in , ,

FoodPorn: Suki-Ya ,Tokyo Street, Pavilion

Well hello there matey!! Apa khabar semuanya, harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat belaka.Bagaimana dengan food hunting anda?dapat menjumpai tempat -tempat makan yang menarik?Kalau jumpa boleh lah berkongsi pengalaman nanti.Jom kongsi pengalaman makan di Suki Ya ni.

Semalam aku telah turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapa ku yang ke 28.Love you Mom , Luv Ya Dad ^^.Jadi planning semalam mula – mula nak makan-makan di Tony Roma’s .Yup, those delicious Rib eyes and steaks, tapi setibanya di Pavilion, hajat itu tidak kesampaian.Memandangkan aunty aku turut berada di situ, dia telah mensarankan supaya kami mencuba sebuah restoran , Suki – Ya yang terletak di area Tokyo Street.

Sukiya

“eat all you can sukiya & shabu shabu” daripada ayat ni , aku faham part ‘eat all you can ‘ je. Jadi lepas beratur untuk 20 minit, (sangat penuh dan panjang orang beratur nak masuk :-( ) Baru lah ada tempat untuk kami.Ini antara persekitaran tempat dia, aku tak ambil banyak, pasal perut lapar.

health food barice cream preet bar 4 jenis sup makanan untuk sihat Lamb,Beef, chicken

Lamb , Beef dan Chicken , free flow.. maksudnya, selagi boleh makan, waiter akan hantar ke meja anda.Serius sedap!! dan menyelerakan~

Dengan cousin2 dan adikku yang kacak

Satu benda yang sangat menarik tentang steamboat dekat sini, lamb, chicken dan beef dia masak dengan sangat cepat.Serius cepat, cepat lagi mencepatkan.Mungkin sebab suhu yang digunakan yang menyebabkan ia masak dengan cepat dan mencepatkan.(Ye!!kiteorang tahu kau nak cakap dia masak cepat, just move on with the story!!) Ok ok, sorry.Kepada yang sanggup nak habiskan kuota internet dia boleh tengok video ni.

httpv://www.youtube.com/watch?v=e4Wf_f9UYas&feature=youtu.be

Daging yang telah di masak tersebut sangat manis dan sedap.Still juicy orang putih kata.Banyak juga makan semalam.Dan sangat kenyang!!

Kepada yang nak mencuba , boleh lah datang ke Pavilion , Kuala Lumpur untuk menikmatinya sendiri.Harganya agak berpatutan bergantung kepada masa yang anda datang.

Adult (lunch) – RM 29.80 ++ , Kids (lunch) – 50% disc off buffet price

Adult (Dinner) – RM39.8- ++ ,  Kids (Dinner) – 50% disc off buffet price

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Ha ah,dia masak cepat jer.Btw nak tanya,reply saya sebelum ni tak dpt eh?baru lg guna nuffnangx nih

  2. Wah!!nampak sedap.Cepat betul daging tu masak, dia tak lama macam steamboat biasa kita makan tu eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

iPhone anda rosak? Marilah ke sini.

FoodPorn: Ooh My Gas (OMG) Pavilion , J-Popsicle