bukanlah tahu- menahu sangat pasal kereta.Kalau dulu orang tanya beza BMW dan Mercedes aku rasa memang aku tak dapat bezakan pun.Apatah lagi kalau orang tanya beza EX5 dengan X5, hurm maybe orang yang sebut tu terlupa nak sebut E kot.”Saja je pusing-pusing, sebelum nak balik rumah,lagipun cousin saya nak jumpa Arul jap,” sambil bibirnya menjuih ke arah sepupunya yang sedang rancak berbual dengan Arul di bahagian tingkap penumpang.Aku lihat Arul menghulurkan kotak rokok tersebut kepada mata airnya.Oh, ini ke tuan punya kotak rokok kata hati kecilku.

“Awak hisap rokok juga ke?,”terpacul soalan tu dari mulutku.”Eh, saya?tak dalah, bau je pun saya tak tahan and I don’t like smoker,”jawab Dira sambil mengerutkan muka menahan bau busuk rokok yang baru di nyalakan oleh sepupunya.”Hey, kalau nak hisap rokok janganlah dalam kereta Along,busuk lah,” katanya tegas sambil mengalihkan pandangannya dariku.”Alah long,nanti kalau balik rumah Acik, kantoilah Ema,kejap je long,”pintanya.”Dah, dah, buang cepat,busuk kereta Along,” nada Dira agak tegas.Ema yang tiada pilihan terus membuang puntung yang masih berbaki separuh keluar tingkap.”Betul juga tu Ema, nanti berbau busuk kereta orang, tak naklah kesayangan saya ni busuk kan,” seloroh Arul.

“Alah, kalau bucuk pun , bucuk-bucuk Arul,” kata Ema cuba bermanja dengan kekasihnya.Aku dengan Dira saling berpandangan dan dari reaksinya aku dapat memahami sesuatu.kami sama-sama bersetuju bahawa sepupunya adalah seorang yang gedik. Bagaikan saling memahami, kami tergelak bersama-sama.”Jangan jealous okey?Ema memang bucuk-bucuk Arul pun, itu tanda cinta Ema kat dia,sampaikan URL halaman sosial Ema pun nama bucuk-bucuk Arul,” terangnya dengan panjang lebar,mungkin kerana dia ingat kami berdua cemburu dengan nama ‘manjanya’ tu.Bertambah tergelaklah aku dan Dira terdengar pengakuan itu.Muka Arul pada masa tu memang merah padam menahan malu.”Memanglah Ema bucuk Arul tapi janganlah sampai membucukkan perfume Dunhill Desire Blue Arul ni,” seloroh Arul cuba untuk menutupi perasaan malunya.Kali ini, gelak ketawa kami di sertai oleh Arul.Muka mata airnya dah macam harimau sakit perut dah.”Sudahlah tu Arul, tak baik buat kat perempuan macam tu, mata air Arul gak,”kataku sambil berlinangan air mata dek bahana gelak terlalu banyak.”Hahahaha, ok see you nanti yer my bucuk,” kata Arul sambil berlalu dari kereta mewah tersebut.”Along, jom balik!!! Macam sial je,”marah Ema yang dari tadi duduk mendiamkan diri di perli.

“Okaylah wak, saya gerak dulu,” kata Dira.”Ok, drive carefully yer,”kata ku sambil berlalu menuju ke arah Arul yang sudah sedia menunggu di dalam kereta.Sewaktu aku hampir sampai ke kereta,nama ku dipanggil.

“Fad,Fad,Fad,”

“Ye,”sahutku sambil memandang ke wajah pemilik suara.Pemilik suara yang bermata kecil dan berlesung pipit.

“Happy birthday,”kata Dira sambil tersenyum.Lalu berlalu pergi sebelum sempat aku membalas apa- apa.

“Haa, sukalah tu,” usik Arul di dalam kereta.”Mana ada,” balas ku pendek.Arul tersengih apabila mendengar jawapanku lalu terus meneruskan fokusnya ke atas jalan raya.Dalam kegelapan malam tu, tiada siapa tahu, aku tersenyum.

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Nah,” kata Dira sambil menghulurkan satu kotak yang berwarna biru tua.”Eh, apa benda pula ni?bom?,”tanyaku dengan penuh tanda tanya.”Ambik jelah,ish!!orang bagi tak sudi terima pula,”katanya sambil membuat muka ‘busuk’.Haih manjanya, tak tahu pula,alah orang bagi ambil jelah, rugi tak ambil fikirku sambil tangan mencapai kotak tersebut.”Thanks,boleh buka tak?,””Bukalah kalau nak hendak,barang murah je,hope you like it,””Alah kenapa bagi tahu murah atau mahal, tak saspenlah macam ni,”seloroh aku.Aku tak kisah pun kalau mahal atau murah,asalkan ikhlas.perlahan -lahan aku membuka kotak tersebut, di dalamnya ada kain berwarna merah jambu.”Eh, baju, warna merah jambu,”ujarku apabila benda yang aku sangkakan kain rupanya sehelai baju.”ada gambar orang bertanduk lagi,” apabila aku mendapati baju tersebut mempunyaii logo manusia bertanduk, check jenama Wild Channel.”ni nak suruh saya tumbuh tanduk ke?” perli aku.”Alah, saya tahu awak suka warna merah jambu sebab tu beli baju ni,” katanya kepadaku sambil matanya menjeling Ema yang tidak berhenti-henti menghembuskan asap rokoknya sambil berbual dengan Arul.Jelas mimik mukanya mengambarkan betapa disapprovenya dia dengan gelagat sepupunya itu.”Dah macam naga kan gayanya?” ujarku sambil cuba menahan gelak.”Naga betina bunting, sebab tu kempunan asap,”tambah Dira.Terbahak-bahak kami gelak sambil di perhatikan orang yang lalu-lalang di depan pintu utama kompleks membeli – belah Megamall.Pertemuan kami hari ini tidak dirancang, tapi entah kenapa kami berdua merasakan pertemuan ini telah ditakdirkan.Tidak ada apa yang perlu di sesalkan, all is well today, but will it be the same for tomorrow and the day after that, no one knows – BERSAMBUNG

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »