in , ,

Kedai Grilled Fish, Dongdaemun

Assalamualaikum semua pembaca yang di kasihi. Macam dah berzaman tak update blog dah berhabuk dan berkarat. Tidak mengapa, yang berhabuk kita bersihkan dan yang berkarat kita WD40 kan ia.

Kali ini aku nak kongsikan kedai ikan panggang dekat kawasan Dongdaemun. Walaupun aku dah banyak kali balik kampong tapi ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke kedai ini. Selalu membaca traveler banyak pergi jadi dah decide trip kali ini akan menyinggah untuk menjamu selera.

Jangan terkejut sebab kami decide untuk pergi kedai ini di awal pagi ye. Dalam pukul 8:30 pagi, dah berjanji nak berjumpa di stesen Dongdaemun Exit 8. Memandangkan guesthouse yang aku tinggal berdekatan, walking distance sahaja untuk ke sini rupanya. Walau bagaimana pun, aku terlewat sampai di tempat yang di janjikan lebih kurang 7 minit 35 saat. Bayang DJ tidak kelihatan di hadapan stesen Dongdaemun.

Sedih.

Tapi, memandangkan ini kan kampung aku, jadi tanpa khuatir dan risau, aku pun mengikut deria rasa aku menuju ke kedai. *Banyaklah kau punya deria rasa, padahal ingat balik apa yang pernah di baca dahulu but still I can manage to find it okey? Fliphair. Sebab rambut panjang jadi mampu fliphair ye adik –adik.

Jadi kita bermula dari langkah pertama untuk ke kedai ikan panggang Dongdaemun. Pertama sekali, walau kau di Seoul ceruk mana pun, berhenti di stesen Dongdaemun dan keluar di Exit 8.

Sesudah keluar dari stesen, ini pemandangan yang kau akan nampak. Pyoung Hwa Fashion Plaza. Aku boleh jamin Pyoung Hwa Fashion Plaza tu ada di situ, tapi aku tak jamin wanita itu akan berdiri di situ bila kau sampai.

Apabila Pyoung Hwa Fashion Plaza berada di hadapan, pusing badan ke kanan anda. Ini akan menyebabkan Pyoung Hwa Fashion Plaza berada di sebelah kiri anda (obviously duhh tak payahlah detail sangat bro). Dan di sebelah kanan kau, JW MARRIOT Dongdaemun Square Seoul, oh jangan pula masuk dalam JW MARRIOT, kedai tu bukan dalam hotel mewah ini.


Kau teruskan perjalanan terus ke hadapan. Di sebelah kanan anda selepas JW MARRIOT ialah Dongdaemun Shopping Complex. Akan kelihatan ramai orang sibuk membeli kain khususnya di sini.

Jalan terus sampailah anda sampai di penghujung kompleks membeli – belah tadi. Nampak sahaja tiang dan jalan ini terus pusing ke kanan. Jangan pula pergi naik bas tu, nanti di bawa pergi tempat lain.


Pusing sahaja kanan, anda akan nampak lorong ini. Jika anda dah sampai sini, gunakan deria bau anda yang telah dikurniakan itu untuk membau ikan panggang, selalunya memang kuat bau dia, well,maybe sebab aku tengah lapar masa ini.

Anda jalan terus sampai ke kawasan ini , dan melencong kiri sedikit ke lorong kecil dekat signboard warna kuning tu yang berbunyi, ahh korang bukan kisah pun bunyi dia macam mana, tapi pergilah ke situ.


Dekat sini ada banyak kedai ikan panggang, tapi kita pergi ke Ho nam Jib ( nampak ahjumma tu tengah panggang? Haa kedai ni) Brother yang depan tu siap nak tarik aku masuk kedai dia sambil bercakap “ikan panggang sini” kantoi pula aku melayu ingat Berjaya menyamar jadi pan-asia tadi. Aku pun tunjuk dekat Honam Jib seraya berkata ‘ chingu,’ angkuh betul, cakap jelah bahasa melayu, “bang , member saya kat situ, nak tumpang lalu”.


Lalu je depan kedai terus nampak akak kawasan DJ. So makanlah kami berempat, aku , DJ, Su dan Mema. Siap bertambah lagi jadi memang sedaplah. Bayangkan dalam keadaan perut yang sedikit tak selesa tapi aku boleh makan bertambah lagi. Ikan panggang dia terbaik. Sotong pedas dia? Heaven weh.

Mungkin ada yang rasa pelik, pagi – pagi makan ikan panggang dan sotong pedas. Nak tahu apa benda pelik yang aku nampak dekat sini, ada seorang pakcik ni makan sambil minum soju ye, power hahaha!

Oh, berkenaan harga. Ikan panggang 7,000 won, sotong tu pun sama 7,000 won. Kira affordable juga kalau nak di bandingkan hidangan makanan yang lain.

Akhir kata, annyeong!!

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

4 Comments

Leave a Reply
  1. salam bang, yang harga 7000 won utk ikan dan 7000 won utk sotong ni sekali ngan set?and set dioffer kedai tu mcm mana eh? and side dish ( nasi,kimchi dan lain2) free dan refillable ker?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara memanjangkan tempoh sah pra bayar Digi anda