in , ,

Trip ke Hong Kong part 5 (The Peak)

Dah puas makan Dim Sum?kalau dah puas bolehlah mengorak langkah ke destinasi seterusnya iaitu The Peak.Pada permulaan rancangan, sepatutnya ke IFC atau International Finance Centre terlebih dahulu.Tapi memandangkan aku risau yang jumlah pengunjung mungkin ramai,maklumlah hari sabtu, jadi aku ubah rancangan untuk ke Peak terus.Sebelum tukar rancangan tu, kita orang naik TRAM dari Wan Chai ke Central since IFC berada berdekatan Central Pier.Harga tiket untuk TRAM adalah HKD 2.30. Tak kiralah anda nak stop dekat mana, satu hala harga dia sama je.

82a

83

84

85

86

Kami kemudiannya decide nak ambil teksi untuk ke the Peak.Harga teksi dalam HKD58 untuk ke sana dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada keadaan trafik.Masa kita orang pergi tu tak ada banyak kereta pun , pergerakan lancar je sampai ke atas sana.Kebanyakan pemandu teksi dekat Hong Kong ni ramah tamah.Jadi kalau berborak tu, tak perasan pun dah sampai ke destinasi.(kalau anda bertuahlah yang fasih berbahasa English, kalau yang tak reti, dengar jelah radio dia orang sepanjang perjalanan).

Atas the peak ni tak adalah sejuk mana masa kami tiba, cuma hari nak hujan , dan memang hujan lepas tu.Misi dekat atas ini adalah untuk mencari Hard Rock Cafe dan menangkap pemandangan malam Hong Kong.

87

88

89

90

Sementara menunggu malam, kita orang lepak dahulu dekat Starbuck.Lama juga duduk menunggu malam, ada dekat 3 jam juga aku rasa.Tambahan pula hari tengah hujan, jadi americano panas sangat- sangatlah berkesan pada waktu dan ketika ini, kalaulah ada pisang goreng mesti bertambah UMMM!

Bila hari dah mula gelap, apa lagi kita orang teruslah menuju ke observation deck.Dekat sini ada yang kena bayar dan ada yang tak kena jadi bergantunglah kepada budget anda masing-masing nak pergi yang mana satu.Oh kepada yang berminat dengan muzium wax dekat sini pun ada Madam Tassaude jadi boleh singgah berjumpa dengan patung-patung lilin.Aku dah puas dekat Bangkok aritu jadi tak masuklah muzium wax dekat sini.

Jadi bila dah sampai dekat atas observation deck tu apa lagi bergambar lah.

91

Aik?Kenapa ada satu je gambar?sebab gambar lain banyak selfie, waktu malam, nak tangkap gambar sendiri dengan background macam ni memang tak dapatlah.Tak apalah, next trip aku bawa DLSR, mesti bawa punya~

Dah habis kena hujan renyai-renyai, kami turun semula ke bawah, menuju ke IFC.Sebenarnya IFC ini datang sebab nak tengok Apple Store Dia orang je bukannya apa pun.IFC ni sama je macam Pavillion KL, barang mahal dan branded, and harga lagi mahal dari barang dekat Malaysia.Satu lagi nak pergi IFC ni sebab nak cari kedai Pandora, malangnya kedai Pandora dah tutup.Jadi kami tak buang masa terus bergerak balik.

99

10098

92

Masa dekat atas jejantas nak menuju ke Central Pier ni lah, tiba – tiba light show yang di tunggu semalam bermula, siap ada countdown lagi dekat bangunan.Memang respectlah dengan light show diaorang terbaik kot.

93

Boleh tengok video light show dekat sini  . Yang video ni, ditangkap masa atas feri dalam perjalanan balik.Yang light show dalam gambar dekat atas aku tak upload lagi, nantilah kalau sempat aku letak link dekat sini.

Tak habis lagi dengan kekaguman light show tersebut, kita orang bernasib baik berjumpa dengan satu gerai makanan halal.Betul – betul dekat pintu masuk ke feri.Jadi, apa lagi, pekena dulu briyani ayam.Harga lebih kurang HKD 60.

94

95

96

97

Dah kenyang perut di isi terus ambil feri dan menuju ke Tsim Sha Shui Pier.

101

102

103

        104

105

106

Selepas berpusing sebentar di Avenue of Stars, kami bergerak pulang ke hotel, esok perjalanan menuju ke Macau pula.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Hong Kong Part 4 (Wan Chai, Dim Sum Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre)

Trip ke Macau ( Venitian Hotel ) part 1