in , ,

Trip Ke Tokyo lah Kita bhg. 1 Cara Mudah dari Haneda ke Shinjuku

Ohaiyo!!Koniciwa!! Salam dari negara matahari terbit. Kalau sesiapa yang rajin melawat blog aku, pasti pelik kenapa entri kali ini tidak pasal Korea, Aduh Aduh, kena jugalah melawat sikit negara jiran kita wei! Selalu sangat bercerita tentang kampung halaman, kali ini kita berubah angin ke land of the rising sun. Misi mencari Doraemon dan Gundam di aktifkan.

Untuk pengetahuan, dah lama aku simpan hajat nak pergi ke negara matahari terbit ni, kalau di ikutkan sejak dari bulan April. Pada masa tu kononnya Projek Mengejar Sakura, tapi tangguh punya tangguh , last last dapat juga aku menjejakkan kaki untuk musim luruh. Autumn in Japan la kita. InsyaAllah, kalau umur panjang dan rezeki ada, Projek Mengejar Sakura mungkin akan di aktifkan untuk tahun depan. Siapa nak ikut??????

4
Nak kena ada ini untuk berjalan – jalan di Jepang.

Tujuan trip kali ini hanya untuk bersiar – siar di kawasan Tokyo. Kalau ikutkan hati memang nak pusing satu Jepun tapi memang tak sempatlah , Tokyo sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk di terokai. Mind you it’s 10 times bigger than Kuala Lumpur. Aku rasa ada satu je masalah dengan Jepun ni, mahal. Jadi kepada mereka yang mempunyai bajet limited kena buat perancangan yang teliti sebelum menjejakkan kaki ke sini. Bukan apa, nanti kalau tersalah train, tersalah line, membazir. Tapi jangan risau ada caranya, aku akan cuba masukkan harga, info dan lain-lain untuk menjadi sumber rujukan, manalah tahu boleh membantu sesiapa yang nak pergi ke Jepun ni kan. Tapi sebagai rujukan saja, kalau tetiba tokey kedai tu nak naikkan harga, bukan salah aku yer.

Kalau mengikut plan Uncle Hatta, dia nak pergi selama 2 minggu, tapi semasa dia plan tu, aku tak buat keputusan lagi sama ada mahu join atau tidak. Tengah –tengah aku sedang rajin check tiket kapal terbang, tiba- tiba ternampak ada promosi tiket ke Tokyo, dan apabila di bawa ke pengetahuan Aunty Z aku, beliau pun cakap jom pergi. Jadi aku pun macam, oklah, pergi je lah (Padahal berhari-hari juga buat keputusan nak pergi). Jadi kami bertolak 2 hari selepas raya haji. Kemainlahkan, harap je tak raya terus dekat sana. Boleh tengok Samurai sembelih korban di Jepang hehehe.

Tempoh aku ke Tokyo tak lama, 7hb- 13hb, tapi aku dah gerak ke Kuala Lumpur pada 6hb, jadi sempatlah beraya 1 hari. Cukuplah tu, ada orang tak dapat nak beraya langsung.

Kagum aku melihat lapangan terbang KLIA 2 , yelah kalau nak di bandingkan dengan LCCT memang jauh beza. Pelbagai jenis kedai ada, even supermarket pun ada. Yang aku perasan jalan nak menuju ke tempat berlepas agak jauh. Jauh tak jauh lah kalau nak dibandingkan dengan pengalaman berjalan di Tokyo nanti hahahaha!

2f00d13746c16b94176996de98e6bb72

Kapal terbang berlepas pada pukul 2.30 petang dan tiba di Haneda pukul 10.30 malam. Perjalanan seronok memandangkan salah satu seat ( kerusi ada 3) kebetulan kosong. Jadi dapatlah meregangkan kaki dengan selesa. Sampai sahaja di airport, terus melalui imigresen dan ambil bagasi, alhamdulillah tak ada pun masalah, tak ada pula yang kata muka aku mirip Yakuza yang di kehendaki ke, muka macam Shin Oguri ke, mungkin ada dua tiga orang yang tersalah anggap ingat aku Takeshi Kaneshiro aje. KAH!

1
Sekarang tak perlu nak buat visa, ada VOA sudah~

Urusan kemasukan ke tokyo sangat mudah, cepat dan tiada masalah. Cuma ada sedikit kejadian aku nak kongsi. Dalam perjalanan menuju ke imigresen, aku merasa annoy sedikit dengan satu pasangan perempuan di hadapan aku. Dari my observation, mengikut budaya di jepun, sekiranya anda berdiri (di escalator, travelator, jalan) atau berjalan lambat, berdirilah di sebelah kiri. Ini membolehkan mereka yang ingin cepat boleh lalu di sebelah kanan. Yang pasangan tadi, dengan lenggang kangkong, berborak (di baca sini dlm bahasa inggeris) perempuan (di baca sini melayu) dan bersuara kuat seolah –olah berada di pasar malam menghalang perjalanan. Yang aku pelik sedikit , orang jepun yang nak lalu tu, sanggup berdiri dan menunggu mereka. I meant, dia orang nak cepat, tapi taka da pula dia orang nak menegur dua orang Diva yang sedang berborak tersebut. Lama kelamaan, apabila semakin ramai orang berhenti, mereka baru perasan, then baru sibuk nak mempercepatkan langkah berlalu pergi. Macam-macam.

Selepas mengambil bagasi, kami terus keluar menuju ke mesin beli tiket KEIKYU LINE. Gaya aku menuju ke mesin tersebut dah macam seorang anak tempatan, padahal ini pertama kali aku di sini. Inilah hasil apabila terlalu banyak membuat research hahaha. Kami agak tergesa-gesa nak mengejar train kerana train yang terakhir berhenti pada pukul 12 malam, nanti tak pasal-pasal stranded pula di mana mana kan memang naya lah. Nak naik teksi memang akan mengeringkan poket dengan pantas dan tangkkas kerana harganya yang mahal bayangkan pula kalau ambil teksi di tengah malam. Memandangkan kami tinggal di Shinjuku, jalan paling cepat adalah naik Keikyu Line ke Shinigawa dan tukar ke Jr Line Yamanote (Sinjuku Station). Pastikan anda jangan lupa ambil tiket sewaktu transfer di Shinigawa, Aunty aku terlupa nak ambil dan it cost about 200 yen to get out from Shinjuku Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Haneda Airport ke Shinjuku Station.

Keikyu Line > Shinigawa > Shinjuku = 610 yen

inter_tra_img

Gambarajah ini aku ambil dari website Keikyu, kalau rajin boleh pergi je website rasmi, tapi since benda ni simple je aku nak tulis je dekat sini. Sampai sahaja di Arrival Lobby terus jalan straight (1) sehinggalah ke point (4) untuk beli tiket.

Bawah ini adalah mesin tiket, jadi kalau sesiapa yang tak beli PASS, akan selalulah jumpa mesin ini. Secara asasnya, tak susah pun nak guna, even lepas beberapa kali pakai mesin ini, aku tak payah nak tukar bahasa ke English pun. Penerangan tentang pilihan butang ada dekat gambarajah dekat bawah ini.

tiket machineCara Menggunakan mesin tiket

1: Tukar pilihan bahasa ke bahasa English

2:Tengok carta train yang menunjukkan cost ke sesebuah stesen. Carta ini ada di atas dinding mesin tiket. Contoh, Shinjuku Station (300 yen)

3:Dah kenal pasti harga untuk station, jadi apa yang perlu anda buat, pilih HARGA STATION tersebut, jadi dalam kes ini tekan 300 Yen. Pilihan di buat berdasarkan harga bukan lokasi. Jadi sebagai contoh kalaulah harga ke Shibuya station berharga 300 Yen, jadi anda boleh turun sama ada di Shibuya Station atau Shinjuku Station, senang kan?

4:Pilih untuk tiket berapa orang, pilihan ini boleh di buat sebellum atau selepas tekan 300 Yen tadi.

5: Masukkan duit, jangan lupa ambil baki dan tiket anda. Selesai

** PALING PENTING!! PASTIKAN LINE YANG ANDA AMBIL ADALAH YANG BETUL.

*Kalau menaiki Keikyu Line ini, anda entitled untuk dapat free wifi bagi tempoh 6 jam. Memandangkan pejabat Keikyu ini buka sampai pukul 10 malam sahaja maka terlepas aku untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut (*Rupanya aku tersilap baca, tak perlu ke office, cuma gunakan mesin dekat dengan office,aduhh sedih) . Keikyu juga ada menawarkan pelbagai jenis PASS discount yang menarik dan boleh menjimatkan kos perjalanan anda di Tokyo.

IMG_6461
JR Yamanote LINE, LINE ini sangat senang kerana ia berbentuk bulat, jadi gunakan iikut keselesaan anda.

Apabila tiba di Shinigawa, anda hanya perlu mencari JR LINE (hijau) Yamanote untuk ke Shinjuku Station. Pastikan juga anda tidak lupa untuk mengambil tiket yang di beli di Haneda tadi sewaktu bertukar dari Shinigawa untuk ke Shinjuku. Aunty aku terlupa nak ambil di exit Shinigawa. Sampai ke Shinjuku Station, aunty aku tak lepas keluar sebab tak ada tiket. Bila pergi dekat guard yang jaga exit tu, memula dia suruh beli balik tiket, meaning kena bayar harga dari Haneda, tapi selepas beberapa ketika dia charge dari Shinigawa sahaja. Mungkin sebab tengok kita orang tengah tarik bagasi jadi dia expect memang first time sampai …kot~ PAID 200 yen.

Alhamdulillah tiada masalah untuk sampai ke Shinjuku Station, yang merupakan antara stesen utama yang digunakan oleh puluhan ribu warga jepun setiap hari. Satu yang aku dapat tangkap on the spot bila menjejakkan kaki ke tanah jepang ini, masalah bahasa. Tapi memang aku salute dia roang punya papan tanda, penunjuk arah sangat – sangat efficient. Jadi tak perlu risau pasal sesat, selagi anda tahu di mana anda berada dan ke mana anda hendak tuju. Masalah yang paling utama dekat sini yang aku rasa adalah nak buat keputusan nak keluar ikut EXIT mana satu memandangkan terdapat berpuluh-puluh EXIT di setiap stesen. Jadi sila pastikan no EXIT anda.

kadoya hotel
Bayangkan Aunty aku yang dah 3 kali ke Tokyo pun boleh confuse nak exit belah mana inikan pula aku, terkial –kial kejap sebentar ibarat pelancong kehilangan arah. MEngikut saranan aunty aku, jalan yang paling mudah adalah berjalan ke hotel KEIO dan dri situ senang nak ke Kadoya. Berjalanlah kami selama 15- 20 minit disertakan dengan pakej kepala aku yang sudah mula berdenyut akibat angin yang masuk dalam perut. Senak beb! Dari KEIO, laju je aunty aku direct ke Kadoya ibarat orang tempatan. Uncle Hatta dan keluarganya (Amy, Asyura,Mama Ejan, dengan kawan Unc Hatta, Achai) dah siap menunggu di lobi sambil bermain internet dengan gembira.

3

Sementara menunggu aunty aku check in, aku singgah di kedai serbaneka, Lawson, yang terletak bersebelahan hotel. Tujuannya nak mencari air halia untuk meredakan kepala aku yang makin sakit sebab angin tadi. Cari punya cari, terjumpa, tapi si Asah cakap yang brand dia pernah minum tak sama dengan yang ada dekat Lawson ni, jadi dikhuatiri kurang enak rasanya (kau dah tengah sakit still banyak songeh kan?) jadi aku terus mencari alternative lain, iaitu nak mengisi perut yang kosong. Apa lagi, terus aku terkam beli onigiri salmon.

2
Onigiri 110 yen, Volvic Mineral 110 yen

Padahal memang aku dah lama nak try onigiri ni, selalu Nampak rakan traveller yang lain makan, nak juga aku rasa benda alah ni. Rasa dia? boleh lah tahan. Lebih baik ada daripada tak ada kan? Nak makan onigiri tu, ada cara nak lipat pembalut dia, terima kasihlah dekat Amy sebab tolong tunjuk ajar.

*Nasib aku baik,  aunty aku ada bawa supplement bawang putih. Syukur. Angin Nyah di kau dari badan ku ini.

9

8
Bilik mandinya agak kecil, untuk orang badan kecil macam aku tak ada masalah.
7
Toilet yang fully automatik. Boleh laraskan jarak nozzle, tahap pressure air, dan juga ada blower untuk keringkan ehem ehem anda. Satu lagi, seat warmer dia terbaik, jadi tiada lagi kejutan jamban sejuk HAHAHA!

