Trip Vietnam – Ho Chi Minh City April 2013 (Day 4)

Hari ini macam biasa breakfast di hotel dulu sebelum nak bergerak dan sambung berjalan-jalan.Selepas bersiap sedia, terus mengorak langkah ke hard rock cafe untuk meet up dengan si Awan dan Ameer.Hari ini tak berjalan, naik teksi.Tak mahal mana lebih kurang dalam 50000 Dong je tambang untuk ke Hard rock yang terletak bersebelahan dengan Intercontinental hotel.

Aku pernah tulis pasal opera house tak buka setiap hari kan?jadi hari ini lah yang kita orang dapat tahu opera tak beroperasi sepanjang masa.Nak masuk usha pun tak boleh.Sedih sikit, sebab confirm dalam tu senibina dia mesti menarik (perghhh senibina tu, ok move on).Tempat terakhir yang kami melawat adalah Unification Palace.tapi sebelum sampai ada sedikit drama dekat pokok 100 tahun.

61

Dekat sini kami di approach oleh penjual air kelapa, yang kononnya memberi info dan penerangan serba sedikit tentang pokok tersebut.Siap bagi kami pegang benda yang dia angkut dan bergambar sekali.Last – last mamat ni suka hati ayah tiri dia je, buka buah kelapa.Aku tak kisah dia buka satu, lepas tu dia gatal buka lagi satu lepas aku cakap , satu dah cukup.Memang panas juga, tapi tempat orang nak buat macam mana.Kenalah pau 100000 Dong untuk dua biji air kelapa, harga dah sama dekat restoran yang aku selalu makan.

Agak -agak laku tak jual kelapa dengan muka gitu? Mamat tu tengah menipu

Yang si hanif pula datang si pengilat kasut.Dengan paksaan tanpa kerelaan, dia boleh pula cabut tarik kasut hanif lepas tu minta 200000 Dong, kilat kasut benda sampai RM30++, nasib baiklah tengah duduk bergaduh mulut tu, datang seorang akak Vietnam yang pandai berbahasa Inggeris tolong settlekan.Dia siap minta maaf pasal kelakuan penjaja tersebut dan explain, ada segelintir penjaja yang suka ambil kesempatan terhadap foreigners.

64

Tiket masuk ke Palace tak mahal, cuma 30000 Dong seorang, dalam Rm 4.50, sempat beli air 100 plus 15000Dong (RM2.00).Jadi kami pun menghabiskan masa pusing -pusing dalam Unification Palace tu.

Muka sedih kena tipu We are at the unification palace Salute 68 Sesi soal jawab Banyak pula soalan Tak pus hati, sendiri naik ,sendiri jawab Macam robocop pulak 73 kereta kebal, mak aih! 75

Dah habis pusing, kami kembali ke hotel (44000). Hari ini makan mewah sikit dekat serai,Ikan kerapu masak sweet sour (390000) dan beberapa lauk lain.Hari ini jelah yang merasa nasi putih, selalunya makan nasi goreng, char kuey teow goreng.Habis makan tu, aku masuk kedalam Ben Thant, nak habiskan duit dengan membeli cenderahati, tak silap ada dalam 800000 Dong masa tu.

Kerapu sweet sour Chilli Prawn

Lepas memenuhkan beg dengan cenderahati, kami tunggu taxi ke airport (serius memang meter stop pada 130000 Dong dari area ben Thant ke airport jadi korang jangan kena tipu kalau pergi ke sana nanti).Flight pukul 9.55 malam dan mendarat di tanah air pukul 11.55 malam.

Messi pramugari cantik tata ho chi minh city

Kesimpulannya, Vietnam ini banyak tempat menarik walaupun tak sempat nak cover semua tempat tapi area Ho chi Minh rasanya banyak juga yang dah pergi.tak sempat naik sampan dekat Hanoi well maybe next time sebab ada ura -ura mungkin akan ke sini lagi, nak beli kain, murah, boleh lah buka butik kain lepas ini.Jadi terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi membaca kisah 4 hari yang tak seberapa ini.Harap boleh jadi panduan kepada kawan-kawan yang nak pergi.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »