Tips

Langkah aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

Written by Radin Fadli

Apabila bila bercadang untuk keluar negara, selalunya kita akan menukarkan wang tunai di Money Changer. Membawa wang tunai bersama anda sangat memudahkan kerja, walau bagaimanapun terdapat risiko untuk anda tercicir, di samun, dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, salah satunya ialah dengan menggunakan kad. Jadi pertama sekali, anda perlu aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara.

Kad yang yang saya maksudkan ialah kad debit. Berlainan dengan kad kredit di mana anda berhutang, kad debit adalah penggunaan wang yang anda miliki tanpa perlu ke untuk withdraw di mesin ATM setiap kali anda ingin membuat pembelian.

Panduan yang saya sediakan ialah untuk kad debit Maybank. Kenapa gunakan Maybank? rata-rata penduduk di Malaysia ini sebilangan besar mesti mempunyai akaun Maybank , dan sekarang sekiranya anda baru membuka akaun di Maybank, anda akan di bekalkan dengan kad debit.

Jadi apa yang perlu anda buat setelah mempunyai akaun dan kad debit. Pertama sekali anda kena berdaftar dengan Maybank2U. Hanya perlu melawat website Maybank2u dan ikuti langkah-langkah untuk mendaftar. Setelah selesai mendaftar dengan Maybank2U. Ikuti langkah – langkah berikut.

Log in ke dalam akaun Maybank2u anda dan pilih option Oversea ATM Facility.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara 2

2. Pilih option untuk activation. Nombor kad anda akan tertera di bahagian atas. Klik teruskan.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

3. Pilih Tarikh mula aktif dan tarikh akhir. Maksimun durasi adalah 12 bulan. Pastikan anda setkan tarikh akhir  bersesuaian dengan tarikh travel anda. Anda tidak mahu hari terakhir anda di luar negara ketika ingin membeli barang, tengok -tengok kad anda dah tak aktif. Satu hal pula kan?

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

 

4. Anda perlu request nombor  TAC untuk pengesahan. Setelah memasukkan nombor TAC yang diminta, hanya klik teruskan.

aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara

Senang bukan? hanya perlu 4 langkah sahaja yang perlu untuk anda aktifkan debit kad Maybank untuk luar negara. Oh, jangan lupa juga untuk setkan limit penggunaan kad debit anda. Anda boleh berbuat demikian di bahagian Debit Card Purchase Limit (Rujuk rajah di langkah 1).

Okay, sehingga berjumpa lagi, selamat membeli – belah.

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

24 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: