in , , ,

Trip ke Tokyo lah kita bhg 2 Asakusa ,Ueno, Akihabara

8/10/2014

Woke up with a start.

As the sunlight from the window curtain shine it’s ray upon my beautiful hazel eyes. With a little bit of yawning and hesitation to get out from my comfy bed, I push myself ….. Ok Stop. Bukan novel twilight…

Pagi yang indah di ibu kota Jepun. Mula – mula sewaktu aku bangun sambil mengelip-ngelipkan mata, ingatkan dah lewat since matahari dah memancar dengan terang benderang menerusi langsir bilik. Aku pun bergegas tengok jam, baru pukul 6.30 pagi. Keadaan di luar dah mcm pukul 10-11 pagi. Cepat betul matahari naik dekat sini, apa lagi bangun lah!!!!!

Untuk hari pertama ini, aku dan Aunty Z dah berjanji dengan Unc. Atta nak berjumpa di Shinjuku Station pada pukul 10 pagi. Dari pukul 10 pagi dah tercegat dekat Shinjuku Station, tengah bersemangatlah katakan. Semalam Achai ada tunjuk satu tempat dekat Shinjuku yang menjadi titik pertemuan kami, kami panggilnya mata.

1

Destinasi pertama, Asakusa. Rasanya tempat paling jauh dalam Tokyo yang aku pergi Asakusa inilah. Kalau dalam map subway train tu pun Asakusa ini dah terletak dekat hujung – hujung LINE. Berpandukan subway aplikasi, aku pun jadi guide untuk ke Asakusa. Mengikut Unc Atta, dia naik LINE lain daripada yang aku gunakan. Jangan risau, nak pergi ke sesuatu tempat dalam Tokyo ni ada banyak cara, tambahan pula dekat Shinjuku Station bersepah LINE yang ada, cuma korang perlu tahu yang mana paling cepat dan paling murah.

Shinjuku > Bakuro- Yokoyama , Change ke (ASAKUSA LINE) Higashi- nihombashi > Asakusa  (270 yen)

Jadi apa yang ada di Asakusa ini? Antara place of interest, sudah tentulah Sensoji temple. Di Sensoji temple ini, terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/cenderamata. Hasil dari pemantauan dan kajian aku, Asakusa adalah tempat yang paling murah kalau nak beli souvenir. Jadi trip kali ini , aku dah plan nak beli souvenirs dulu, kemudian tak payah susah-susah nak fikir dah kemudian nanti.

10177249_898790523466573_8596324848669890952_n

Tadi korang baca, aku tulis paling murah kan? Sebenarnya murah ni subjektif juga, jadi bagi aku murah tak murah lah, atau dalam kata lain, antara yang mahal, dekat sini yang paling tak mahal sekali Hahaha. Fridge magnet/ Key chain kalau di hitung satu biji dah 13-15 ringgit duit kita, dah sama harga Caramel Macchitto Grande Saiz babe . Dalam tengah survey harga,  aku tengok berduyun-duyun budak sekolah (Dari pemakaian aku rasa macam kindergarden / darjah 1-2) dekat sini sambil di tangan masing-masing ada berbungkus keychain, fridge magnet dan cenderamata yang dia orang shopping. Terasa SUPER miskin disitu :rotfl:

2a

2b

2c

Mengikut kata Aunty Z, sewaktu tripnya yang lepas barang – barang masih lagi boleh di tawar, tapi sekarang sudah tak boleh dan harga macam dah naik 100 yen lebih mahal berbanding dahulu. Setiap FM/Keychain will cost you around 350-500 YEN per piece. Ada satu kedai anak patung ni yang di perbuat dari ceramic, aku tertarik sebab dia nampak menarik. Bila aku tanya pekedai tu berapa harga, tengok – tengok dah dekat RM50 sebuah, terus terbantut hajat nak beli.

Di Sensoji temple ini ada sebuah kedai yang menjual the first snek yang halal, harga around RM20 sepeket. Aunty Z je beli, aku tak beli. Harga mahal dan tak berapa enak, tapi kalau korang nak rasa boleh ajer, tapi  dok daplah (tak sedaplah) hahaha. Selepas bergambar seketika di pintu masuk Sensoji temple, Unc. Hatta dan Aunt. Ejan nak pergi minum kopi dekat Tourist Centre jadi aku je dan Aunt Z jelah yang redah sampai ke dalam.

2d

Kita orang masuk sampailah ke dalam temple. Dekat sini ada bekas- bekas lidi yang di orang guna untuk tilik nasib. Dalam bekas-bekas tu ada lidi-lidi yang bertanda, jadi lepas kita goncang-goncang, nanti keluarlah lidi yang ada bertanda. Kemudian kita ambil kertas dalam kotak-kotak mengikut tanda yang keluar tu. Dekat kertas tu adalah sekian -sekian benda, terdapat dalam tulisan jepun dan bahasa English, bahasa Malaysia takda, jadi kalau korang tak pandai bahasa Jepun,  silalah belajar bahasa english baru dapat baca. Takkan nak suruh Japanese tu translate dalam bahsa Malaysia pula, masak laaaaaa. Kemudian aku tengok dia orang ikat/gayut/jemur kertas tadi dekat tali, mungkin mengharapkan apa yg di tilik tadi menjadi kenyataan agaknya.

2e

2f

2g

2h

Selepas berpusing- pusing kita orang pun bergerak ke pintu masuk dan sambil itu juga aku sambung membeli souvenirs, sampailah ke hujung jalan.

5

3a

3b

3c

3d

3

Setibanya aku dekat tourist center, Aunty Z dan aku terus menuju ke tingkat atas bangunan untuk ke cafe di mana Aunty Ejan dan Uncle Hatta ada. Sempatlah aku Selfie sikit-sikit.

6
Asakusa Culture and Tourist Center

6a

6b

Tapi dekat atas ni tak nampak pula Unc. Atta, jadi aku turun balik ke G, terus aku tererempak dengan Unc. Hatta. Unc. Hatta pun suruh aku tanya kaunter pertanyaan dekat mana nak cari pisau jepun. So aku dengan gaya bersahaja buat – buat lah tanya, pekerja di sini sangat helpful dan cekap. Dekat area Asakusa ini, ada satu jalan yang menjual pelbagai jenis pisau, pinggan mangkuk Jepun, jadi siapa yg berminat untuk di jadikan koleksi atau cenderahati, boleh lah menuju ke jalan pisau ni. Memang sepanjang-panjang jalan ini menjual pisau.

Rambut tu haaaaaaaa

  10169179_904915632854062_494230078208276921_n

10174812_904917179520574_9178129427299366383_n

Credit to: Uncle Hatta

On the way ke jalan pisau ni, kita orang singgah makan tempura di Tendon Soba Udon. Kalau korang nak order, makan tempura saja tahu. Sup yang disediakan tu cuma dikhuatiri ada di masak menggunakan ayam, dan sosnya pula dikhuatiri ada letak alkohol. Benda ni aku tak pasti, jadi kalau korang nak makan juga buatlah kajian sedikit, kalau yang jenis menjaga makanan lah, kalau yang jenis tibai semua benda its up to you guys.

7

7a

7b

7c

Tempura = 500 yen

Lepas kenyang (Bro, lepas makan mestilah kenyang, mana ada orang lepas makan lapar DUHHH~), Unc. Hatta bawa aku dan Aunty Z singgah di satu kedai yang menjual jenama kasut terkenal, Dr Marten. Banyak juga yang cantik tapi memandangkan tak ada saiz aku, jadi hasrat untuk membeli tu terpaksalah di lupakan… PLUS aku bukannya mampu nak beli kasut mahal tu hahahaha. Onwards ke Jalan Pisau!

Selepas beberapa ketika dekat jalan Pisauni, aku dengan Aunty Z decide kita orang nak bergerak ke HRC Ueno ,di Ueno Station. Kita orang plan untuk berjumpasemula di Akihabara kemudiannya. Sewaktu tengah nak mencari jalan untuk pulang ke station dan terjumpalah papan tanda “Asakusa station = 1000 meter” satu kilometer wei!!! Aku rasa dekat Asakusani saja dah berjalan almost 4-5 kilometer hahaha. Kuruslah aku yang sememangnya kurus.

Asakusa > Ueno , 170 yen , GINZA LINE

Ueno ini terletak tidak jauh dari Asakusa. Sampai sahaja dekat Euno, kita orang tersilap EXIT rupanya, kita orang keluar mengikut stesen metro. Sewaktu dalam stesen metro tu aku berpusing -pusing dalam stesen mencari Hard Rock Cafe, Aunty Z cakap takkanlah HRC dalam stesen, tapi mengikut bacaan aku memang dalam stesen. Jadi apabila keluar sahaja dari stesen, aku terus tahan, eh bukan tahan, aku bertanya dengan dua orang budak perempuan jepun yang berpakaian seragam sekolah. Dia orang berdua bokbekbok dalam bahasa jepun sambil memegang iPad aku. Dalam ketika tu aku try juga nak tangkap apa yang dia orang cuba sampaikan. (Dulu pernah tengok Naruto drama Jepun, jadi dapat juga lah tangkap kan)

Apa yang aku dengar                    Apa yang di translate dalam otak aku

“Chutto matte,”                              = Tunggu Sebentar

bla bla bla bla bla                           = bzzzzzzzttt bzzzttt bzzttttttt (bunyi radio tengah tukar frekuensi)

“A, So Desu Kah”                            = Oh, I see

bla bla bla                                         = bzzzzzzt bzzzt bzzttttt ( bunyi radio bila masuk dalam terowong)

“Atre, atre,”   = Alien ke? HRC dalam bahasa jepun ke? Takkan Yippa- Yippa Andele Andele , itu Speedy Gonzalez :-)

Dia orang asyik sebut perkataan yang last tu banyak kali , aku dalam hati, ” apa benda atre atre ni?”, lepas tu dia tunjuk – tunjuk ke seberang jalan. Masalah bahasa betul, jadi kita orang pun berpisah jalan dekat sini, terima kasih ye pelajar jepun yang comel. Lepas dah menyeberangi jalan tu, memang nak tergelaklah aku,  rupanya Atre ini nama Shopping Mall (alah macam Jusco, Isetan)  across dari exit kitaorang tadi, tapi memandangkan dari Exit tu tak nama pun ATRE ni, mana lah nak tahu. Tapi itulah malu bertanya sesat jalan, rajin bertanya tapi tak faham bahasa pun boleh sesat jalan juga. Dah dkt dgn Atre, barulah nampak Euno station yang terletak bersebelahan dengan Atre. Dari luar station dah nampak Logo Hard Rock Cafe, haaa kan betul memang HRC dia dalam station ok!  Rock Shop berada bersebelahan dengan Hard Rock cafe.

Bermulah aktiviti yang melayangkan duit. Memang tak perasaan sewaktu sedang membeli, bila balik ke bilik dan aku kira balik, terkejut juga terus aku tanam dalam hati “fadli 10000 yen tu rm300 bukan rm100 ye bang~~” actually tak ada tanam dalam hati je, aku tweet juga benda ni HAHAHA! . Pekerja japanese dekat Hard Rock ni boleh tahan kemas juga Englishnya, tapi  ada satu pekerja ni, muka orang putih tapi English dia kurang, tapi bila cakap japanese Superb macam keretapi laju Shinkasen. Confuse aku untuk beberapa ketika, mungkin dia kulit putih tapi bukan roang english atau dia mix japanese dan mak dia kurang praktis dengan dia cakap bahasa english, agaknya laaa. Since masih awal, kita orang berhenti sebentar dekat Starbucks Cafe di Atre, nak recharge energy, tapi sedih sikit, Starbucks Euno ini takde wifi T_T.

