Permainan seperti Civilization, Starcraft, Age of Empire memerlukan kemahiran dari semua aspek untuk menilai situasi sekaligus menyelesaikan masalah yang datang.Mungkin ada yang berpendapat permainan dari iOs tidak boleh bersaing dengan nama – nama besar yang lain.Chop, silap di situ.

Clash of Clans ini adalah untuk pemain yang serius dan kreatif. Berapa banyak permainan dari iOs yang mempunyai Wiki atau walkthrough mereka sendiri yang di penuhi dengan strategi dan petua?Clash of clan mempunyai Wiki nya sendiri.Hebatkan?

Mungkin ada yang berpendapat permainan ini untuk kanak-kanak  kerana paparannya yang berwarna – warni dan unit-unit dia yang comel, tetapi sebenarnya ia adalah satu permainan strategi yang mencabar minda dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Dalam Clash of Clans ni, pemain memegang peranan sebagai penghulu atau ketua sebuah kampong yang kecil.Matlamat pemain adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berjaya yang boleh mempertahankan diri , serta menyerang tentera musuh.Pemain perlu mengawal penduduk untuk mengumpul sumber, membina pertahanan, melatih tentera dan menaik taraf bangunan.

Salah satu cara untuk mengumpul sumber adalah dengan menyerang perkampungan lain . Terdapat misi untuk single player  di mana anda boleh menyerang perkampungan troll .Bunyi menyerang memang senang, tapi sebelum menyerang anda perlu memahami kekuatan dan kelemahan setiap jenis unit, sama ada askar, pemanah, ahli sihir ataupun naga.

Satu-satunya keburukan yang aku kurang gemar dengan permainan ini, apabila kita menghantar unit ke medan perang, dan unit itu masih lagi hidup, unit tersebut tidak akan kembali ke perkampungan kita.Maknanya kalau korang hantar 10 ekor naga, dan 2 masih hidup, yang 2 tu tak akan datang balik.Okey ini sangat sucks kan?

Begitu juga apabila perkampungan kita di serang.Askar –askar kita tidak akan mempertahankan perkampungan kita.Kita Cuma perlu bergantung kepada meriam, menara wizard dan mortar sahaja.Oleh itu pertahanan kampung tidak boleh di abaikan.

Walau bagaimana pun, setelah anda membina Kubu Clan, anda boleh menyertai mana-mana Clan di dalam dunia ini.Kelebihannya, anda boleh meminta askar dari ahli-ahli anda sendiri.Askar – askar ini boleh mempertahankan kampung kita ataupun boleh di jadikan bantuan ketika berperang.

Kepada yang suka kepada cabaran dan berfikir, permainan ini memang sesuai untuk korang.Tambahan pula, permainan ini percuma.Jadi apa lagi, muat turun sekarang ^^.

Tips untuk newbies : Pada permulaan permainan, kampung anda tidak boleh di serang kerana terdapat perlindungan di berikan kepada kampung baru.Jadi gunakan masa ini untuk menguatkan wilayah jajahan anda.BEWARE:Kalau korang gatal pergi attack kampung orang lain, perlindungan ini akan terbatal sendirinya.

Boleh download di sini Clash of Clans

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LINE pengganti Whatsapp

Food Hunting and FoodPorn