6

5
Malam pertama kita berehat dulu.

Oh by the way, untuk kesenangan anda bergerak, boleh download aplikasi Tokyo Subway. Ini untuk pengguna iOs, ada juga untuk android. Anda hanya perlu letak lokasi dan destinasi, kemudian dia akan search cara yang paling mudah untuk pergi , Antara data yang berikan, tempoh perjalanan, harga tiket, sama ada perlu transfer antara line, dan juga exit. Dan aplikasi ini adalah PERCUMA.

18 Comments

Leave a Reply
  1. so tiap kali nak p mana2 awak tak beli pass eh? just beli tiket yang disediakan? awal pergi sekitar tokyo je ..tak g tempat lain ke…

    • Area Tokyo dan Hokane. Ha ah beli tiket sahaja. Itupun Tokyo tak habis pusing. Kalau nak beli pass, kena maximize kan penggunaan, kalau tidak membazir.

  2. Hamoi…ayat Takeshi Kaneshiro tu x menahan heheheeh (tapi sekali pandang cam ada iras)

    org Jepun mmg sikap dorang mmg mcm tu…x kan marah or tegur…kalau kat tempat kita kan mesti dh kena sergah

    JM ada pengalaman di Osaka..x perasan semasa jalan di jalanraya tu ke tengah sikit pastu kereta kat belakang follow je x bunyi hon..pastu JM rasa ada something bila toleh..ya Ampun..rasa bersalah terus tunduk berkali2..hait..hait

    Wahh..detail betul perkongsian kat sini..nampaknya kalau JM nk berautumn di Jepun..entri ini akan di cari

    • Ayat yang pertama tu sangat membina semangat hahaha.
      Itulah, pelik kan, tak de excuse me, oit!!!, diam je. Kita yang kurang peka ni pula yang tersipu – sipu malu di buatnya hahaha

  3. Bestkan Jepang. Rasa nak repeat tapi nak datang autumn. Tapi memang xkan gi Tokyo. Haritu rasa dah jejak apa yang patut kat Tokyo hahaha. Even complex giler train system diorang tapi senang nak faham. Cuma tulah kena tau line & exit. Just like di kampong.

    • saya minat betul Akihabara. Tokyo selalu dari temmpat tempat main stream, ada juga tempat tempat yang orang tak tahu, aritu ada pergi satu tempat nama Shimo Kitazawa, cantik juga, banyak jual barang-barang lama. Saya nak pergi tengok sakura tapinya T_T

  4. Akm,
    Saya sangat minat dengan negara jepun sejak kecil lagi tapi sb kos ke sana yg sgt mahal terpaksa la beralih ke korea
    Alhamdulillah kaki ni dh sampai pun ke Korea
    Radin sudah ke korea n jepun, so apa beza 2 negara ni? mana yg lebih ‘best’? subwaynya sama tak?

    • waalaikummusalam, sangat berbeza korea dan jepun walaupun muka nak dekat dekat sama. Pendapat saya, Jepun ni lebih advance daripada Korea, lebih banyak tempat yang boleh dinikmati dan di terokai dan lebih sibuk. Korea, saya lebih familiar, mungkin kerana pengaruh runningman yang membuatkan saya rasa selesa dengan tempat,landskap, bahasa dan budaya. Berkaitan dengan kos, sebenarnya lebih kurang sama, cuma saya rasa dari segi kos pengangkutan Japan jauh lebih mahal. Kalau di Korea range subway yang saya naik, 1000- 2000 won (3-6 ringgit) tapi di Jepun (Tokyo) boleh cecah 7 ringgit dan keatas untuk sehala.

      berkaitan subway , subway di Tokyo jauh lebih rumit, dan harga juga berlainan. Kerana itu kalau nak pergi ke suatu suatu tempat kena buat perancangan yang teliti. Membazir kalau tersilap train ,line dan sebagainya, atau anda ulang alik tempat yang sama.

      • Akm,
        Masa di Korea, susah nak cr tempat untuk solat, akhirnya bentang kain bah. tingkas atas kat seoul station tu,
        Kalau di Jepun pula mcm?

        • Dekat Tokyo ada certain tempat yang provide prayer room. Tapi macam uncle aritu dekat tempat duduk square pun dia solat. As long as ada wudhu, tahu arah kiblat, tempat bebas dari najis, boleh saja solat di mana – mana.Orang Jepun tak kisah pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phuket! Summer Vacation (Final)

Trip ke Tokyo lah kita bhg 2 Asakusa ,Ueno, Akihabara