8

8a

8b

8c

Ueno > Akihabara , 170 yen , Hibiya Line, Exit: Electric Town

Dari Euno, kita orang bergerak ke Akihabara. Masa tu lebih kurang pukul 7 -8 macam tu, menurut Unc. Atta , pemandangan waktu malam dekat sini agak havoc dan happening, yelah since Akihabara ni di beri nama Electric Town sebagai nama jolokannya. Tapi time aku sampai, banyak pula kedai dah tutup, hampa sungguh.

Akihabara ini tempat apa? You name it, action figures, video games, cosplay costume, gadgets, cameras, go pro, accesories telefon, iphone, ipad, tablet semua ada wei!! Memang rambang mata di buatnya tapi setakat rambang mata jelah, poket nipis je bang. Kebanyakan benda yang aku sempat usha sambil lalu dekat sini, memang kebanyakannya murah dari Malaysia, Gopro lebih murah 2-3 ratus di sini, game ps4 baru RM110 je. Heaven sungguh kalau anda tergolong dalam peminat gadget. Kita orang hanya sempat beli barang Ameer je dekat sini, aku pun terjebak juga beli sikit, nasiblah duit tak banyak, kalau duit banyak, lagi banyak barang yang aku beli. Thank you kepada duit yang tak banyak, thank you so much. Dekat sini sempatlah aku beli  si  danbo yang comel tu. Tempat ni, macam manalah yang aku nak explain, they really trigger the inner child in you haaa gitu.

9
Kawaii!!

9a

9b

9d
Kedai tutup mari balik!

9c

Akihabara > Shinjuku , 170 yen

Belum puas aku pusing, kebanyakan kedai dah start tutup around 9 o clock, sedih betul, takpelah, baru first day nak tawaf Tokyo inikan. Balik semula ke Shinjuku, sempatlah aku singgah beli tumblr dan mug Starbucks, sempatlah juga memesan macchiato panas utk bekalan. Actually aku nak kumpul card starbucks , alang – alang dah reload card tu takkan nak bior je duit dlm tu, rm30 kot. Sewaktu di ueno tadi, aku dah ambil bentuk tokyo tower, kali ini aku amik yang ada gambar bird. Yang gambar bird ni dia special sikit sebab card ini untuk membantu mangsa bencana alam, kira reload 1000 yen dia akan ambil 100 yen, untuk charity, apa salahnya kan. So dapatlah aku card bebird tu. Starbucks dekat Tokyo ni mahal sedikit dari Malaysia.

Di Shinjuku, kami singgah makan di kedai turki, Cankaya, tak tahu lah kenapa Can Kaya, sama ada nak bagitahu nama dia Can dan dia kaya, , atau sama ada dia sedara mara Shin Chan, atau pun nak kata ada Can dia nak jadi kaya. Pilih lah mana satu. Dekat sini, tokey dia yang turkish tu selalu ambil pembantu dari budak universiti yang berbangsa jepun tapi pandai cakap english, jadi kita tak ada masalah nak minta order dengan dia hehehe.

10

10a

10b

10c

10d

10e

Ok dah kenyang semua? Mari pulang ke Hotel!

11
Danbo activated!

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

23 Comments

Leave a Reply
  1. Radin Fadli.. kalau i nak beli camera kat sana you suggest tak.. Ada yg cakap bahasa dlm camera tu semua bahasa jepun..so susah nak faham.. n warranty tak cover luar jepun..

  2. susah gak klu deme x reti bhs inggeris . dah mcm ayam ckp dgn itik lak … halal bkn setakat x de babi tapi sembelih ke idak … teringat kwn citer ahli groupnya bawa beras dr malaysia … adehhh

  3. gigih baca panjang2 ni.. ihihi..
    betul.. definisi murah tu, berlainan bagi setiap orang.. haih.. tetiba teringin nak makan sushi,

  4. RR…tahu tak RF tu apa..RAdin Fazli hhihhi..pesal JM x tahu akan kewujudan blog ni..kalau x dh lama terjah :-)

    Memula pelik gak..pesal cakap souviner di nakamise treet tu MRUAH..sekali baca sampau habis ahahaha…mana da MURAH sbb JM pun x beli kat sini…MAHAL!!!!

    ishh..byk jugs entri yg perlu khatam nih

    • Wah JM terjah blog saya lah! Radin Fadli tu, kesian D kena tukar jadi Z. Blog ni blog pemalu JM, dia nyorok je.
      Murah untuk bebudak tadika tokyo, mahal bagi saya T_T!
      Sikit je entrinya JM hehehe

  5. dialog translate xley blah kannn ahahahaha!
    jepun mmg mahal eh? brp average meal expenses per day kt sne aritu?
    pg td br discuss dgn ofcmate psl average expenses for meals, blanje sane sini dkt jepun. mahal gile rase mcm nk menangis. belum pegi lg dah menangis dlu dah tsk.

    erm baru tau robot kepala kotak tu name dia danbo. kbye.

    • hehehe, nak tangkap gambar dia orang tak bagi pula. Agak mahal, especially transportation. Jadi kena rancang betul – betul nak ke mana dan ke mana. Tak pun beli pass (which gonna cost you dalam rm900 tak silap) untuk 7 hari. Makanan standard macam 15 ke atas, tapi ada satu temmpat di shin okubo, satay baru 3 ringgit dan satay dia gemuk gemuk hehehe.

  6. pasal sup tu, kalau tak yakin, takyah lah order. ada senior kat sini pernah cakap, kalau nak order tomyam ke sup ke pape, elakkan. pernah sekali tanya, tomyam tu ada air rebusan babi. dan itu penyedapnya jugak T_T

        • Tapi applicable je rasanya kat negara yg tak banyak restaurant halal :) Kadang2 rasa serba salah nak tanya ingredients makanan tu, tapi kalau rasa was2, tanya je. Macam senior sy tanye owner kedai, “Wow, the food looks delicious, do you mind to share how do you make it?” Walaupun tu tomyam seafood T__T

          • Itu yang kena banyak buat research sebelum makan dekat sesebuah kedai, mengikut unc saya, dia dapat info yang sesetengah kedai turki tak halal. Dan mengikut bacaan saya, ada sesetengah kedai turki yang menjual kebab ayam halal, tapi yang daging tidak. Daging itu di import dari australia (halal) , tapi bila bawa masuk ke sinidia macam di proses dengan item yang tidak halal. Saya tak ingat baca dari site mana, tapi itu pengakuan dari tukang jual sendiri.

  7. Kappabashi Town tu memang banyak jual kitchenware. Xsempat singgah haritu walaupun sepelaung cuma. Sobs. Starbucks kat Jepang bukan mahal sikit, tapi mahal banyak. Nanti kalau gi lagi, nak rembat GoPro lah kekonon nye.

    • hahaha, Bibie minat kummpul pisau ke? mcm mcm ada. Starbucks? memang mahal, tapi bila minum time musim sejuk, priceless, nak beli GoPro? tapi warranty dalam japan je

  8. Seronoknya dapat berjalan ke negara orang.Bila ke negara orang,barulah kita akan dapat membandingkan dengan negara sendiri.

    Seronok dan bagus mana pun negara orang,lebih baik dan bagus negara sendiri.

    I LOVE MALAYSIA ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip Ke Tokyo lah Kita bhg. 1 Cara Mudah dari Haneda ke Shinjuku

Trip ke Tokyo lah kita bhg 3 Shin-Ōkubo , Harajuku (Takeshita Street), Omotesando