eyes on me family Travel

Trip ke Seoul (2) Hongik University (Hello Kitty, Haha’s Runningman Cafe, Coffee Prince) dan Yang Good Korean BBQ November 2013 part 4

Written by Radin Fadli

Lama sudah aku tak menaip akibat kesihatan dan kesuntukan masa. Waktu pulang dari Seoul, hati ini berkobar- kobar untuk menulis dan nak habiskan entri -entri yang tergendala, tapi malangnya impian tinggal impian. Tak apalah, hari ini kita teruskan impian itu kembali. Sebenarnya aku dah tulis sewaktu aku di Seoul lagi, tapi ada beberapa kena edit, tak sesuai pula nak tulis semuanya, panjang sangat nanti. Nevermind, mari kita teruskan adik-adik.

16hb November 2013

Rancangan kami hari ini adalah untuk ke Trick Eye Museum yang terletak di kawasan/stesen Hongik University atau juga di kenali sebagai Hongdae. Bukan main semangat si Farhani dan Yani dah siap mencetak kupon voucher untuk Trick Eye, yelah kami ini budget traveller jadi yang mana kita boleh jimat, kita jimat kan? Selepas mengalas perut dengan sarapan ringan di rumah (rumah terus kau, rumah tumpangan ler) kami terus bergerak menuju ke Hongik University Station.

Setibanya kami di Hongik  Station, aku terus rasa aku akan suka tempat ni. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya, kiri kanan penuh dengan budak – budak universiti, kira bersepahlah baju varsity yang orang Malaysia gila sangat nak pakai. Dekat Malaysia tu panas, dekat sini cuaca bawah 10 celcius, sesuailah nak pakai. Maksud aku masa kata banyak budak universiti tu, kita boleh rasa suasana orang muda dekat area sini, lagi satu kawasan ini banyak kedai yang jual benda – benda yang unik, vintage, independent designer. Daripada baju ,casing, dan yang paling seronok, kedai kopi. Kedai kopi dia banyak gila dan pelbagai jenis ada. Rasa nak masuk semua, tapi masakan ada masa nak masuk dan tinjau semua kedai dekat sini kan?

96

97

Berjalan sedikit keluar daripada stesen, terus terserempak dengan kaunter pertanyaan pelancong, orang kata kalau malu bertanya, sesat jalan. Jadi aku pun tanyalah sebab aku tak nak sesat (seems valid eh?). Jangan risau, kaunter pertanyaan ni pandai berbahasa english dan 2 minit je aku dah tahu kedudukan kawasan Hongdae ni, jangan kata Trick Eye Museum, Hello Kitty Cafe, Coffee Prince Cafe semua pun dah master. Mungkin aku di anugerahkan kepakaran dalam tengok peta, tapi yang peliknya, aku tak mahir langsung dengan jalan raya di Malaysia terutama sekali Kuala Lumpur hahaha. Trick Eye Museum ni tak susah nak pergi, dari kaunter informasi tu, korang lintas jalan, dan ambil lorong kanan terus jumpa.

98

99

100

Kami terus bergerak ke Trick Eye Museum, semasa tengah nak masuk tu, Faiq bagitahu aku, dekat Malaysia pun ada Trick Eye Museum ni dekat i City, memandangkan tiket pun boleh tahan juga harganya 12000 Won ( 15000 Won asal) lepas berkira-kira, aku tak jadi pula nak masuk ke dalam Museum ni. Jadi sepupu dan aunty aku je yang masuk sebab memang dia orang dah berhajat nak tengok. Aku pun bagitahu nanti jumpa balik dekat Hello Kitty Cafe. Silap pula tak sebab tak set pukul berapa nak jumpa, adeshh.

Hello Kitty Cafe berada di lorong bersebelahan dengan Trick Eye Museum, (cakap macam dah mahir sangat kan?) Jadi sampai je dekat Hello Kitty Cafe, aku sempatlah bergambar. Mula- mula ingat nak tunggu dia orang dekat situ terus, tapi aku budget budget mesti dia orang lama dekat dalam museum tu, jadi aku dan Faiq berlegar-legar dulu dekat kawasan berdekatan. So sempatlah berpusing-pusing dekat kawasan Hongdae ni. Serius, banyak benda yang pelik yang buat aku berhenti nak tengok, harga pun tak mahal sangat, range aku tengok rm30 dan ke atas untuk barang-barang macam baju, sweater, buku , pen yang pelik dan yang comel. Memang orang Korea ni suka benda-benda yang comel agaknya. Kadang-kala benda tu simple je seperti pen tapi dia orang boleh ubah jadi menjadi sesuatu benda yang unik dan menarik membuatkan korang rasa macam asyik nak seluk dompet nak beli. Nasib baiklah aku ni pandai juga mengawal nafsu membeli, kalau tak banyak dah beli yang terbeli. (Terbeli disini adalah benda yang di beli yang bukan keperluan dan bukan juga kehendak tapi terbeli sebab terpukau ketika pembelian, ada faham? tak faham? tak pandailah awak kalau macam tu KIHKIHKIH Evil Grin ).

101

102

103

104

105

106

107

108

109

110

111

112

113

114

Selepas beberapa ketika aku pun ajak Faiq pulang semula ke Hello Kitty Cafe. Orang pun dah kurang berbanding masa aku pergi tadi. Tapi nak beli tu beratur jugalah, takpe ada masa untuk aku menelaah menu. Bagi aku harga makanan dan minuman dekat sini agak mahal, tapi memandangkan ini adalah sebuah cafe butik jadi dah boleh agak harga macam tu. Harga dia agak murah sikit berbanding dengan minuman di Starbucks, tapi air Starbucks lebih banyak (aku cakap dekat Malaysia, dekat Seoul harga Starbuck dia boleh tahan juga mahal dia ) Jadi aku order satu caramel latte dan satu latte berserta dengan sekeping waffle. Kedai dia agak menarik hati sebab comel, kalau bawa si Alyssa dekat sini mesti meloncat-loncat si kecil tu.

115

116

117

118

119

120

121

122

123

124

Lama juga aku duduk menunggu sepupu dan aunty aku, dekat 40 minit dia orang tak muncul, aku rasa mesti dia orang dah sesat. Jadi aku tinggal si Faiq, dan bergerak semula ke Trick Eye. Aku dengan penuh berhemahnya tanya pekerja kat situ (* siap tunjuk ipad aku  lagi gambar sepupu aku,)  tapi pekerja museum tu kata tak nampak pula ( Language barrier berlaku di sini). Aku pun terus keluar dan bergerak menuju ke Hello Kitty.

Tup tup terus aku terjumpa dia orang di hadapan Hello Kitty dengan Tourist Guide, siap tengah bergambar lagi. Kalau korang sesat, kadang kala ada je Korean yang menjadi sukarelawan sebagai tourist guide dekat tepi tepi jalan, selalunya mereka ni budak-budak universiti dan mereka akan berusaha untuk membantu anda kalau anda dalam kesesatan( jangan sesat agama sudah la ye) Memang betul sangkaan aku, dia org sesat. Kemudian kita orang terus masuk ke dalam Cafe , minum-minum dan borak. Tips, tolonglah jangan beli air coke yer, air coke dekat sini dekat 12/14 ringgit satu tin.

125

Beberapa ketika kita orang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu kedai HAHA YEAHHH! (dalam hati girang ,macamlah dapat jumpa kan si HARORO tu, mengikut sumber, HAHA selalu datang ke kedai dia tapi lewat malam after 12 macam tu).
Kedai si HAHA ni  berdekatan dengan Sang Sang Madang Building. Selepas beberapa ketika berjalan, akhirnya kami sampai juga kedai HAHA, tapi kedai dia belum buka pun lagi (kalau buka pun bukan boleh makan ada oink oink okey).

126

127

Seterusnya, kita orang nak mencari Star Wars Cafe. Cafe ini aku pernah baca dekat satu blog tapi dekat situ tak dinyatakan dengan specific cafe tu dekat mana, mana tahu si Wita jumpa entri tu dan nak pergi, jadi aku pun macam why not kan? memusing – musing juga kita orang mencari tapi tak jumpa, turun bukit, naik bukit, tanya kiri, tanya kanan, Last – last giveup juga, aku rasa maybe dah tutup sebab lambakan butik cafe tumbuh dekat area sini. Hari makin gelap (5.30 petang dah maghrib) suhu maiin turun, jadi mula-mula ingat tak jadi nak pergi ke Coffee Prince Cafe memandangkan kedudukannya yang agak jauh, tapi sewaktu pusing mencari Star Wars Cafe tu kita orang dah berada berdekatan dengan Cafe tersebut jadi alang-alang terus lah pergi ke situ. Sampai je, kita orang pun bergambarlah kejap,nak minum taklah, harga secawan kopi almost rm25 kot, kalau si Eun Hye ada aku tak kisahlah nak bayar hehehe. Kita orang boleh tangkap gambar dekat luar je, sebab dekat situ siap ada notification yang tak bagi orang masuk kalau tak minum.

128

129

130

131

132

Suhu makin rendah, aku rasa around 4-5 celcius masa tu, perut pun dah berbunyi jadi kita orang terus bergerak ke Yeoksam , Gangnam nak cari makanan, BBQ Korean Style kita malam ni.

Misi malam ini: Yang Good Korean Bbq dekat Yeoksam Station. Jalan dari station tak susah, tapi adalah sebentar aku hilang punca dan arah sekejap disebabkan aku terlalu ke depan dan terlepas lorong yang sepatutnya. Sebenarnya aku dah sampai ke lorong tu, tapi si faiq dengan confident kata, ” bukan lorong ni, ni lorong kecik ni” (Amboih~) nasib baiklah ada pasangan korea yang baik hati ni tolong tunjukkan, sampai depan pintu kedai dia orang bawa kita orang. Aku sempat berborak dengan dia orang, dia orang kata dia orang teringin nak ke Malaysia, wah bagus, nanti aku bawa jalan jalan dekat Teluk Cempedak yer LOL.
Kalau selalunya aku asyik tengok orang makan Bbq ala Korea dalam drama, kali ini dapat menikmatinya sendiri. Sedap, lembut dan manis tapi agak mahal, (satu set lebih kurang rm45-rm60). Dekat sini, ada orang tolong grill kan untuk kita, terbaik kan?

Kami pun pulang ke 2c House dengan perut yang kenyang~

133

134

135

136

137

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

8 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: