Aku tak tahu nak mula dari mana

Ehem, ehem nak mula dari mana ye? Macam banyak sangat benda nak cerita sejak tak mengupdate blog setelah sekian lama akibat peperiksaan atau pun mungkin kerana akibat kemalasan yang melanda.Sesekali aku menjenguk ke google analytic still tengook ada pengunjung yang sudi melawat ke blog aku yang tak seberapa ini.Aku rasa baik start dengan hari jumaat lepaslah senang, penghulu segala hari kan, okey here I go.

12.11.2010.hari ini banyak kenangan sebenarnya yelah kalau nak tahu, hari jadi aku yang ke ehem, mengikut kata Anis, 23 walaupun sudah beberapa kali aku menidakkan kata-katanya itu jadi anggap jelah benar hehehe. Oh, aku nak ucapkan terima kasih kepada yang mengucapkan selamat kepada aku, maaflah aku tak dapat nak balas sms kamu semua since I’m out of credit tapi terima kasih sebab ingat.Yang wish ikut facebook pun terima kasih sangat-sangat dan kepada yang menghantar aku dengan pelbagai kad dan gambar di email thanks yer…

Lepas solat jumaat, aku berjumpa dengan HM di Victoria Station, beria-ria benar dia nak belanja aku.terharu sangat rasa dapat rib eye di hari jadi.Tengahari itu je, aku dapat homemade brownies and a surprise gift.Seronok bercampur terharu rasa, surprise gift tu memang 100% di buat sendiri mana aku tak terharu first time dapat benda macam ini.Yelah, kalau benda lain maca baju ke, perfume ke, benda lain-lain tu boleh dibeli dengan duit, tapi ini lah first time aku dapat gift yang dibuat dengan usaha.Thanks HM.I Love it :-D .

dari sisi F

MDF2

dari sisi M :heart:

Presenting the delicious Rib Eye steak from Victoria Station :heart:

NYUM NYUM

Gambar ini mengundang sedikit sebanyak kecemburuan di facebook aku huhuhu.Sila jealous okay terutamanya kepada Jama and Abg Azmil :devil:.Since malamnya ada occasion di Istana budaya so we have to part our ways in the evening tapi thanks tau HM, you have made my days.And the brownies, It was awesome!!! Untung si BF hehehe.

Kemudian aku mengorak langkah ke rumah Maz, kononnya nak makan bersama tapi bila dah sampai dekat teratak wangsa tu, aku terlekat depan komputer Ba, join depa tengok cerita hantu ‘the hole’. Laro punya laro (aku belajar dari Syed Afif ), tup tup pukul 9.depa baru nak mai mandi, aku pula dah janji dengan Najwa nak keluar,so cancel lah makan dengan Maz ngan Bad.(thanks eh pasal tak ada pembalingan material2 dapur dekat aku huhuhu).

Lepas ambil je najwa si cousin aku yang comel tu dari rumah dia, terus kiteorang gerak gi wangsa walk.Plan nak makan -makan.Lepas tu take stroll dekat area situ, boleh pulak terjumpa dengan si Aiman, Borak jap dengan Iman, maklumlah last sekali aku jumpa masa time raya, dan aku still rasa bersalah tak bagi Spartacus dekat dia.Ye ar takut orang lain pula tengok kan, kadang-kala tikus ini licik jugak (yup I’m referring to you huhuhu ).Masuk dalam aku ternampak pula cik Em, wah dah lain sekarang penampilan yer, terkejut juga sebab selama aku kenal kat kuantan takdelah vogue begitu.Hehehe.baru main boling katanya.

Aku decide nak balik pasal dah lebih pukul 11 malam, yelah aku sensitif sikit pasal 11 ni, birthday aku bulan 11, curfew pukul 11, maybe benda ini dah dibubarkan kot sekarang.Tapi pada pendapat aku baik ada, kalau terlepas pula, silap2 boleh tidur memana kan… (rahsia milik kita berdua kan? takkan jadi rahsia buat masa yang lama okey? :-D ) Lepas tunggu si Fiq datang amik Mia, eh Mina dari UPM,kita oang gi makan dekat bomba.Kedai ini nasi goreng kampung dia terbaik dowh, and I should find out the name of the stall since orang pelik bila aku cakap aku makan dekat bomba Taman Melati.

Intermission: Kalau rumah putih di panggil white house, rumah hijau dipanggil green house,kalau rumah terbakar panggil apa?Fikirkan dulu yer… okay sambung

Sempatlah berkenalan dengan Mia, eh Mina.Belajar dekat UPM, maybe kenal Anna beth, tapi since dia ambil literature tak dapt jumpa kot si Anna yang major dalam menternak lembu.Jangan marah pula Anna kalau u baca jk jk.Lepas tu, lepak dekat rumah fiq, beria-ria benar dia nak tunjuk magic performance.Okaylah trick dia tapi kena banyak improve lagi dari segi showmanship, bukan main komen, bukan apa, pasal cousin aku si Nazz pun pandai magic-magic ni so most of the tricks aku tahu.Tapi benda ini praktikal so kalau tahu teori tak semestinya mampu buat.It’s all about the diversion.Thanks fiq for the supper by the way, sepatutnya pergi TGi tapi dah terlambat pulak kan… takpe there’s always next time…

Besok pagi-pagi, parents aku sampai dari Kuantan, mula-mula nak hantar barang je dekat aku, tapi aku rasa keluar sekkali pun okey juga, jumpalah dengan aunty kesayangan aku Tacik dengan Ameer.Banyak jugalah berborak, dan beebrapa soalan lazim di kemukakan.Singgah jap di ampang ambil uncle Lan dan bertolak menuju makan tenghari . Menu, Ayam penyek, aku tak tahu kenapa dia dipanggil ayam pejnyet sedangkan ayam itu tidak di hempap, and to tell the truth aku tak gemar sangat makan ayam penyet ini.Lepas dah kenyang, tacik ajak aku pergi ke farenheit 88 berdekatan dengan pavilion.Katanya ada kedai berkonsepkan fesyen jepun baru buka.

Sampai je kat situ, memang agak kejepunan sikit, dah rasa macam dekat Shibuya lol :-P .

Sempatlah mengambil beberapa helai baju, birthday kan, apa salahnya shopping sikit hehehe.Lepas pusing-pusing dalam tengok jugalah jean, tapi aku memang tak pernah pandai nak memilih jean ni tak beli pula, kena bawa orang yang reti tgk jeans, anyone?Lepas pusing kejap dalam farenheit 88 ini, aku patah balik pergi pavilion, nak try survey mana tahu kalau zara ada sales.Sempat jugaklah mensnap pictures keadaan di dalam pavilion kuala lumpur ini, meriah betul dengan sambutan krismas.

Cantik kan?cantiklah mestilah cantik kan tengok siapa tangkap , konon~ :-P .masuk ZARA kejap cuci mata.terdengar dua orang minah ni bercakap, “WAH, sales ar…tapi winter sales, nak pakai bila baju-baju ni?”..Aku pun terbayangkan perempuan dalam tengah kepanasan ibu kota memakai baju kot berbulu huhuhuhuhu…

Lepas penat kaki melangkah, kita orang decide lepak minum kejap dekat the Island aku order crab soup something tah apa nama dia, tapi rasa dia memang sedap.Aku pun order kopi apatah nama kau, tengok2 sampai mengingatkan aku kepada cerita coffee prince. :laugh:

Tapi yang dalam coffee prince lagi comel lah kan, siap ada gambar bear lagi semua kan… tapi memang terbaiklah dekat sini.kalau sesiapa yang berkesempatan boleh lah mengunjung The Island.Oh, by the way terserempak dengan satu kedai ini nama dia Sticky, tengah buat promotion, pasal dia bagi free jer candy dekat orang ramiai..aku yang sentiasa ingin mencuba benda yang baru, trylah, pergh rasa dia sedap dowh..serius tak tipu.3 kali aku masuk kedai ini nak makan hehehe first time aku masuk seorang then lepas si Pah dan rakannya datang, kitaorang masuk lagi.Then kemudian, mak dengan tacik borong dekat 20 balang beraneka jenis dan rasa boleh di dapati.harga sebotol dalam rm14.90. Tak silap aku lah dan favourite aku, blueberry pasal aku rasa yang lain amcam tak berapa kick sangat.

Blueberry!! huhuhu

Lepas memborong, perut aku yang still tak full ni mencari makanan lagi.Macam biasa, teppanyaki tempat yang di tuju, memang aku minat gila dengan benda alah ini, harap ada satu dekat kuantan.Tengok orang putih sebelah aku makan macam tak ingat dunia, dengan salmon,udang, sotong, sirlion perghhh..nasi dia sentuh pula.Sedap kau makan eh, nantilah aku nak makan macam tu jugak huhuhu…

My personal chef konon~~

bak kata-kata pepatah bunga, boleh mati, makan, kenyang perut suka hati credit to kak Azlina :-)) .before balik sempat tapau dulu rojak buah kegemaran, tapi aku tak rasa best sangat rojak kali ini .

bruk giler rupanya

buruk giler rupanya, don’t judge book by its cover so don’t judge makan based on rupa..kekadang yang buruk tulah yang sedap, contoh macam kuih batang buruk, dah lah nama dia buruk,rupa buruk tapi rasa terbaik dowh~~Tapi kalau manusia ada je aku kenal muka buruk, perangai buruk , hati buruk, tambah pengecut ..uih lari topik pulak…sorry2…

Lepas tapau tu aku terus pulang ke ruma yang tercinta.Besok sepatutnya aku pergi menghantar aunty dan cousin aku ke Ireland , bestnyer dapat ke Ireland, tapi fikir balik dengan keadaaan aku sekarang, kalau dapat pergi pun setakat pergi tangkap gambar je, nak beli barang tak dapatlah kan, duit tak ada.So tengok je lah orang shopping , tak best pula kalau di fikirkan begitu.harini dia orang dah selamat samapi di London so I hope everything is going well.kalau singgah kat perancis jaga-jaga sikit dengan mata orang-orang dekat sana.Mengikut kata si D dan Asya masa diaorang kat sana, mat salleh tu asyik pandang Si D, hahahahaha… apasal pula aku masuk topik ini , tukar-tukar..

So Seharianlah mengadap pengajian malaysia>Aku dah tahu dah ubat mengantuk, di ulangi ubat mengantuk bukan ubat hilang mengantuk.Buku Pengajian Malaysia adalah ubat yang terbaik.Aku baru selak beberapa helai, dah lena diulit mimpi,melayari bahtera di lautan berduri.tapi atleast aku dah tambah ilmu tentang pembentukan Malaysia, pasal perlembagaan dan beberapa topik lagi.

Masuk dewan periksa hari isnin tepat pukul 11.30 pagi pada 15 november 2010.Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi dewan yang sejuk akibat tempias aircond.Hati dengan tenang memyelak kertas soalan.Tersengih aku, karangan bertajuk Pembentukan Malaysia ada pula.Dekat 3 helai jugak aku duduk mengarang sambil tersengih-sengih.Aku rasa pengawas peperiksaan tu confirm pelik tengok..Kena sawan ke apa budak ini tersengih -sengih.Lenguh gila tangan lepas menulis, ye lah sekarang dah jarang menulis, aku semua pengiraan je,mana tak letih.So soalan kedua bertanyakan tentang pendatang asing.Total untuk 2 soalan aku karang dalam 6 helai. Sebelum 1 tengahari, aku dah keluar dewan dengan tangan yang lenguh, hebat tak?hahaha…nak buat apa duduk lama-lama dalam tu…nak panaskan kerusi untuk sesi petang ker?tak perlu kot…

Aku terus mengapai telefon nak ajak si Hafiz untuk memboling (main boling ) bersama aku, tapi malangnya tak berjawab, so aku menuju kerumah najwa, nak ajak makan lunch, malas pula aku nak lunch sesorunk (sian ork :cry: ) takdalah member aku semua dalam dewan dan aku malas nak tunggu diaorang.So aku , najwa dengan Fiq bergerak menuju ke WW, makan popeye.cosuin kesayangan aku belanja pula lunch, untung betul huhuhu..Najwa ada training untuk national youth belah petang so kena balik cepat, fiq pula ada training KARISMA so aku yang memang decide nak main boling, teman si Fiq pergi training.

Kitaorang singgah UPM jap ambil Mia, eh Mina dengan kawan dia, Anis :-D.Sempat lah juga perli, kalau nak ketenangan pergi ke UPM, since kat situ nyaman, ada kambing, kerbau,lembu dan pokok jagung.Dengar cerita budak yang ambil course ternakan kena tolong lembu masa lembu nak beranak.ERKKK…tak dapat di bayangkan hahaha.Aku prefer kalau ambil bahagian pokok, atleast tengah makan boleh tibai makan derian(durian) dengan kunyah jagung hahahahaha  :-D .dalam perjalanan ke Sunway, hujan ko main lebat lagi.Si fiq yang singgah sebentar nak isi minyak habis basah lejun, tapi takpe dpt baju baru… :rotfl:

sampai Sunway nak main boling, tengok harga, hurm tak de lah mahal sangat… RM8 satu game. So tibai main 4 game sorang, dah lama tak main berkarat pulak rasanya.Kena belasah teruk dengan fiq, 203,210,208,210 against 188,183,214,167.. teruk seyh aku main, geram pula rasa, takpe there’s always next time.Nasib baiklah hati panas ini boleh di hilangkan dengan air apple bubble tea blended…konon~ padahal training jer..kih kih…Sebelum aku continue further, lets get back to where I said, its RM8 per game..ok….here it goes…..

……………..

…………..

…………….

MAHAL DOWH!!!!!!!! aku paling mahal main pun, 5.8o ini kan pulak rm8!!! Dekat WW rm6 pun aku tak main hahahahaha..tapi takpe pasal boleh claim game ni kuikuikui so tak kisahlah.dah penat main tu, si Mina dengan Anis pun dah mari, sian Mina kalau dia sorunk tunggu Fiq main , nasib baik ada teman hahaha… Lepas tu nak cari tempat makan.Si Anis suggest makan dekat Simply Penang, so there’s where we headed.Selalu tempat macma ni aku mesti order Assam Laksa, tapi lapar punya pasal aku makan jer nasi lemak dengan grilled prawn dengan curry chicken.Rasa tak adalah wauu sangat.Tapi aku makan pasal lapar, tapi ice lemon tea dia terbaik, banyak pula tu.

Since awal lagi, kita orang decide tengok movie Unstoppable ,memang terbaik ar movie.Denzel Washington berlakon mana boleh tak terbaik walaupun aku tahu gadis-gadis akan bersorak untuk Chris Pine , yang terkenal dari filem Star Trek.

aku jarang tengok movie selalunya download jer  :-P … I really had fun dua tiga hari ini seronok  giler walaupun dalam keadan berfinal exam kan… ini tinggal satu paper lagi hari khamis, so kena prepare bebetul diri ini untuk menghadapi hari yang mendatang..( lusa kot)..

Hari khamis dah book tiket untuk harry potter.dah nak habis dah lah pula saga ni… memamng rugi siapa tak tengok.Atleast pada pandangan aku cerita dia lagi best dari saga twilight, yang aku berpendapat penonton (gadis2 terutamanya) cuma masuk panggung nak tengok Robert P.kalau betullah korunk minat Si Robert P ni korunk dah perasan dia masa dia berlakon dalam Harry Potter sebagai Cedric Diggory . Based on novel, cerita dia okeylah tapi takdelah bombastic.Plot macam sama dengan Vampire Diaries yang dua orang adik beradik berebut ke seorang perempuan cuma twilight twist skit jadi vampire dengan werewolf .Lebih baik tengok Tru Blood , siap ada shapeshifter dengan demi god lagi mantap.Teringat si shafiq nak trade BBT aku dengan Tru blood dia, aku ada complete 3 season.Tru blood ni pun Miss D yang perkenalkan, perempuan memang suka eh adegan-degan macam ini?aku ingat lelaki je….. ‘ekperimen biologi’ katanya… haih…

rasa sampai sini je lah aku membebel, panjang pula post kali ini.Oh, lupa aku nak cerita, si Trisyia dapat berlakon dalam sries Upin dan Ipin so nanti korunk check it out eh?Give some support kepada cousin ku yang comel ni.Hehehe boleh lah kalau sesiapa nk melawat website die..tak siap sepenuhnya lagi.Nanti dah siap akan ku bagi link, we are working on it currently.So kepada rakyat Malaysia saya ucapkan selamat hari raya aidil adha.. :laugh:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »