1hb 10 masa yang di janjikan telah tiba akhirnya.Dengan penuh rasa segan – silu kaki aku perlahan-lahan masuk ke dewan exam yang kelihatan begitu sunyi sepi walaupun berpenghuni, masing-masing menarik nafas dan membaca ayat-ayat suci bagi menenangkan hati yang gundah – gulana.Written Test for Mandarin 2.
Begitu tajam dan peka penglihatan mata Madam Han memerhatikan para mahasiswa yang bakal menjawab soalan hebat beliau.Seperti di dilatihkan kesemua mahasiswa yang berada di dalam examination tepat pukul 9.00 malam tadi diam membisu sambil kertas-kertas keramat berwarna putih di hulurkan dari baris hadapan ke baris belakang.Suasana sunyi dan keluh -kesah bergema menimbulkan lagi keresahan hati yang memang sedang berdetap-detup.
Halaman pertama di selak………..
Satu demi satu, sampailah ke halaman terakhir.Soalan ditutup semula.Pooh~ Macam boleh jawab je ni.Bisik hati kecil yang berbunyi riang bagaikan ada kenduri kahwin yang di iringi dengan kompang mendayu-dayu.Ku pandang kiri, ku pandang kanan, kelihatan pelbagai makhluk ghaib mula menunjukkan wajah.Toyol, Ifrit,Pocong, Pontianak,Hantu Galah, Penanggal semua ada cuma yang peliknya hanya pada ketika ini sahaja kehadiran makhluk ghaib ini tidak di endahkan sama sekali.Bagaikan tiada kesan.Selalunya masa ini, pelajar perempaun dah di serang histeria dan pelajar lelaki dah mengangkat langkah seribu tapi bukan hari ini.Hari ini mereka berkawan dengan makhluk ghaib dengan rela hati.
satu demi satu dapat ku jawab, cuma bahagian membina perkataan sendiri, aku menghadapi masalah kerana terdapat 2 ayat yang telah ku latih dari kelmarin telah berada di bahagian SILA MENYUSUN AYAT (Rearrange the sentences kata orang putih).OH, kenapakah terjadi begini.Aku yang mula buntu, melilau mata ke kiri dan kekanan, emncari sumber ilham yang aku pasti tak mungkin kesampaian apatah lagi di bawah surveillance mata helang Madam Han.
dalam kebuntuan aku melihat soalan pertama VERB di mana , soalan mengarahkan pelajar supaya memadankan ayat english dengan mandarin.Aku lihat ada qi che (car) dan mian bao( bread) kerana aku begitu skillful menulis perkataan wo(saya) dan mai (beli) jadi aku hanya perlu gabungkan ayat saya beli…… untuk dapatkan satu sentences kan.Hahahaha syukurlah semua dapat di jawab dengan bergayanya.I think i just ace the mandarin 2 guys.HURRAY!
Selepas penat bersusah-payah,berhempas – pulas dan bergolek gelentang, aku pulang dengan senyuman yang lebar, from ear to ear orang kata.Singgah sebentar membeli dinner.Tak special sangat malam ini, burger daging 2 biji yang memang aku kata DEBOOM!! kalau tak percaya kata aku, pergi ke area Sri Gombak depan &eleven, burger dia terbaik dow…Seorang makan dua hehehe okaylah dah kul 2 pagi ni, nak gi buat telur separuh masak kejap papai..
3 Responses
ko belaja kat ne..aku ngatkan ko da keje…huhu….toyol ke jembalang x baik weyh bawak..mata melilau takpe..tu namenye rezeki..kehkehkeh
diriku di unikl , kerja juga, kerja membuat kek cawan hehehe
ambugger?uih uih patut hamdada…lol
Ai vood laika ambugger *nada pink panther* :laugh: