in

GoGung Korean Restaurant , Empire Shopping Gallery

Perancangan awal sewaktu turun ke Kuala Lumpur pada minggu lepas, aku ingat nak mencuba restoran Koryo Won di KLCC. Selepas berjumpa dengan Aunty Ita , dia suggest supaya kami mencuba satu lagi restoran, GoGung Korean Restaurant di Empire Shopping Gallery , Subang. Jadi kami sekeluarga membuat keputusan untuk give it a try.

1
Aku tak boleh nak ambil gambar straight sebab ada kedai baru nak buka depan Go Gung ini, jalan dia jadi kecil sedikit

                                                               Empire Shopping Gallery,

                                                               47500 Subang Jaya,

                                                               SELANGOR Subang Jaya

2
Sesiapa yang minat nak makan bersila boleh duduk dekat section ni
3
Kepada yang duduk atas kerusi boleh duduk di section ni

4

Sambil nak order , kami berborak dengan pekerja restoran dan menurutnya, restoran ini dimiliki oleh orang melayu, wah dah boleh di jadikan sumber inspirasi untuk buka restoran korea satu hari nanti. Bayangkan boleh menikmati BBQ dan bibimbap setiap masa. Sambil bergurau, aku menyokong idea untuk Aunty Ita untuk buka satu cawangan di Kuantan, well, we will see. Hehehe

Aku serahkan kepada Aunty Ita dan Ameer untuk membuat pesanan. Dan mereka telah memilih set BBQ , YUMMY! untuk makan malam kami. Di samping set yang ditawarkan terdapat juga menu ala carte yang lain, maybe next time boleh datang sekali lagi.

5
Pilihan kami adalah Set Go Gung 3
6
Hi Sam Gye Tang!

Setelah beberapa ketika selepas membuat pesanan, makanan -makanan pun mulai tiba di meja kami. Seperti biasa yang paling awal sampai adalah… Banchan!

7

8

Sementara itu tempat grill ini di panas. Jeng Jeng Jeng

11

12
Bawang di grill terlebih dahulu, bau bawang dia pun dah dahsyat tahu tak????
9
Pa Jeon atau Korean Pancake Yummy!
13
Bulgalbi dan Special Bulgalbi aka barbeque beef steak atau daging berbeku pun di letak di atas grill tadi. Dia punya bau… tak boleh nak describe beb
10
Ketibaan Sup Kimchi! Ibunda tak minat hehehe
14
Makin penuh grill ni, daging yang dah siap akan di letakkan di atas bawang supaya tidak overcook.
16
Ketibaan Bibimbap kesukaan! Cara nak makan , anda kena gaul dia biar sebati, pekerja restoran boleh tolong gaulkan kalau anda tak reti, tapi aku sahaja tak nak ia digaul, nanti mana dapat gambar ni, dah hancur lebur telur tu kahkahkah!
15
Dan akhirnya tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan BBQ Beef Steak anda~ Tengok dia punya jus keluar mak aih~ T_T

Sebab aku sangat prihatin jadi aku share sedikit video dekat sini untuk tatapan awak semua.

Sebab aku sayangkan anda semua, ini ada lagi satu video.

Jadi apa yang jadi seterusnya? makanlah bang non oii.  Beef ni kita boleh makan dengan bibimbap, boleh makan dengan nasi, boleh makan begitu sahaja , dan yang paling sedap dan enak aku rasalah kan dengan makan cara BBQ Lettuce Wrap. Apa benda tu? Caranya ialah anda lettuce tu, kemudian campur semua banchan tadi (kimchi, taugeh, fishcake, seaweed, ) dan letak dalam lettuce tu, kemudian amik beef yang yang tengah panas tadi, wrap, kemudian makan. PERGHHHH!!!! Kepada peminat drama Korea mesti pernah tengok dia orang makan cara macam ni.

17
Campur semua banchan tadi berserta daging. Wrapkan.
18
Apa lagi, makan!

Secara keseluruhannya, Go Gung memang sedap dan worth untuk mencuba especially mereka yang gemarkan makanan Korea. Kimchi dekat sini so-so, masih tak boleh lawan Kimchi yang aku rasa di Seoul. Tapi tak adil pula perbandingan tu, ibarat makan nasi lemak dekat Malaysian Hall dengan makan nasi lemak dekat Malaysia kan?

Jadi apa tunggu lagi, kalau ada kesempatan berada di kawasan subang, boleh dah pergi try makan dekat Go Gung Korean Restaurant.

*jangan pula anda pergi ke Korea order Bulgalbi tahu, setahu aku belum jumpa yang halal lagi. Makan yang dekat Malaysia je yer

*Untuk alternatif boleh cuba Yang Good Korean BBQ Lamb Restaurant

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Weiii entry ni bikin panas tau…mna nk cekau mlm2 ni korean food…huhuhu…amboi mhl sgt samgyetang tuuu…kt eid baru 12,000…eid jugakkk…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sakura Trip Seoul – World Cup Stadium | Yeouido Park | Namsan Tower | Yoogane

Selamat Hari Raya!