Trip ke Shanghai part 2

Jom kita sambung semula dari entri lepas sementara masa masih membenarkan aku untuk menulis.

Selepas dah check in ke hotel, kita orang mengambil peluang untuk merehatkan diri sebentar, penat beb! Jadi seperti yang telah di rancang , selepas zohor baru kita orang bersiap-siap untuk keluar. Destinasi pertama adalah Nanjing Lu (Nanjing Road). Memang berbeza sungguh keadaan jalan ini pada waktu sekarang berbanding pagi tadi. Nyata berbeza. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu untuk membeli belah, aku cuma seronok tengok gelagat manusia yang sibuk dengan aktiviti mereka di petang hari. Barangan berjenama dekat sini agak mahal berbanding Malaysia, kalau yang murah pun semuanya  fesyen street wear yang memang amat murah. Sepasang kasut Rm15 pun boleh dapat dah.

20

21

22

23

24

Macam sekejap je hari dah malam, untuk pengetahuan anda semua, dekat sini pukul 5.00 petang dah gelap gelita okey. Suhu pula makin menurun dan perut menjadi semakin lapar, jadi kalau dah lapar masa untuk turn on the HUNTING FOOD MOOD. Untung jalan dengan uncle hatta, sebab kedai makanan halal area Shanghai ni , dia memang dah tahu. Untuk datang ke kedai ini, anda  jalan terus je dekat Nanjing Road ni sampailah nampak lorong yang ada pintu gerbang ni di sebelah kanan anda (kalau anda datang dari arah east nanjing road station)

25
Pintu Gerbang ni

26

Dekat kedai ini kami berkenalan dengasn Hussaini dengan Saleha :inlove: . Kesukaran dari segi bahasa tak menghalang kami nak order makanan. Apa yang perlu dibuat hanya tunjuk dekat gambar yang mana korang nak makan and you are good to go.

27
Tunjuk and Order
28
Order Order

Hussaini akan terus membuat mee secara live depan anda, kira mee segar dari ladang lah.

Ini adalah diantara hasil-hasil yang di cipta oleh Hussaini, dan aku tak tipu kalau aku cakap, makanan dekat Shanghai ni memang terbaik dan sangat murah. Kalau berkesempatan datang ke sini boleh lah mencuba.

29
Sayur tu memang terbaik!Manis, sampai sepupu yang tak makan sayur pun makan sampai habis.

30

31

Lastly, memang tak lengkap makan kalau tak ditambah dengan cili ni. Pedas yang boleh membuatkan kau nangis macam jari kaki tersepak bucu meja.

32
Cili Sos terbaik!

Lepas makan kita orang pun meneruskan perjalanan ke area Nanjing Road sebelum bergerak ke Yuyuan Garden. Si Anip berhenti sebentar beli sim card China, mahal juga harga sim card dekat sini, tapi nak buat macam mana perlukan juga untuk buat kerja nanti.

Nasihat aku silakan menaiki train untuk ke Yuyuan Garden sebab berjalan ke sana sangatlah jauh hahaha. Mana nak tahu, aku ikut uncle hatta je. Tapi sebenarnya tak adalah penat, sebab berjalan di kala malam yang dingin dan sejuk. Cuma kakilah lenguh sikit , sian kakiku dan kasut baru. “I’m sorry” *gaya Amir raja lawak.

33

34

35

36

37

38

Jalan punya jalan punya jalan, tengok – tengok terus sampai dekat Yuyuan Garden. Tempat ini disinari dengan lampu-lampu oren yang membuatkan ia kelihatan majestic dan lawa. Tapi kita orang sempat berpusing sekejap je sebab dah pukul 10 malam dan lampu-lampu lawa ini di tutup, agak sedih sikit di situ. Kalau nak beli cenderahati, dekat tempat ini ada pelbagai kedai yang menjual cenderahti untuk di bawa pulang untuk keluarga dan shabat terdekat.

39

40

41

42

43
Boleh pulak jumpa Wukong!

Hari ini di akhiri dengan secawan caramel macchiato panas. Goodbye

IMG_3785
Bye!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

  1. ye berjalan ke Yuyuan Garden memang cari nahas.. tak payahlah baik naik metro saja..
    kami tak singgah pun Nanjing Road sebab semua kedai situ ada je kat Malaysia.. lalu jeling2 je..
    singgah shopping kat Yuyuan Garden dari pukul 3 petang sampai 7 malam.. punya sakan buang duit..

    1. masa tu saya mengikut uncle Hatta , sebab tu saya pun berjalan, selepas itu takde dah, terus berjalan sendiri sahaja, hha ah tak banyak benda pun dekat Nanjing road,cuma ada kedai makan Husaini hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »