iPhone anda rosak? Marilah ke sini.

Bumi mana yang tak di timpa hujan, dan telefon mana yang tak ditimpa masalah. Nak -nak di tangan pengguna yang ganas seperti anda kan? Pernahkah anda dengan kacaknya terlepas iPhone kesayangan anda ke dalam takungan air dan melihat kerlipan -kerlipan terakhir di saat kematiannya? Pernahkah anda menekan home button dengan kasar ala -ala seorang penggusti dan iPhone anda masih di home screen juga?Pernahkah anda menghempas telefon dengan marah setelah putus dengan gf anda yang rupanya seorang lelaki? iPhone anda rosak? Marilah ke sini.

 

Jika pernah, maka di sini tempat untuk di tuju bagi menyelesaikan kesengalan yang berlaku sebentar tadi. *sini tu merujuk kepada kedai, bukan website ni, terer benar nak repair hardware pakai website je kan?

Minggu lepas, untuk menyelamatkan sebuah iPhone 4 yang kerosakan LCD, saya telah berkunjung ke sebuah kedai yang bernama iPhone Fix it yang terletak di  1st Floor Centrepoint Bandar Utama.Cogan kata kedai ini amat menarik iaitu ” We fix it on your face” something like that.Kiranya nak kata dia boleh repair depan muka kita lah.Hebat betul kan?

Dalam masa 30-45 minit, lcd yang rosak tadi, kembali bernyawa seperti sedia kala.Sebiji lagi iPhone4 yang mengalami kerosakan home button, juga dapat di selamatkan. Warranty untuk home button, 3 bulan. Warranty untuk LCD 1 bulan. Setakat hari ini, dua benda alah ni still berfungsi dengan molek.Jadi terpulanglah nak cuba hantar dekat kedai ini atau tak.

Jadi pro dia dekat sini, servis repair yang cepat, repair depan kita.Saya cuba tanya juga pasal wifi chip, dan memerlukan masa selama 3 jam untuk replace. Cons dia dekat sini, mengikut survey, ada yang mengatakan kedai ini charge agak mahal untuk spare part dia.Saya tak boleh bagi komen sebab kedai dekat kuantan minta harga yang lebih kurang sama dengan mereka, tak tahulah kalau ada tempat lain yang lebih murah.Kedua, sikap yang agak “tidak mesra pelanggan” kalau anda pergi sana, anda akan faham kenapa saya letak ” ” tersebut.

Average Kos Untuk Baiki iPhone : 

  • Wifi Chip : RM350
  • LCD : RM450
  • Home Button : RM150

Cost untuk Home Button boleh dapat dalam RM80 di Kuantan, Cost untuk wifi Chip sama.Dan saya tak tahulah kalau siapa kelentong siapa, sebab katanya ada teknik ‘cuci’ yang membaik pulihkan komponen-komponen ini, tapi bukan untuk masa yang lama.Ini bermaksud ada sesetengah kedai hanya ‘servis’ komponen tanpa menggantikan komponen tersebut dengan yang baru tapi mengenakan charge seperti mereka menggantikan komponen tersebut.Siapa betul , siapa salah itu saya kurang pasti.

Kepada Maxis, kalau betullah apa yang dua kedai (3rd party) ini cakap, iPhone saya tak kena air, lebih baik kasi tukar Maxis Kuantan punya technical staff.Sila cari calon yang benar-benar layak dan expert untuk memeriksa gadget kami.Kenapa saya agak confident berkata demikian, sebab dua kedai ini yang memang nak cari duit, beritahu saya yang tiada kesan air, dan suggest saya bawa ke Maxis balik.So it doesn’t make any sense kan?

Barang bukan murah, jadi sila lebih berhati-hati di masa akan datang.

Hardware failure berpunca daripada factory sendiri bukan pengguna.Wifi Chip saya fried, sedih~~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

211 Responses

  1. kenapa button assitive touch screen ip 11 saya tak boleh sampai ke atas? adakah screen tel saya rosak?

  2. Assalamualaikum nak tanya iphone X screen pecah under warranty ley tukar ke dekat kedai ini atau kedai yg kita beli?? .. kena bayar ke nak tukar LCD pecah yg under warranty?

  3. Iphone 7 Sy kerap restart lepastu terus tak boleh on.bila charge keluar logo sahaja.berapa kos baiki ye

  4. assalamualaikum, saya nk bertanya . jika saya terlupa password home screen . Adakah ia masih boleh dibaiki, saya dah kunjungi bbrapa tmpat repair iphone . boleh di repair tapi akan hilang gamba dan smua data dlm ip tu nnt ? ada cara lain untuk repair ? sbb saya xnk kehilangan no contact dan gambar ??

  5. tumpang tnya,iphone 7 masuk air pstu home botton tk brfungsi,cmera depan belakang tk brfungsi,lepas msuk air je aq off dh and smpan dlm beras,esok aq on blik msi bole hdup jdi aq cas lh,tiba2 screennya gelap pula.apa mslh tu?brpa cost nk baiki?

    1. beras tu myth, and plus kalau hidup pun. Litar akan berkarat sebab dah kena air. Seeloknya hantar untuk di periksa. Ini post pasal kedai yang saya kunjungi bukan kedai saya.

  6. hi knapa iphone 6 saya lepas jatuh, dia hanya keluar logo apple, kemudian blank. adakah lcd rosak?

    1. Cara untuk fix disable iphone.

      Fix Disabled iPhone with iCloud
      On your computer, open a browser and visit icloud.com/find.
      Log in with your Apple ID and password.
      Select All Devices at the top.
      Click on the device (iPhone, iPad, or iPod Touch) of yours that is currently disabled.
      Click erase. Confirm erase.

      Kalau lupa apple id boleh guna forgot my password then dia akan hantar ke email anda untuk recovery.

  7. kalau icloud xingt password nk buat mcm mana ye ? sbb ade org jual iphone yg icloud dia xingt password .

    1. Hello, kalau terlupa apple id password, boleh minta owner asal untuk buat “forgot your password” di iforgot.apple.com . Masukkan email apple ID, pilih reset password, ada dua pilihan, sama ada terima email atau jawap security question.

      Kalau email, just pergi ke email, tekan link, dan masukkan password baru. Kalau security, just masukkan jawapan dan masukkan password baru dan minta owner logout.

      Sekiranya, owner lama “terlupa” password email atau tak ingat jawapan security question, batalkan pembelian kerana risiko telefon tersebut bukan miliknya adalah tinggi. Boleh jadi telefon yg di jumpai atau dicuri.

      Thank you

  8. hai assalammualaikum. sy ade 1 iphone 5s yg bru repair, tp phone dh disable lps tu sy lupe id & password, boleh fix lg ke ? tq

      1. assalamualaikum..kalau terlupa apple id dan pass nak buat macam mne erk dh guna website dia dah tp ttp tk boleh buka jugak

  9. Assalamualaikum. Akak ada masalah nak dapatkan data drpd ipad anak saya yang disable sbb saya salah password. Ada banyak gambar dan kertas kerja anak saya untuk SPM dan perlu hantar segera

  10. hai assalammualaikum,saya nak tanya?awak dapat baiki kh iphone sya,saya lupa pasword icloud saya jdi sya try format menggunakan laptop but setelah format,dia minta lagi id apple sma pasword jdi sya dh tak ingat,so tak boleh main tu iphone,dia balik2x minta pasword ,awak boleh perbaiki ke?kalau boleh wtsapp sya di no 0146233751 T.kasih….harap awak dapat membantu

  11. Salam. Tumpang bertanya. Boleh repair Iphone 1 (8gb) – A1203 Model. Skrin pecah/crack. tq

  12. iPhone 4 saya heng . Then saya tutup kejap . Nak on balik , tak dapat . Tapi bila try call , masuk . Cuma screen gelap . Nak buat macam mana ye ?

  13. nak tanya kenapa saya punya camera depan kejap okay kejap gelap and blur pas tu okay semula..saya dah tukar camera dah baiki software tpi still mcm tu..ada sapa2 tau tlg saya tq

  14. Asslamaulaikum..
    fone saya Iphone 5s..
    baru termasuk air..
    tapi boleh hidup watsap semua boleh..
    cuma screen sebelah kiri Nampak ada air ..
    macam mana saya nak buat ?
    no saya 0132808715

  15. Hi.. nak tanya.. kalau tak boleh nak tekan screen pada iphone.. and sometimes ada macam multiple jari yang tekan.. hehe.. masalah ape ye tu? agak2 berapa kos nak repair if encik tau? thank you

  16. assalamualaikum saya punya iphone sekarang tak boleh nak on..tapi 2 3 hari lepas bila saya on dia keluar logo apple and then logo tu perlahan2 hilang dan selepas itu langsung tak boleh nak on..tapi saya cuba try connect dekat pc walau takleh on and then tiba2 dekat pc dia keluar dekat itunes ..

    apa masalah fon saya ?

    1. Sy pon ade masalah yg sama,
      Tadi sye pergi apple centre die ckp motherboard yg rosak cost kalau repair 1000+ lebih baik beli baru,

  17. salam, tumpang tanya kenapa phone 5s saya asyik kabor ‘searching’ ?? saya dah cuba semua cara yang google ni bagi tapi masih juga sama. on off phone sudah, buat flight mode sudah, remove sim dan masuk balik pun sudah. tapi satu pun tak berkesan. jadi apa ye masalah sebenarnya?? dan macam mana nak fix?? dah dua hari dah ni phone tak berfungsi

  18. hi, saya nak tanya, saya pakai iphone 5s and then satu masa iphone saya off sendiri and touch id saya tak boleh guna , lepastu bateri saya cepat sangat drain, bila time tak guna pun dia drain, contoh macam malam sebelum tidur saya dah cas full 100% and then bila bangun pagi terus habis bateri iphone saya.. dah tukar bateri baru pun mcm tu jugak, iphone pun time charge panas lain macam.. mohon pencerahan huhu
    \

  19. Salam… Saya punya iPhone 5s bila charging dia makin drained. Dah tukar cable, plug and bateri baru but still sama. Kadang2 bru naik, yang tu pun takboleh nak main phone. Kalau main je, dia akan drained balik bila charging. Apa masalah eh?

    1. Ic2u punye chip brmasalah… Sy pnye pon kene cm2, siap tuka battery baru.. At the end, motherboard tros kondem.. Now ip5s sy da totally out of service.. So sy da switch to Asus… Bye2 apple..

  20. Iphond 5s skrin renggang sedikit sebelah kanan. Igtkn gam skrin tercabut. Then phone heating especially on mobile data. Ape problemnye ye? Mohon pencerahan

  21. lokasi kedai kat mana.? saya nak cari kedai repair iphone 6s di kawasan kedah dan penang.. ada sapa2 tahu tak kedai mana yg terbaik.?

  22. Hello mau tnya iPhone 6s saya npa tiba2 keluar I.tones…apa masalh…blh wattsap saya segera…0178936316…saya cr no fon awak tiada

  23. assalamualaikum bos..nk tnye…iphone 6s ambe jatuh masuk air..pastu gi kedai dia pegi cas plk..pastu nye kabo kite hp deme masuk air ni..pastu dia kabor dh trbkar cip dalam tu..xleh baiki dah ni..kite ni yg xtahu ape trus pulang hampa..:'(…so, ada kebarangkalian ke bos hp ambe tu blh DIBAIKI????plizz boss.

    1. salam bro..baru terjadi dekat saya seminggu lepas.. iphone 5s sy masuk air (air masak anak tertumpah dlm beg & tak sedar)..tak leh on terus.. balik try rendam dlm beras kering selama 4-5 hari tapi tak jalan jgk.. pegi hantar kedai, org kedai kata motherboard mmg da rosak terok.. cip da terbakor.. sbb sblm rendam dlm beras tu mmg ade cas dlm 10saat je pun sbb nak tgk caner.. rupa nya org kedai kate jgn cas lepas kena air.. sbb tu cip terbakor.. last2 mmg tak leh repair melainkan tukar motherboard.. tukar motherboard pun mcm tukar henpon baru.. skrg ni tgh mengenang nasib.. sesal tak sudah.. wlaupun 5s tapi syg sgt kat phone tu.. da berapa hari menangis tak berlagu…wuwuwuwu.. skrg tgh pening kepala nak cari balik gambar & data lain sbb gambar tak simpan kat icloud..lg haruuuuuu..wuwuwu…kot2 tuan punya blog lagi pakar & ada cadangan..

  24. Saya 5s ad bunyi power button,longgar since dari saya beli,kalau rakam,video,siap,masuk dalam video lagi bunyinya . Slain daripada tu suma perfect. Nak bawak p apple takut xboleh replace sebab ade kesan hentakan,sgtt,sgtt kcikkk kt,bezel,tu. Sbb sthu sy warranty akan,void,kalau ad tanda2 kerosakan,fizikal.

  25. Iphone5s sy problem.. Bila on dia pnya screen jd colurful.. Biru ijau kuning.. X jatuh pn.. Cuma last time pakai hp tu low bat kong habis and bila i charge after 10mnt turn on jd mcm tu.. Why ya.. Gve me some help plz.. Tq

  26. Salam abg saya guna iphone 5 ,ada satu masa batrei low pastu saya lupa charge n masa saya charge dia tak hidup pun ,kenpe yer ?

    1. Salam, ada banyak faktor. Kemungkinan cable dah rosak. Atau kepala charger dah rosak. Boleh jadi bateri pun dah rosak. Boleh cuba dengan charger lain atau cable lain dahulu.

  27. Hi abg ,sy guna iphon5 satu masa dia habis batri sy lupa nak cas selama kurang 1 jam pastu saya cas n tak meyala pun ,tu knpe ye ?

  28. Assalamualaikum. Sblum ni sy pakai cable iphone 6 yang ori, ade satu hari tu sy tlupa nak bwk cable iphone sy dan sy belilah cable iphone yg murah utk sementara waktu. Selepas sy menggunakan cable tu, batteri iphone sy jd x tahan lama. cepat sngt hbis batteri. pagi tu 100% tanpa membuka mobile data & menggunakan iphone just letak dlm beg. bila ptg check batteri tinggal 2% …

    1. waalaikummusalam, ini adalah sebab kena menggunakan cable yang original. Kadang kala pembuatan cable yang kurang elok, boleh menyebabkan kerosakan pada bateri. Kalau kerap terjadi, kena replace dengan bateri baru.

  29. iphone 6s plus tadi baru terjatuh dari tangga..then skrin saya macam kabur..bila home screen..dia jadi berbelang2 n bergoyang..saya nak taw harga repair berapa..harap dapat pm saya ye di 011-3660-2356

  30. Sy nak try tukar screen 4s sy sendiri… Tetapi… Masalahnye sekrg.. Sy xtau mne nk cri spare pat… Bole x bgtau sy kat mne ade jual spare pat area jb

  31. Salam tadi phone terjatuh n screen iphone 5c saya blow up screen naik mcm nak terbukak n tertanggal . Mula mula home button takleh tekan pastu mati dan jadi macam ni. Repair mahal tak ye? Sblum ni mmg bnyak kali phone heated and logo apple kluar n white screen smua. Huhu tolong sy

  32. Salam.. Iphone 5s network dia asik searching je.. Dh reser network setting, dh reset factory setting but still the same.. Ada kenungkinan network antena ke? Blh advice x bro? Kalo repair berapa?

  33. Salam nk Tnye home botton iPhone 4 Sy rosak,kt Kuantan kt Mne Ye kdai repair tu? Huhu

    1. try power reset, hold power, dan home button. Kalau tak boleh update ios latest, kalau tak boleh, restore factory setting, kalau tak boleh, beli phone baru

  34. Madam ni . 5s saya ni beli dari members saya tapi dia tak ingat Apple ID Dan pasword.. So boleh tak bypass? Berapa Harga ?

  35. Nk tnye. Klau nak menaip ada stgah huruf ssh nk detect knapa ya? Cthnya huruf E dan D sja problem. Lain ok.

        1. off kan tu satu tindakan yang betul. Tapi bila dah on balik tu yang bawa masalah, boleh mengakibatkan short circuit kepada board. Kalau kes terkena air, memang kena offkan, then kena kering kan serta bersihkan komponen di dalam (air ada mineral, so lama kelamaan walaupun kering akan akibatkan kerosakan akibat karat), harapan agak tipis, dan kemungkinan terpaksa tukar the whole board. Kalau masih dalam warranty boleh cuba bawa ke apple store dan tgk apa kata mereka, atau bawa ke kedai 3rd party, which gonna charge you a large sum of money. Third choice , beli phone baru.

  36. salam bos. ip 5s saya jatuh then now dekat belakang dia mcm ad bunyi and berlaga la. itu sebab ape ye ?

  37. assalam,iphone 5s sy tetibe restart sendiri,pastu dia stuck kt logo epal tuh lama gak la dalam 20 minit kdg2 sampai 30 minit..nape yer??

  38. Salam..sy pkai iphone 5..fon ni cpt sngt abis bateri..bile nak on balik pon amik mase yg lame and kadang2 fon panas sngt time cas..so means bateri yg problem ke ??ke hardware yg problem??and klau bateri iphone5 rosak..agak2 brape ye cos die??

    1. Kemungkinan besar bateri tu dah out. Bateri, sama seperti rechargeable bateri , ada life spend dia untuk cas dan di cas. Sampai satu masa memang kena tukar. Untuk iphone 4s harga bateri lebih kurang 80-90 ringgit bergantung kepada kedai.

  39. betul ke kalau iphone kita rosak masuk air, kita boleh tukar iphone baru dengan switch or apple. how true is that actually?

  40. iphone 6 sy msuk air…org call atau msg mmg xdgr la..tmbh2 call…leh angkat tp xdgr suara. leh repair x.?

  41. Salam bro …kakak sulong sy tggl kn iphone5 kpada sy… lpas tu sy reset all data iphone tu.. then dya nk kna msukan apple id n password..sy dah pkai hampir 7blan tk trfkir apple id ni pnting bg apple using.. n tnye kakak pn dah lupa smua… tkkn nk buang kot syang la bende cantik lgi kn…tnye kedai smua kata fix hardware blik bru bleh gna..rm700 jgak la….jadi bro nk tnya brapa harga jika sy nk tukar ic iphone 5 utk unlock apple id n pasword tu… klu berbetulan harganya sy snggup byar.. iphone ni dh sbulan lbih tk aktiv tu…

    1. Dimana kedai yg boleh buat mcm ni..? Nk tukar ic iphone5 for unlock apple id n password old owner..

  42. Salam n selamat sejahtera semua. Di mana saya boleh dptkn supplier brg2 iphone di sekitar kuantan. Saya Part time technician. Skarang mostly supplier dr kl n selangor. Nk cari supplier di sekitar kuantan pulak. Contact saya 0143276314. Tq

  43. Salam,nak tanya iphone 4s saya touch screen dia tak boleh. Saya pergi kedai tanya dia cakap board apa entah dah rosak tak boleh nak repair dkt situ sbb kos tinggi. Macam mana eh nak repair tu? Ada harapan lagi tak iphone ni nak pulih? Touch screen dia sahaja tak boleh guna try bukak app guna siri semua boleh cuma tak boleh nak main sbb tk boleh nk tekan apa-apa.

  44. salam iphone5 saya kena air
    pas tu hidop lg skrin jd jalur2
    saya off on blik dia kluar tulisan kecil2
    pas tu skrg gelap trus tpi dia on lg nmpk lampu dia x buleh off

    1. lcd dia dah defected tu, and kalau masuk air,memang kena bawa kedai or buka untuk bersihkan litar dan board. Even kalau boleh hidup semula tapi tak di bersihkan, lama lama akan berkarat dan kerosakan akan berlaku di kemudian hari.

  45. Iphone saye pernah masuk dlam mesin basuh die boleh cas tpi x leh nya berape ye untuk baiki

  46. macam mana nk pecah kode iphone 5..sepupu punya iphone dia bagi saya ,tapi lock…ada tak mana2 kedai yg boleh pecahkan kod tu..please urgent
    013 7835686

    1. rasa macam dah tak ada harapan. Kalau masuk air dan anda on, kebarangkalian akan short circuit. Kena ganti the whole motherboard semua Maybe boleh fikir untuk tukar telefon.

  47. Hi. Saya nak tanya. Iphone 5 saya stuck dkt apple logo. Dah try restore, tapi error. Then keluar logo itunes je. Apa masalah ya? Main board ke?

  48. if iphone 5 jatuh,then screen keluar garis garis tu apa masalahnya?brapa kos?boleh suggest tmpat yg murah boleh baiki?or contact num?

    1. LCD tu yang rosak. Dulu, iphone 4 cost dalam around RM350, mungkin harga lebih kurang.

  49. bro iphone 4 saya sebelum ni sim x detect pastu lepas 3 hari kedai chek diaorg kata ic iphone saya rosak. agak2 brpa kos nak baiki tu.and satu lagi klau iphone 5 water damaged boleh repair tak and brpa kos dia.thank you

    1. Untuk kos pembaikian , saya tidak pasti. Selalunya alatan elektronik ni di compile oleh kilang dan machine.Boleh untuk di perbaiki manual, tapi bergantung kepada kualiti bahan ganti dan kepakaran org yg membaiki. Untuk iphone yg terkena water damage, kena tgk tahap damage tu. Bila kena? Air apa? Ini kerana air mengandungi mineral yg boleh menyebabkan karat. Sekiranya terkena air, kena buka phone (klu ada kepakaran) dan jemur dan keringkannya ( jangan pakai hair dryer, blh rosak akibat heat) . Seeloknya bawa ke kedai yg di percayai boleh repair. Sekiranya main board rosak, costnya boleh jadi mhl, di mn better beli phone baru (second lg murah dari cost nak repair) and replacement part mcm biasa, tiada guarantee ia blh tahan lama.

  50. salam , nak tnya ? kalau iphone 4s dah tak boleh nak on klau on pun dya akan naik lambang apple kejap trus naik itunes , masih ada hrapan tak nak hntar repair ? klau bleh hntar agak2 brapa kena charge

  51. Salam , sye nk tnye lah , kalo ipad cas , power tak masuk masuk , kemungkinan apa ye yang rosak ? Emm

    1. Ada banyak kemungkinannya.
      1. yang paling obvious cable anda rosak.
      2. kepala plug rosak.
      kalau dah try 2 benda ini dekat device lain
      3. bateri anda dah out
      4.kemungkinan berpunca daripada software/ios (try restore)
      5. Kemungkinan port charging tu malfunction

    2. wsalam;

      baru tadi saya balik dari setepak repair ip4s saya;

      lcd = rm120;
      home button = rm15
      charging port = rm45

      termurah setakat ni. nama syarikat mondis enterprise @ wisma mutiara genting setapak

  52. hey, bro iphone 5s jatuh dalam air? dah lame dah x tahu lah boleh repair lagi ke tak …rase rase boleh x? harga agak2 brape err..

  53. Salam bro nk tnye …iphone 5 sy xblh nk on and stuck kt apple logo…skrin dia jdi mcm flashing…kjap kluar apple logo kjap x..tdi ade bwak pegi check kt the mines,cina tu ckp sbb motherboard rosak…nk tnye pndpat bro,btol ke motherboard yg rosak and klau btol harga nk tukar motherboard tu mhal x?

    1. salam , setahu saya kalau blinking/flashing, LCD dia rosak, atau repeater dia rosak. Second , boleh jadi sebab iOs corrupted. Dah cuba restore ke factory setting?
      MOtherboard kalau rosak, harganya sangat mahal, dulu masa pakai iPhone 4 pun dia nak 1k macam tu. Macam beli baru pula. Selalunya electronic yang integrated circuit macam phone, kalau salah satu benda out, kalau repair pun takkan tahan lama, sebab it came with the whole circuit. Cuba tanya berapa harga, dan apa warranty dia. Tapi saya sugest try restore dulu takut software yang problem. Kalau di suruh tukar motherboard, better kumpul duit beli baru.

    1. off kan. Lepas tu bawa pergi kedai. Kalau reti Disassemble sediri boleh buat juga. Kena buang semua air, and kena pastikan tak ada air langsung, kalau tak nanti, ada komponen yag kena air akan karat. best way, antar kedai

  54. salam.. nak tanya.. iphone 5s saya heng. nak idupkan balek macam mana ye? dia keluar lambang apple yang depan tu je. please reply

    1. Salam, logo apple atau itunes? kalau logo apple, boleh cuba HARD RESET (tekan Suis POWER dan HOME BUTTON jangan lepas-lepas), kalau tak boleh juga, boleh try off kan dan connect ke iTunes untuk restore, kemungkinan ada fail yang corrupt.

  55. lg optimus g boleh di perbaiki di malaysia x???pakcik saya belikan dari korea…screne x pecah..tapi cermin die retak…nk touch pun dh x betul

  56. Salam bro..ipad 2 sy terjatuh dalam kolam ikan..tgk ipad mmg xnyala truslah..pastu buh ipad tu dalam beras dlm 3 4 hari..sy cas ipad dan ‘on’kan dia mnyala cam biasa..yg mnjadi masalah sound dia xberbunyi lansung..so skrg sy juz kne baiki speaker dia je la kan?sy nk tau ongkosnya bape plk ye?

    1. Salam,maaf lambat reply, diluar kawasan. Kalau jatuh dalam air ni, walaupun boleh on, kena servis balik sebenarnya, since air bila dah masuk dalam litar, dia lama lama akan jadi karat, so slow slow akan rosak balik sebab karat, speaker tu mungkin dah rosak, tak pasti berapa kosnya, sebab saya bukan kedai, saya pergi kedai ni utk repair, tapi kadang kala tak worth nak repair gadget ni, selalunya elok beli baru sebab repair belum tentu akan pulih, and costnya selalunya mahal.

  57. iphone5s sy tk masuk cas, dah beli dua tiga kali, kabel die asyik ade masalah je… susahh –“”

  58. salam..iphone 4 saya terhempas…and terus blank tapi msg n call still masuk…kalau macam tu ape yg rosak r??

  59. Salam.. Iphone 5s sy terjatuh dalam sungai. Mcm biasalah masuk air. Pada awal nya hidup tp dalam bbrp minit terus keok dgn sendiri.. Bila tekan butan on balik tgk battery dh habis. So balik rumah try onbalik tp x idup jugak. So sy keriglan pakai hoar dryer n letak dalam beras.. Still x normal jugak. Dalam 2-3 hari phone blh on mcm biasa. Cuma bila charge dia lambat masuk.. Battery hadi cepat hbis.. Dan x masuk charge serta amat panas.. So skrg ni telefon langsung x blh on.. N x masuk charge.. Service dh service dh.. Try tukar battery baru pumstill panas dan xde line.. Apa perlu sy buat.. Tolonglah.. ^_^

    1. salam, sebenarnya ramai yang salah anggap dengan entri ni, entri ni utk introduce kedai yang baiki, bukan saya yang baiki. Boleh tahu maksud servis tu apa? anda hantar kedai ke? Bila jatuh dalam air, jalan yang paling baik adalah tutup phone tersebut dan diassemble/ buka phone phone selagi boleh buka untuk keringkan komponen dalam tu. jangan on selagi tak pastikan semua betul betul kering. Air juga kena di bersihkan betul- betul, sebab boleh menyebabkan karat kepada komponen dalaman. The best way hantar pergi kedai, tapi servis mungkin mahal (kadang baik tuko phone baru terus) kalau mainboard rosak. Smartphone masa kini semuanya integrated circuit dalam satu board saling bergantung satu sama lain, jadi kalau satu rosak, kemungkinan akan affect komponnen lain juga. Dari cerita anda, jalan terakhir bawa ke kedai utk di periksa, tapi bunyinya macam dah takde harapan phone tu. good luck.

      P.S macam mana boleh jatuh sungai?

    1. Hello Amy,
      Saya strongly suggest jangan beli.
      1. Kalau dah terendam washing machine, mungkin bukan centre dia saja rosak, dia akan effect kepada komponen lain juga, contoh camera, led, flash,speaker, wiring. Besi dan wiring juga akan lama kelamaan , akan berkarat.
      2. Centre board unit sangat mahal. Even kalau nak repair komponen kecil pun kadang kala tak tahan lama.

      3. Saya bercakap berdasarkan pengalaman di mana, iphone 4 saya terjatuh dalam baldi tempat tadah hujan, (atap bocor ketika itu). Saya dah cuba hantar ke tempat baiki, dan dia orang nak dalam 1.4-1.5 ketika itu.

      4.warranty confirm dah tak valid, since apple tak cover air.

      5. Suggestion saya baik amy simpan duit dulu, tambah sikit untuk beli iphone 6 atau iphonem5s baru ketika ip6 keluar, harga akan jatuh. Atau ambil terus 5s yang baru dari kedai.

      iPhone, iPad bukan barang murah, biar kita beli mahal sikit, baru, puas hati. Inikan pula beli dalam condition yang amy mention tu. Tak berbaloi. Better tunggu baru :)

  60. Hii .. nak tanya i nak beli iphone 5s secondhand tapi org tu ckp skrg ni centreboard iphone tu dah rosak sbb dah terendam lama dlm washing machine .. if repair harga dlm ye dan kalau repair boleh elok balik macam asal ke ?

  61. salam beb … iphone saya bila heng je skrin iphone gelap lepas tu bila org call bunyi tapi tak boleh angkat phone sbb skrin dia gelap terpaksa tgu battry dia habis then cas phone baru jadi normal , masuk nie dah tiga kali jadi macam nie .. Apa yang rosak sebenar yer ipone saya nie? … nak tgu battry habis pulak dekat nk separuh hari … kalau boleh cabut battry kejap je kot boleh normal balik iphone tu..

    1. Selalu kalau hang ni, mungkin berpunca daripada software. Dah update latest iOs? jailbreak tak? kadang kala ada plugin yang tak sesuai untuk iOs, boleh akibatkan clash sekaligus hang. Cara paling mudah nak tahu, just update semua benda, and kalau jadi juga, just restore je telepon tu, harap dapat membantu.

  62. hi..iphone sy crash jailbreak then jd safe mode. then xleh detect network, asyik keluar ‘no service’. tau tak mcm mne nak solved? dh try mcm2 care kt utube tp same je. klu g kedai diorang bleh fix ea msalah ni?

    1. Sorry lambat reply.Lepas dah masuk safe mode tu, boleh respring kepada normal mode balik.Lepas repsring tu, boleh masuk dekat cydia dan update apa apa yang patut di update.Selalunya error macam tu jadi sebab ada clash between app, plugin, tweaks.Benda ni boleh settle sendiri je, sebab kadang-kala kedai nak jailbreak pun dia org charge.Kalau nak senang, update to the latest version and lose the jailbreak functionality.

  63. bro, iphone i jatuh untuk kali keseratuslimapuluhjutanya then skrin terus blackout. bila restart boleh, apple icon appear on screen cantik je tapi lepas tu skrin jadi mcm siaran tv ala-ala takde siaran tu. bila connect to itunes, tak boleh detect. apa masalahnya sebenarnya eh? skrin ke dalaman?

  64. salam bro….sy ada iphone4s tp sy pny hp jatuh then sceen dye trs gelap..sy try on pon xleh…kenapa erk???kedaai yg bleh fix iphone area kl kt mana erk???

  65. Yg terbaik?hurm setakat ni yg blh rekemen dekat area bukit ubit sebelah skynet,tapi highly rekemen antar kl,atau still in warranty boleh antar ke maxis atau tempat yg anda beli.

  66. Salam, untuk membaiki sesuatu,pastikan anda tahu punca kerosakan,dalam kes anda mungkin kerosakan berpunca dari lcd.Jadi apa yang anda perlukan ialah mendapatkan brg gantian,alatan untuk membaiki,kebolehan untuk membaiki barang elektronik dan juga panduan untuk membaikpulih lcd tersebut.Alatan elektronik sgt sensitif,dan terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memulakan proses membaik pulih.Kalau tersilap boleh merosakkan litar/putus wayar/dan sebagainya.

  67. salam,,,bagaimana nak baiki screen yg berwarna putih(tiada gambar)…blh kha sy baiki sndiri???

  68. Saya tak pasti sama ada mereka menawarkan untuk iPad mini.Tapi anda blh google untuk mencari kedai yg menawarkan perkhidmatan membaik pulih iPhone berdekatan dgn kawasan anda.Untuk screen iPhone harga lebih kurang rm450.Sepupu saya mengalami keretakan screen di iPadnya, dan menurutnya ada kedai menawarkan harga rm150 utk servis.Persoalannya sama ada kedai itu reliable atau tidak sahjaja dan juga kualiti barang ganti.

  69. Screen Ipad mini saya pecah.. Boleh repair ke? Di mana saya boleh hantar utk di repair :(

  70. Salam,apa yang rosak?kalau bro ada kepakaran teknikal blh repair sendiri.Dgn syarat ada barang ganti.Since gadget brg elektronik langkah keselamatan kena ambil,utk diri dan barang,elektronik parts ni sensitif,kalau short circuit. nanti benda lain rosak .Tutorial ada di youtube selalunya.Ikut je langkah2 yg di berikan.

  71. salam bro nak tnye.. saye x nak ditipu lagi.. sebab saye tau barang die mmg mahal.. n saye nak betul kan sendiri bagi pndapat abg cam no??

    1. Salam, apa yang rosak?kalau bro ada kepakaran teknikal sebenarnya boleh buat sendiri dengan syarat ada barang gantiannya.Satu lagi ,kerana kita bermain dengan barang elektronik , jadi kena tahu macam mana nak handle keadaan untuk mengelakkan berlakunya short circuit dan sebagai.Tutorial untuk menukar barang2 selalunya boleh di dapati di youtube.yang penting utamakan keselamatan diri dan barang,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »