Review: Thistle™ Johor Bahru

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo (Aik? ikut baca dalam hati ke tu? Now you are 2.5% Korean).

Kali ini nak bercerita tentang tempat penginapan aku sewaktu trip ke Johor Bahru yang lalu. Entri tentang trip ke Johor tak ada buat lagi, tapi insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan berkongsi di kemudian hari. Back to our story atau reviu or review or just a simple entry about Thistle Hotel Johor Bahru.

1

Sebenarnya sewaktu family trip ke Johor ini adalah sempena cuti Wesak. Jadi tahu sahajalah kan kalau waktu cuti umum memang ramai yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan bersama keluarga tersayang. Kami hampir-hampir tak dapat book bilik. Well, actually untuk aunty Zita , bilik hanya available untuk keesokannya hari sahaja. Jadi hanya keluarga aku yang menginap di Thistle untuk malam pertama.

Paling aku suka tentang Thistle™ Johor Bahru kerana lokasinya yang berdekatan dengan Jalan Mohd Amin. Apa yang menarik dan istimewa sangat tentang Jalan Mohd Amin ini? Di sinilah terletaknya tauhu bakar dan sotong kangkung kegemaran patik. Sebelum daftar masuk ke hotel, kami singgah sebentar untuk bungkus. Dekat 50 minit juga aku berdiri menunggu makanan siap. Tauhu bakar punya pasal apa ada hal kan? Walau bagaimanapun, aku suggest supaya makan di kedai sebab bila bawa balik , faktor ummph dia turun dari skala 10 kepada skala ritcher, ok 7.5 .

sotong kangkung

tauhu bakar

Boleh rujuk entri FoodPorn – Jalan Mohd Amin

Proses mendaftar masuk pun tak sukar, sebab aku dah awal -awal booking menggunakan perkhidmatan Agoda. Kalau nak cuba dapatkan rate yang murah boleh guna link ini. Selepas beberapa minit, kami pun masuk ke dalam bilik.

5

6

11

12

Bilik agak luas , maafkan kerana tidak cuba mendapatkan sudut tangkapan gambar yang baik, maklumlah bukan jurufoto bertauliah.

7

8

Keesokan harinya aku berpeluang untuk melawat kawasan kolam renang. Jadi memang tidak melepaskan peluang untuk berendam , I meant berenang . Sebenarnya aku temankan sepupu aku si Trisyia, kerana memang minatnya berenang- berenang ni.

3

2

4

Apa yang boleh diceritakan tentang Paling aku suka tentang Thistle™ Johor Bahru secara keseluruhannya:

  • Rate yang menarik untuk hotel 5 bintang
  • Kedudukan yang strategik, dekat dengan Singapura
  • Perkhidmatan Shuttle percuma untuk ke JPO
  • Kelengkapan hotel berada di dalam keadaan baik dan bersih
  • Pekerja yang mesra
  • Tempat makan di kawasan sekitar pun sedap
  • Wifi percuma

Cuma ada satu sahaja masalah, atau kekurangan yang aku hadapi iaitu dengan bilik air. Rekaan bilik air (dah macam designer pula kan nak komen pasal design) menyebabkan airnya tidak mengalir dengan baik dan mudah bertakung. Aku tak boleh nak cakap untuk semua pihak kerana ini berdasarkan pengalaman sendiri dan bilik yang aku menginap sahaja.

10

Jadi kalau ada rezeki untuk ke Johor Bahru , Thistle™ Johor Bahru akan menjadi pilihan. Mungkin akan cuba bilik lain pula selepas ini.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

11 Responses

  1. Ade juga bercadang nak ke JB . Looking for the best hotel lah kan . Not expensive but at least affordable to stay . Hurm . Thanks for sharing btw :)

    1. Tiada masalah, di sekitar JB ada banyak hotel yang afffordable , boleh gunakan perkhidmatan Agoda , klik sahaja di sidebar saya untuk capaian mudah hehehe

  2. Hi, I came across your blog and enjoyed reading your interesting entries on amazing stories and personal insights! I find it really great that you are sharing your experiences with your readers.

    Zalora is looking to work with talented bloggers, and I was wondering if you would be keen on a one-time blog collaboration with us. Do let me know if you are interested by emailing me at [email protected] so that I can fill you in with the details. Hope to hear from you soon!

    1. Haaa tak baca betul lah tu, dah suruh gi dekat link yang bawah tu kahkahkah. Tapi sebab hang, aku dah reupload gambar tauhu bakar, (taubu takde) , sotong kangkung pun ada.

    1. Hotel dia selesa. Kolam untuk kanak – kanak pun ada dan sangat selesa. Based on gambar ada di sebelah kiri. Saya tak breakfast di hotel sebab ambil option tak ada breakfast.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »