Bumi mana yang tak di timpa hujan, dan telefon mana yang tak ditimpa masalah. Nak -nak di tangan pengguna yang ganas seperti anda kan? Pernahkah anda dengan kacaknya terlepas iPhone kesayangan anda ke dalam takungan air dan melihat kerlipan -kerlipan terakhir di saat kematiannya? Pernahkah anda menekan home button dengan kasar ala -ala seorang penggusti dan iPhone anda masih di home screen juga?Pernahkah anda menghempas telefon dengan marah setelah putus dengan gf anda yang rupanya seorang lelaki? iPhone anda rosak? Marilah ke sini.

 

Jika pernah, maka di sini tempat untuk di tuju bagi menyelesaikan kesengalan yang berlaku sebentar tadi. *sini tu merujuk kepada kedai, bukan website ni, terer benar nak repair hardware pakai website je kan?

Minggu lepas, untuk menyelamatkan sebuah iPhone 4 yang kerosakan LCD, saya telah berkunjung ke sebuah kedai yang bernama iPhone Fix it yang terletak di  1st Floor Centrepoint Bandar Utama.Cogan kata kedai ini amat menarik iaitu ” We fix it on your face” something like that.Kiranya nak kata dia boleh repair depan muka kita lah.Hebat betul kan?

Dalam masa 30-45 minit, lcd yang rosak tadi, kembali bernyawa seperti sedia kala.Sebiji lagi iPhone4 yang mengalami kerosakan home button, juga dapat di selamatkan. Warranty untuk home button, 3 bulan. Warranty untuk LCD 1 bulan. Setakat hari ini, dua benda alah ni still berfungsi dengan molek.Jadi terpulanglah nak cuba hantar dekat kedai ini atau tak.

Jadi pro dia dekat sini, servis repair yang cepat, repair depan kita.Saya cuba tanya juga pasal wifi chip, dan memerlukan masa selama 3 jam untuk replace. Cons dia dekat sini, mengikut survey, ada yang mengatakan kedai ini charge agak mahal untuk spare part dia.Saya tak boleh bagi komen sebab kedai dekat kuantan minta harga yang lebih kurang sama dengan mereka, tak tahulah kalau ada tempat lain yang lebih murah.Kedua, sikap yang agak “tidak mesra pelanggan” kalau anda pergi sana, anda akan faham kenapa saya letak ” ” tersebut.

Average Kos Untuk Baiki iPhone : 

  • Wifi Chip : RM350
  • LCD : RM450
  • Home Button : RM150

Cost untuk Home Button boleh dapat dalam RM80 di Kuantan, Cost untuk wifi Chip sama.Dan saya tak tahulah kalau siapa kelentong siapa, sebab katanya ada teknik ‘cuci’ yang membaik pulihkan komponen-komponen ini, tapi bukan untuk masa yang lama.Ini bermaksud ada sesetengah kedai hanya ‘servis’ komponen tanpa menggantikan komponen tersebut dengan yang baru tapi mengenakan charge seperti mereka menggantikan komponen tersebut.Siapa betul , siapa salah itu saya kurang pasti.

Kepada Maxis, kalau betullah apa yang dua kedai (3rd party) ini cakap, iPhone saya tak kena air, lebih baik kasi tukar Maxis Kuantan punya technical staff.Sila cari calon yang benar-benar layak dan expert untuk memeriksa gadget kami.Kenapa saya agak confident berkata demikian, sebab dua kedai ini yang memang nak cari duit, beritahu saya yang tiada kesan air, dan suggest saya bawa ke Maxis balik.So it doesn’t make any sense kan?

Barang bukan murah, jadi sila lebih berhati-hati di masa akan datang.

Hardware failure berpunca daripada factory sendiri bukan pengguna.Wifi Chip saya fried, sedih~~

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

91 Comments

Leave a Reply
  1. nak tanya kenapa saya punya camera depan kejap okay kejap gelap and blur pas tu okay semula..saya dah tukar camera dah baiki software tpi still mcm tu..ada sapa2 tau tlg saya tq

  2. Asslamaulaikum..
    fone saya Iphone 5s..
    baru termasuk air..
    tapi boleh hidup watsap semua boleh..
    cuma screen sebelah kiri Nampak ada air ..
    macam mana saya nak buat ?
    no saya 0132808715

  3. Hi.. nak tanya.. kalau tak boleh nak tekan screen pada iphone.. and sometimes ada macam multiple jari yang tekan.. hehe.. masalah ape ye tu? agak2 berapa kos nak repair if encik tau? thank you

  4. assalamualaikum saya punya iphone sekarang tak boleh nak on..tapi 2 3 hari lepas bila saya on dia keluar logo apple and then logo tu perlahan2 hilang dan selepas itu langsung tak boleh nak on..tapi saya cuba try connect dekat pc walau takleh on and then tiba2 dekat pc dia keluar dekat itunes ..

    apa masalah fon saya ?

    • Sy pon ade masalah yg sama,
      Tadi sye pergi apple centre die ckp motherboard yg rosak cost kalau repair 1000+ lebih baik beli baru,

  5. salam, tumpang tanya kenapa phone 5s saya asyik kabor ‘searching’ ?? saya dah cuba semua cara yang google ni bagi tapi masih juga sama. on off phone sudah, buat flight mode sudah, remove sim dan masuk balik pun sudah. tapi satu pun tak berkesan. jadi apa ye masalah sebenarnya?? dan macam mana nak fix?? dah dua hari dah ni phone tak berfungsi

  6. hi, saya nak tanya, saya pakai iphone 5s and then satu masa iphone saya off sendiri and touch id saya tak boleh guna , lepastu bateri saya cepat sangat drain, bila time tak guna pun dia drain, contoh macam malam sebelum tidur saya dah cas full 100% and then bila bangun pagi terus habis bateri iphone saya.. dah tukar bateri baru pun mcm tu jugak, iphone pun time charge panas lain macam.. mohon pencerahan huhu
    \

  7. Salam… Saya punya iPhone 5s bila charging dia makin drained. Dah tukar cable, plug and bateri baru but still sama. Kadang2 bru naik, yang tu pun takboleh nak main phone. Kalau main je, dia akan drained balik bila charging. Apa masalah eh?

    • Ic2u punye chip brmasalah… Sy pnye pon kene cm2, siap tuka battery baru.. At the end, motherboard tros kondem.. Now ip5s sy da totally out of service.. So sy da switch to Asus… Bye2 apple..

  8. Iphond 5s skrin renggang sedikit sebelah kanan. Igtkn gam skrin tercabut. Then phone heating especially on mobile data. Ape problemnye ye? Mohon pencerahan

  9. lokasi kedai kat mana.? saya nak cari kedai repair iphone 6s di kawasan kedah dan penang.. ada sapa2 tahu tak kedai mana yg terbaik.?

  10. Hello mau tnya iPhone 6s saya npa tiba2 keluar I.tones…apa masalh…blh wattsap saya segera…0178936316…saya cr no fon awak tiada

  11. assalamualaikum bos..nk tnye…iphone 6s ambe jatuh masuk air..pastu gi kedai dia pegi cas plk..pastu nye kabo kite hp deme masuk air ni..pastu dia kabor dh trbkar cip dalam tu..xleh baiki dah ni..kite ni yg xtahu ape trus pulang hampa..:'(…so, ada kebarangkalian ke bos hp ambe tu blh DIBAIKI????plizz boss.

    • salam bro..baru terjadi dekat saya seminggu lepas.. iphone 5s sy masuk air (air masak anak tertumpah dlm beg & tak sedar)..tak leh on terus.. balik try rendam dlm beras kering selama 4-5 hari tapi tak jalan jgk.. pegi hantar kedai, org kedai kata motherboard mmg da rosak terok.. cip da terbakor.. sbb sblm rendam dlm beras tu mmg ade cas dlm 10saat je pun sbb nak tgk caner.. rupa nya org kedai kate jgn cas lepas kena air.. sbb tu cip terbakor.. last2 mmg tak leh repair melainkan tukar motherboard.. tukar motherboard pun mcm tukar henpon baru.. skrg ni tgh mengenang nasib.. sesal tak sudah.. wlaupun 5s tapi syg sgt kat phone tu.. da berapa hari menangis tak berlagu…wuwuwuwu.. skrg tgh pening kepala nak cari balik gambar & data lain sbb gambar tak simpan kat icloud..lg haruuuuuu..wuwuwu…kot2 tuan punya blog lagi pakar & ada cadangan..

  12. Saya 5s ad bunyi power button,longgar since dari saya beli,kalau rakam,video,siap,masuk dalam video lagi bunyinya . Slain daripada tu suma perfect. Nak bawak p apple takut xboleh replace sebab ade kesan hentakan,sgtt,sgtt kcikkk kt,bezel,tu. Sbb sthu sy warranty akan,void,kalau ad tanda2 kerosakan,fizikal.

  13. Iphone5s sy problem.. Bila on dia pnya screen jd colurful.. Biru ijau kuning.. X jatuh pn.. Cuma last time pakai hp tu low bat kong habis and bila i charge after 10mnt turn on jd mcm tu.. Why ya.. Gve me some help plz.. Tq

  14. Salam abg saya guna iphone 5 ,ada satu masa batrei low pastu saya lupa charge n masa saya charge dia tak hidup pun ,kenpe yer ?

  15. Hi abg ,sy guna iphon5 satu masa dia habis batri sy lupa nak cas selama kurang 1 jam pastu saya cas n tak meyala pun ,tu knpe ye ?

  16. Assalamualaikum. Sblum ni sy pakai cable iphone 6 yang ori, ade satu hari tu sy tlupa nak bwk cable iphone sy dan sy belilah cable iphone yg murah utk sementara waktu. Selepas sy menggunakan cable tu, batteri iphone sy jd x tahan lama. cepat sngt hbis batteri. pagi tu 100% tanpa membuka mobile data & menggunakan iphone just letak dlm beg. bila ptg check batteri tinggal 2% …

    • waalaikummusalam, ini adalah sebab kena menggunakan cable yang original. Kadang kala pembuatan cable yang kurang elok, boleh menyebabkan kerosakan pada bateri. Kalau kerap terjadi, kena replace dengan bateri baru.

  17. iphone 6s plus tadi baru terjatuh dari tangga..then skrin saya macam kabur..bila home screen..dia jadi berbelang2 n bergoyang..saya nak taw harga repair berapa..harap dapat pm saya ye di 011-3660-2356

  18. Sy nak try tukar screen 4s sy sendiri… Tetapi… Masalahnye sekrg.. Sy xtau mne nk cri spare pat… Bole x bgtau sy kat mne ade jual spare pat area jb

  19. Salam tadi phone terjatuh n screen iphone 5c saya blow up screen naik mcm nak terbukak n tertanggal . Mula mula home button takleh tekan pastu mati dan jadi macam ni. Repair mahal tak ye? Sblum ni mmg bnyak kali phone heated and logo apple kluar n white screen smua. Huhu tolong sy

  20. Salam.. Iphone 5s network dia asik searching je.. Dh reser network setting, dh reset factory setting but still the same.. Ada kenungkinan network antena ke? Blh advice x bro? Kalo repair berapa?

  21. Madam ni . 5s saya ni beli dari members saya tapi dia tak ingat Apple ID Dan pasword.. So boleh tak bypass? Berapa Harga ?

  22. Nk tnye. Klau nak menaip ada stgah huruf ssh nk detect knapa ya? Cthnya huruf E dan D sja problem. Lain ok.

        • off kan tu satu tindakan yang betul. Tapi bila dah on balik tu yang bawa masalah, boleh mengakibatkan short circuit kepada board. Kalau kes terkena air, memang kena offkan, then kena kering kan serta bersihkan komponen di dalam (air ada mineral, so lama kelamaan walaupun kering akan akibatkan kerosakan akibat karat), harapan agak tipis, dan kemungkinan terpaksa tukar the whole board. Kalau masih dalam warranty boleh cuba bawa ke apple store dan tgk apa kata mereka, atau bawa ke kedai 3rd party, which gonna charge you a large sum of money. Third choice , beli phone baru.

  23. salam bos. ip 5s saya jatuh then now dekat belakang dia mcm ad bunyi and berlaga la. itu sebab ape ye ?

  24. assalam,iphone 5s sy tetibe restart sendiri,pastu dia stuck kt logo epal tuh lama gak la dalam 20 minit kdg2 sampai 30 minit..nape yer??

  25. Salam..sy pkai iphone 5..fon ni cpt sngt abis bateri..bile nak on balik pon amik mase yg lame and kadang2 fon panas sngt time cas..so means bateri yg problem ke ??ke hardware yg problem??and klau bateri iphone5 rosak..agak2 brape ye cos die??

    • Kemungkinan besar bateri tu dah out. Bateri, sama seperti rechargeable bateri , ada life spend dia untuk cas dan di cas. Sampai satu masa memang kena tukar. Untuk iphone 4s harga bateri lebih kurang 80-90 ringgit bergantung kepada kedai.

  26. betul ke kalau iphone kita rosak masuk air, kita boleh tukar iphone baru dengan switch or apple. how true is that actually?

  27. iphone 6 sy msuk air…org call atau msg mmg xdgr la..tmbh2 call…leh angkat tp xdgr suara. leh repair x.?

  28. Salam bro …kakak sulong sy tggl kn iphone5 kpada sy… lpas tu sy reset all data iphone tu.. then dya nk kna msukan apple id n password..sy dah pkai hampir 7blan tk trfkir apple id ni pnting bg apple using.. n tnye kakak pn dah lupa smua… tkkn nk buang kot syang la bende cantik lgi kn…tnye kedai smua kata fix hardware blik bru bleh gna..rm700 jgak la….jadi bro nk tnya brapa harga jika sy nk tukar ic iphone 5 utk unlock apple id n pasword tu… klu berbetulan harganya sy snggup byar.. iphone ni dh sbulan lbih tk aktiv tu…

  29. Salam n selamat sejahtera semua. Di mana saya boleh dptkn supplier brg2 iphone di sekitar kuantan. Saya Part time technician. Skarang mostly supplier dr kl n selangor. Nk cari supplier di sekitar kuantan pulak. Contact saya 0143276314. Tq

  30. Salam,nak tanya iphone 4s saya touch screen dia tak boleh. Saya pergi kedai tanya dia cakap board apa entah dah rosak tak boleh nak repair dkt situ sbb kos tinggi. Macam mana eh nak repair tu? Ada harapan lagi tak iphone ni nak pulih? Touch screen dia sahaja tak boleh guna try bukak app guna siri semua boleh cuma tak boleh nak main sbb tk boleh nk tekan apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Eatalia La Trattoria

FoodPorn: Suki-Ya ,Tokyo Street, Pavilion