Cara nak panjangkan tempoh sah prepaid Celcom anda

Pernah tak anda semua, kredit ada banyak lagi tapi tempoh sah dah habis?Daripada 10 orang mesti 9 orang kata tak pernah.Hurm, dah tahu dah korang mesti kuat bergayut kan? Tapi tak apalah untuk seorang yang jawab Ye , dekat sini nak cerita sikit tentang cara nak panjangkan tempoh sah prepaid Celcom anda.Yang lain lain aku tak pasti, since yang cadangkan idea ini adalah ibunda aku, dan beliau memakai DiGi, masalahnya dia bawa ke DiGi centre dan dia orang tolong set kan.Aku ini buat research dan uji kaji untuk buktikan betul atau tak.

Celcom

Benda ini timbul sebab aku mempunyai 2 talian (satu lagi talian hotlink dah mati, tak sempat top up , sedih di situ), satu prepaid Celcom, satu lagi PostPaid Maxis.Sebenarnya aku dah jarang pakai Celcom ini, tapi aku sayang nak hilang nombor ini since dah lama pakai dan mostly kawan-kawan lama aku semua tahu nombor ini. Tapi antara nombor yang aku sayang adalah nombor DiGi aku dulu hurm… ok berbalik kepada cerita.Aku ni asyik duduk top up lah ke Celcom ini.Kadang -kala time ada duit top up RM30, kadang kala ada duit top up RM10, kadang kala ada duit top up RM5.Sebab apa aku ulang ‘time ada duit’? dah kalau tak ada duit, macam mana aku nak top up kan?Blerghhh

Jadi dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, aku duduk top up, total dah cecah ratusan ringgit.(hebatkan, ada ratusan ringgit tapi aku tak pakai-pakai?)Mula-mula tu aku ingat nak transfer kredit ke orang atau nak bagi orang pakai, lepas tu orang tu bayar la aku value yang di pakai tu untuk aku top up balik,ini semua tempoh sah punya pasal.By the way, untuk mereka yang pakai Celcom, tahulah tiap kali birthday dapat seminggu free call.Seronok kan?Jadi semasa aku bercakap tentang hal ini, ibunda aku suggest aku buat macam dia, langgan something something and dapat prolongkan tempoh sah.Jadi aku pun godel – godel la internet ini.Dan dapatlah aku solution nya.

Untuk memanjangkan tempoh sah prepaid Celcom anda, boleh masukkan code macam ni.. eh tapi sebelum nak buat pastikan anda balance RM30 atau RM50 sebab servis ini akan tolak duit dalam balance anda.Jadi kalau tak cukup, top up dulu.Kemudian masukkan Command macam dekat bawah ini

EXP1 send to 28882 – RM30 will be deducted for 1year validity.
EXP2 send to 28882 – RM50 will be deducted for 2years validity.
**syarat tambahan : pastikan reload sekurang-kurangnya RM30 dalam tepoh 6 bulan selepas pengaktifan.

Senangkan?Macam aku punya tarikh tamat adalah Jun 26 2014.Selesa hidup.Kepada yang rasa info ini berguna boleh lah share kepada kawan-kawan.Until Next Time, tata!!!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

55 Responses

  1. bro baik awak update artikel ni balik.sebb xdapat da ni. cara dia taip 1day send 28882 untuk sehari. setahun ?harh kira hari tuh..

    1. Maaf mencelah. Prepaid saya masih boleh guna lagi cara ni. Last aktifkan bulan Mac hari tu ambil untuk 2 tahun. Ni nak topup RM30 untuk kekal aktif (dalam tempoh 6 bulan yg pertama celcom minta topup RM30.

  2. Better korg call je 1111 setel masalah…nanti oeperator celcom tu tolong buatkn..jgn pening

  3. Sama..
    Sorry, we’re unable to process yr request as this service is available for selected prepaid customers only. TQ!

    Sebelum ni biasa buat..boleh..
    La ni buat dh tak boleh lak… huhuk..

  4. RM0 Sorry, we’re unable to process yr request as this service is available for selected prepaid customers only. TQ!

  5. Assallamualaikum..En.Radin..mohon diberi izin utk sy c&p artikel ini yer utk rujukkan..krn sy 1st time guna celcom & msh kurang taju tntg celcom..jd artikel Encik nie sdikit sbyk tlh mbantu sy dlm pkr tsebut iaitu cara nk aktifkan kan no celcom setahun@dua tahun..sekian terima kasih

  6. baru je try…dapat!!!yaaayyyyy!!!alhamdulillah..thanks for the info..sgt2 membantu..xjenuh nak reload tiap bulan..hihi..valid smpi 13/05/2018…

    1. sekarang ni dah tak valid cara ni.
      celcom dah tak buat extnd credit sampai setahun.
      paling lama pun 30hari je.
      dulu pernahla pakai simkad xpax lama boleh panjangkan tenpoh kredit sampai 2 tahun.
      sayangnya dah mati nombor lama celcom.

  7. Tune talk ADA 365 VALIDITY pada masa ini (March ’17). Sekiranya nak belikan untuk anak2 yg masih bersekolah, sangat sesuai kerana aplikasinya akan list down SEMUA nombor & akaun yang dibeli atas nama kita. Sangat mudah untuk monitor & share atau pindah2 kredit. Setiap kali topup RM30 dapat free internet kuota 1.5GB selama 15 hari. Kalau share RM10 dapat 1.5GB selama 5 hari (tapi si penerima cuma dapat RM9.XX). TETAPI ada 1 kelemahan tunetalk. Kita tak boleh terima SMS untuk VERIFICATION(BSN TAC, Bank Islam i-Access/TAP/Notification, One-Time Password) yang mana benda ni sangat penting untuk mereka yang selalu buat transaksi secara online.Dah 3x-4x call & email customer care centre tapi masih tak settle.

    1. “Tune talk” ni BUKAN “Tune Talk TONEEXCEL” ye… Kalau tak silap RM30 untuk dapatkan 365 validity.

  8. agak2 valid lagi tak 2017 ni..siot betul la selkong ni hahah mokasih bro(mudah mudahan boleh)

      1. Skrg ni panduan utk panjangkan tempoh tu dah tak sah digunakan….tak ada cara lain ke? Ni semua jadi sejak ada gst…..

  9. Salam, perkenalkan prepaid Onexox yang dapat menjimatkan sekaligus tambah pendapatan anda

    * Kad SIM RM10.00 saja dengan kredit RM5.00 tersedia

    * Data Internet High Speed serendah RM18 sebulan

    * Call serendah RM0.05

    * SMS serendah RM0.02

    * 1800 sms percuma

    * Tempoh sah aktif 28 bulan

    * 10 nombor family & rakan – ke semua rangkaian

    * Ajak kawan guna OneXOX – komisyen 5% setiap kali kawan tu top up

    * Jadi Dealer OneXOX – komisyen 15% (4 level) setiap kali downline top up

    * Pasaran untuk yang guna handphone saja. Nak jimat atau nak tambah income. Dua-dua boleh

    Sms/whatsapp
    011-27122126 Addin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »