Sweetree Restaurant Makanan Halal Korea

Kita berehat sekejap dari cerita travel di Tokyo, kita singgah sebentar untuk menikmati entri makanan pula. Cerita ini sebenarnya selepas balik dari Tokyo, biasalah lepas balik,mesti teringin masakan negara sendiri. Jadi sejurus selepas landing di Malaysia pukul 7.30 pagi lebih kurang, terus siapkan plan untuk makan di Sweetree Restaurant Makanan Halal Korea terletak Jalan Ampang Putra, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa makanan istimewa yang ada dekat sini? tentulah kedai makanan Korea, kata nak mencari masakan negara sendiri kan? hashtag #kaudahkenapa

Maksud aku terus siapkan plan tu bukannya pergi breakfast dekat situ, janganlah selok sampai maccam tu sekali abang oii , kedai pun tak buka lagi. Jadi seperti yang telah di janjikan aku dengan Mui pergi makan dekat Sweetree di sebelah tengahari/petang. Pada permulaannya, kita orang percaya kepada waze, tapi waze macam tak boleh harap saja. Entah celah mana ia bawa kita orang berpusing – pusing melawat kawasan Ampang Putra ni. Last sekali aku pakai google map, terus jumpa. Waze awak boleh pergi mereput dekat sana.

Sweetree Restaurant Makanan Halal Korea ini dah lama aku dengar dan baca, tapi tak berkesempatan nak pergi, maklumlah tekak semua orang tak sama, nak mencari yang tekak yang boleh menerima makanan Korea ini susah. Belum tentu yang minat k-pop dengan runningman boleh telan makanan dia orang, aku yang bukan peminat K-Pop ni yang boleh.

1

1a

1b

Sampai sahaja di kedai, kami di sambut dengan Annyeong Haseyo, kedai tak ramai sangat orang, jadi kami pilih untuk makan di bahagian atas. Memandangkan kita orang duduk di kerusi batu, aku nak komen sikit yang ruang antara kerusi dengan meja tu kecil sedikit, jadi kalau badan kamu comel atau tembam bakal mengalami kesukaran nak menyelinap masuk. Suggestion aku, sila pilih tempat duduk lain, nanti kau lepas masuk, lemak tertinggal dekat luar haaaa sian perut tertinggal dekat luar.

1c

1d

1e

1f

1g

1h

1i

1j

Kami di serve oleh seorang gadis melayu. Memandangkan menu ada juga bahasa Korea jadi aku pun cuba test try tanya dia macam mana nak sebut makanan ni dalam korea, dia sengih bagitahu dia tak reti cakap, oh silap pula aku tanya, ingat dia tahu. Bukan apa nanti kalau balik ke Seoul, boleh aku sebut benda alah tu masa nak order dekat sana. Acah- acah kan~

2

3

45

Aku suka menu dia, memang ada ciri- ciri kekoreaan. Dengan gambar makanan dia, cara susunan dan kreativiti tulisan. Masalah sekarang , apa yang perlu di order? terlalu banyak makanan yang hendak di cuba. Selalunya sebagai penggemar daging yang setia, aku akan order Bulgogi tapi Mui dah nak order dulu, jadi kenalah order benda lain. Takkan nak order benda yang sama pula. Jadi pilihan aku Bibimbap. Bibimbap ini aku selalu jumpa tapi tak pernah makan, sebab aku nampak macam banyak sayur disusun keliling telur, tak berahi nak makan orang kata. Untuk extra , kami order Teobokki Seafood.

Kami diberikan side dishes (banchan) sebelum makanan sampai. Boleh tahan juga.

5a

5b

Tidak berapa lama kemudian makanan pun sampai, Horrey!

6

7

Sweetree Restaurant Makanan Halal Korea

Sweetree Restaurant Makanan Halal Korea
Rambut ku yang hilang T_T

Secara kesimpulannya, makanan dekat Sweetree ini memang Daebak! Dan aku bagi 4.5/5 bintang untuk Bibimbap, tak sangka sedap macam ini. Selepas dari hari ini aku pun memegang prinsip ” Buruk belum tentu tak sedap” . Bibimbap tu tak buruk pun , molek je tapinya hehehe. Jadi kepada sesiapa yang inginkan makanan Korea yang sedap, aku tekankan lagi SEDAP! boleh lah cuba dekat Sweetree ini.

Address: 2, Jalan Ampang Putra,
                  55100 Kuala Lumpur,
                  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

24 Responses

  1. Thank for share ..balik malaysia mencari-cari juga makanan korea yang halal.. alhamdulillah dapat jua.. kalau di brunei macam2 makanan korea boleh dapat & semua halal di sana.. so tak ragu2 kita nak makan.. bibimbap nampak nyaman sekali..mahu mencubalah.. tq bro

  2. Hamoi!!! mencari masakan negara sendiri katanya ahaksss
    Citer pasal Waze mmg geram coz ada pengalaman tak best dgn Waze nih
    X minat Kpop ke..Give me 5..coz JM minat KDrama..ehh..x sama eh
    Cantik!!! mmg tgh mencari makanan korea yg SEDAP ni..terus tekan lamat ke Waze..ohh..x boleh..x boleh..tekan alamat di google map

    ‘makan berdua!! so sweet u oulssss” makna pulak di sweetree :-)

  3. owh , lupa lak dia dah jadi org korea . nape x dok kat bantal ala2 tradisi korea tu . baru feeling sampai beb . heee … saya peminat runningman dan dah pernah makan kimchi dan bulgogi tapi buatan sendiri at my little kitchen . off coz resepi dah x asli lah . ikut tekak melayu … itu sayur ciput ja klu saya x cukup tuh …

    1. oh macam mana buat lada untuk kimchi tu? setahu saya dekat area ampang ada korea town, boleh beli dari sana. Boleh juga buat kimchi sendiri, aduyai, kimchi dan bulgogi memang masyuk kalau makan bersama.

  4. first makanan masuk perut mase dkt bumi korea aritu is bibimbap…sedap!!.nti boleh la try pegi sweetree..dekat ni =)

  5. bibimbap kat Sweetree ni memang best!hehehe hamboi kerusi batu tu mmg aku takkan pi duduk la kan….takleh keluar lak kang@hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »