Ada yang minat, ada yang kata bosan… tapi majoriti mesti kata bosan sebab subject ni ;dry subject;.Penuh dengan fakta,penuh dengan tarikh.Siapa yang nak pergi hafal benda ini semua kan…
Tapi kadangkala benda yang kita take for granted nilah yang penting,kalau di ajukan pertanyaan simple..korang tahu tak tak timbalan perdana menteri kita sekarang sapa?atau siapa yang di kenali dengan nama bapa pembangunan..haaaa jangan pergi google pulak, tak acilah pulak macam tu kan, yang tahu alhamdullilah, yang tak tahu parahlah..nampak tak pentingkan, cuba kalau suatu hari nanti mana tahu orang luar atau anak-anak kita sendiri tanya, siapa tunku abdul rahman atau merdeka tu apa, tak malu ke kalau tak dapat jawab…
Sejarah negara kita sendiri siapa yang nak ambil tahu kalau bukan kita sendiri..takkan nak suruh orang asing pula nak ambil tahu kan?
daripada sejarah, kita kenal asal -usul,macammana terbentuk kerajaan,betapa susahnya nak merdeka, dan betapa bermaknanya 31 8 pada orang orang zaman dulu bukan setakat letusan eh letupan bunga api sahaja.Kita dah rasa kemewahan sekarang ni cuma di minta untuk appreciate je, itupun susahkan..kita terlalu agungkan bangsa luar,kita julang tinggi mereka tapi kadangkala kita lupa, ye melayu terutamanya memang mudah lupa….kebanyakkannya ilmu dan info ini adalah pengetahuan am sebenarnya tapi selepas mengambil subjek ini barulah tahu betapa ceteknya ilmu di dada tentang bangsa sendiri.Haih memang fail kalau nak jadi duta, tak memenuhi requirement langsung…
jadi instead of mengambil ringan subject ini..ambil beratlah sikit yerp..hurm lagi banyak belajar, jagi banyak benda rupanya aku tak tahu…
PEACE OUT….
*menulis didalamkelas P.M haih~