in , , ,

Trip ke Shanghai Part 4

Hari Yang Diakhiri Dengan Segelas Macchiato Panas

Hello semuanya, selepas beberapa ketika akhirnya dapat juga mencuri masa (camno ko curi masa ni?) untuk menulis sambungan kepada trip ke Shanghai. Masa berlalu dengan sangat pantas kan sekarang ni?

Jadi, let’s see. Hari ini adalah hari yang ketiga aku berada di Shanghai. Seperti kebiasaan, pagi-pagi lagi dah keluar bertolak menuju ke destinasi. Pagi ini uncle Hatta ajak pergi ke Yuyuan Garden balik, yelah, sebab semalam memang tak sempat dah berjalan pun dekat sini. Jadi boys and girls sila buat research closing time untuk sesuatu tempat itu to avoid any disappointment.

Hari ini kita orang pakai subway je menuju ke Yuyuan Garden. Cuma satu station dari East Nanjing Road (nanti aku bagi tahu korang aplikasi apa yang patut download supaya tak sesat dengan Subway station dekat sini). Untuk panduan bersama, pada pendapat peribadi aku, kalau nak pergi Yuyuan Garden baik pergi sebelah malam, baru cantik.

Sampai je dekat Yuyuan garden ni, kita orang bergerak menuju ke masjid FuYou Road. Aku nak bagi direction, tapi tak berapa nak ingat dah. Tapi seingat aku (tadi kata tak ingat, blerghh!) Masjid ni berada on the way dari subway station nak masuk ke Yuyuan Garden. Dekat depan masjid ni ada aunty jual roti dengan termosa. So beli la sikit untuk mengisi perut. Roti dengan termosa dia sejuk, pelik pula rasanya. (roti tu sejuk, cuaca pun sejuk, jadi double kesejukan, makan sajalah rezeki ini hari kan).

851471293_719054011440226_1040738013_n

86

87

88

Sebelum kita orang berjalan dekat dalam Yuyuan garden tu, uncle hatta ajak untuk cari kedai makan terlebih dahulu. Berjumpalah dengan kedai makanan halal dekat area Yuyuan Garden ni. Maaflah aku tak dapat nak bagi direction, sebab ketika itu perut tak selesa,  jadi mood nak menangkap gambar hilang. Pandai juga uncle hatta berborak dengan tokey kedai tersebut, mandarin sikit campur arab sikit campur english sikit. Siap tokey tu ceramah (dalam mandarin) sedikit dekat kita orang lagi, yang aku faham cuma kalimah lailahaillallah muhammadarrasulullah yang tak putus – putus terpacul dari mulut dia.

1460044_719054328106861_1994351333_n

1456083_719054268106867_1362836085_n

Selepas mengucapkan selamat tinggal, kita orang masuk menangkap gambar dalam area Yuyuan Garden. Boleh tahan ramai juga pengujung di waktu siang dekat taman yang cantik ni. Aku ambil kesempatan untuk membeli cenderahati dekat sini, sempatlah rembat 5 – 6 t shirt I LOVE Shanghai. Dekat sini dapat tawar satu helai dalam 30 yuan sehelai, yang bagi aku, masih lagi tinggi, boleh je tawar lagi murah dari itu okey.

89a

90

91

92

92a

93

93a

94

95

95a

Dalam pukul 5 tu kita orang bergerak menuju ke seberang sungai. Amik train menuju ke Lujiazul (LINE 2 warna hijau). Apa yang istimewa dekat sini? dekat sini ada skywalk bridge yang menghubungkan mall dan tempat – tempat yang menarik di area Pudong. Kira kita boleh jalan dekat skywalk bridge ni lah nak ke mana-mana tanpa perlu menyeberangi jalanraya.

96

97

98

99

Family uncle hatta nak ber shopping dekat area sini, tapi aku yang memang kurang sikit nak bershopping ambil keputusan untuk berjalan-jalan dengan Iq, Anip dengan Adik. Kira di sinilah titik pemisah antara kami (jangan bunyi sedih drama sangat). Kami ambil keputusan nak tengok Apple Store dia yang terletak di bawah tanah di tengah-tengah bandar. Cool kan?

100

101

102

103

Selepas meng convertkan harga dekat Apple Store sini dengan di Malaysia, memang sini lebih mahal. Jadi aku yang memang ada 20 Yuan ( 10 ringgit) dalam poket berlalu macam angin je dari situ. Kita orang ada singgah masuk dekat IFC mall dekat situ yang menawarkan barang- barang berharga berjuta- juta yuan (tak tahu apa motif aku masuk sini sebenarnya) lepas tu kita orang terus keluar dan balik ke East Nanjing Road.

Memandangkan hari masih awal lagi, kita orang decide nak melencong ke The Bund. Nak tengok pemandangan waktu malam pula. Kira night strolling di malam hari sambil menikmati keindahan kota raya yang tidak pernah padam ini ( macam ayat KL gangster pulok)

104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117

Hari ini di akhiri dengan segelas macchiato panas. Cheers~

 118

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Shanghai part 3

Trip ke Shanghai part 5 (akhir)