Sakura Trip Seoul | Gwanghwamun |Samcheongdong

Hello semua dah lama tak update entri korea kan? Jadi kali ini aku nak sambung. Jadi bersiap sedia di hadapan laptop atau tab atau iPad atau telefon pintar anda untuk entri kali ini.

Untuk baca entri yang lepas boleh baca di sini.

Seperti biasa selepas mandi dan bersiap , kami keluar dari tempat persembunyian yang tercinta seawal 8.30 pagi. Awal ke 8.30 pagi tu? Tujuan pertama kami hari ini ialah Gyeongbokgung Palace. Stesen yang paling hampir adalah stesen Gyeongbokgung tapi aku keluar ikut stesen Gwanghwamun. Tujuan keluar dari sini supaya kami tak perlu berpatah balik dari Gyeongbokgung untuk melawat tugu King Sejong yang terdapat di sini. Kepada yang pernah sampai ke Seoul kawasan Gwanghwamun Square ini pasti sangat terasa sangat familiar.

1

2

3

4

5

8

9

Cuaca pagi ini agak sejuk dan nyaman, jadi sekali –sekala apabila angin kurang bahasa menyapa muka dan tubuh yang kurang lemak ini, memang kesejukan terasa hingga ke tulang sum – sum ( angin kurang bahasa itu kiranya lawan kepada angin sepoi –sepoi bahasa ler).

7
King Sejong Memorial terletak di bahagian kiri bangunan ini. Masuk adalah percuma.

Tak tahu sebab angin atau sebab tengah sibuk bergambar, aku terlupa nak ajak Zaidi masuk ke  King Sejong Memorial Hall. Maaf ye Zaidi kerana kekurangan sahabat mu ini. Muzium ini masuknya percuma sahaja dan dalam masa yang sama boleh juga timba ilmu tentang The Great King Sejong , dialah yang mencipta hangul. “Tuanku , patik dah boleh sikit-sikit membaca hangul ni tuanku, agak rumit juga ye”

6

Dari kejauhan, Gyeongbokgung Palace sudah kelihatan, tapi ada benda yang pelik berlaku di kawasan ini, entah sebab apa kawasan istana di kepung kereta polis. Mungkin ada orang besar yang datang. Jadi kawasan istana adalah off –limit.

10
Nampak bas tu? keliling istana di penuhi dengan bas polis di letak rapat -rapat. Anggota polis merata-rata ada

Memang tiada rezekilah untuk Zaidi melawat kawasan istana hari ini. Jadi aku buat keputusan nak bawa Zaidi pusing-pusing di sekitar kawasan Samcheongdong- gil. Tarikan utama di kawasan ini aadalah jalannya yang kecil dan comel dan di kiri dan kanan di penuhi dengan galeri seni, kedai –kedai kecil , muzium dan kedai antik. *Kawasan Samcheongdong ini terletak di sebelah kanan Gyeongbokgung Palace (Kalau anda datang dari arah Gwanghwamun Square)

samcheongdong

0a

0

1

2

3

4

5

6

7

8

8a

9

10

11

12

13

14

Berpusing-pusing juga kami di sini untuk beberapa lama sebelum kami ke Insadong. Salah satu tujuan aku ke kawasan ini pada mulanya adalah untuk pergi ke LN Hanok Café seperti yang aku pernah baca di blog Bibie. Tapi perkara yang sama berlaku macam di Gwanghwamun Square tadi , tengah sibuk melihat sana sini bergambar sana sini, aku macam terlupa tujuan asal. Dia bukan terlupa sebenarnya, dia macam kau tengah jalan-jalan dan tempat tu macam menarik, lepas tu kau bergambar sakan, menikmati keindahan dan kau terlupa tujuan tadi. Okay, jadi memang sahlah aku memang terlupa sebenarnya HAHAHA. Bila aku baca balik blog DJ, tengok harganya aku rasa even Zaidi pun harap aku terlupa. Agak mahal juga harga minuman di situ hahaha, tak apa Zaidi , nanti kita kaya sikit kita terjah balik ke sini ye lagipun kampung aku ni dah macam kampung kau juga.

Walau bagaimanapun, aku memang syorkan kalau ada masa anda semua boleh jalan-jalan di kawasan Samcheongdong- gil ini, memang sangat menarik untuk menjamu mata. Tengah pusing-pusing tu aku ternampak Churros, okay tahan nafsu untuk tidak melakukan sebarang pembelian yang tidak perlu.

Kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Insadong.

Kawasan Insadong ini juga sesuai untuk mereka berminat dengan sejarah dan seni. Kebanyakan kedai di kawasan ini menimbulkan perasaan yang anda berada di zaman lama. Peminat antik pasti menyukai tempat ini. (Apasal ayat tu bunyi macam nak promote produk). Mungkin rezeki kami kali ini kurang baik sebab kami tiba agak awal dan Ssamziegil mall belum buka lagi. Jadual perjalanan agak terganggu sebab Gyeongbokgung yang tutup tadi jadi semua benda jadi macam terawal sedikit.

*Kalau anda kebetulan berada di Ssamziegil di waktu senja, dekat sini sangat sesuai untuk melihat matahari terbenam.

*Kalau kebetulan berada di insadong jangan lupa untuk singgah di Starbucks di sini, kedainya sangat unik sebab tulisan Starbucks dalam Hangul.

15

16
Kedai banyak tak buka, agak monyok di situ, tak apa, tiada rezeki kan

Memandangkan kami ada beberapa jam sebelum masuk waktu Zohor dan kami bercadang untuk solat di Itewon, aku cadangkan untuk ke Namsangol Hanok Village terlebih dahulu sebelum ke Itaewon. *berapa banyak cadanglah dey

Dari stesen Anguk, anda hanya perlu ke Chungmuro untuk sampai ke Namsangol Hannok Village. Keluar dari Chungmuro, aku teringat sewaktu trip aku yang lalu, ada sekumpulan pelancong ni tahan aku nak minta arah menuju ke Gyeongbokgung dari sini. Aku pun teranglah kepada mereka, part yang kelakar sebab dia orang ingat aku Korean, mungkin bahasa English aku ada bunyi- bunyi korea sikit kot KAHKAHKAH.

0

0a

1

2

3

0

4

Okay kita sambung, tujuan utama ke sini adalah untuk menunaikan hajat Zaidi untuk berpakaian tradisional. Jadi kami terus menuju ke kawasan untuk melaram bersama baju tradisi, aku tak pakailah , aku jadi jurufoto tak bertauliah saja. Jadi saya ingin perkenalkan King Kim Zai Dae.

5

6

0a
                                                             Selfie dengan maharaja satu kali

7

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. Salam..nak tanya..kalau pegi Namsangol Hannok Village untuk berpakaian tradisonal, pukul berapa dia tutup?nampak dlm gambr pukul 5 ptg..tapi tgk kat internet pukul 9 malam…

    1. To be safe, datang before 5. Mungkin kalau sampai pukul sembilan tu seaason lain kot. Ada certain placce bergantung kepada season juga duration dia.

  2. bukan sbb english tu ke korean sikit tetapi your face like korean…terima lah ihihihih

  3. Baru nak tanya pasaipa x singgah je Hanok Cafe kat sana. Ouh terlupa ye. Ni kes excited nak jejak semua tanah Samcheondong sampai dah lari tujuan asal. Xpe, nextime!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »