eyes on me Travel

Trip ke Tokyo lah kita Bhg. 9 (Akhir) Shinjuku

Written by Radin Fadli

Uhuk Uhuk.

Berhabuk dan bersarang dah blog ini sebab lama tak update. Jadi tanpa melengahkan masa, kita teruskan sambung entri hari terakhir. Tak banyak pun benda yang boleh di ceritakan untuk hari terakhir aku di Tokyo. Walaupun, flight pulang kami pada di sebelah malam hari, tapi sebab typhoon yang tengah on the way ke arah Tokyo membantutkan perjalanan untuk meneroka tempat yang jauh dari hotel. Tak berani nak take the risk kalau stuck dekat mana – mana nanti. Jadi Aku dengan Aunty Z  membuat keputusan untuk berlegar-legar di sekitar Shinjuku.

Selepas check out, kami terus menuju ke Hotel KEIO untuk menyimpan bagasi. Untuk pengetahuan dari hotel KEIO ini ada Shuttle bas untuk ke Haneda, jadi tak perlulah nak turun naik train untuk ke airport.

1Dari pintu hadapan lobi, terus sahaja berjalan menuju ke pintu belakang hotel. Ada mesin yang macam dekat bawah ini, tapi kita kena buat reservation terlebih dahulu untuk mengetahui tentang status bas, jadual perjalanan dan kekosongan tempat duduk.

2Dah selesai beli tiket, settle. Pastikan simpan betul – betul kedua – dua keping tiket dekat bawah ni. Yang berwarna biru itu nanti kita akan gunakan untuk tuntutan bagasi.

3

Selepas selesai menghantar barang dan bagasi ke KEio, kami menuju ke restaurant karachi. LAnd mark paling senang nak cari restaurant karachi ini adalah hotel ibis.

4

Aku tertarik dekat gajah tu. Mungkin dia nak cakap, gajah tak boleh buang sampah di merata – rata. Atau tak ada gajaha akan pungut sampah yang kita buang.

5

6

7Nampak tak hotel ibis tu? ok kita tak makan dekat hotel tu ye. Koyak. Kita jalan dekat lorong sebelah kiri tu. Jalan terus sampailah kita bertemu dengan papan tanda dekat bawah ini.

8

9

10

Macam nak masuk ke dalam ofis gangster kan? KAHKAHKAH

10a

10b

Makanan dekat sini boleh tahan, cuma harga dia jelah yang memang tak berapa nak tahan kan. Nasiblah waktu aku pergi ni yen tengah turun.

1

2

3

Kalau ada yang nak tahu harga dalam Ringgit Malaysia , darabkan (harga x 0.029).

4

Nasi Briyani Ayam

Aku hanya ingat nasi briyani ini lebih kurang dalam RM60, makanan yang di bawah ini tak ingat pula harganya berapa. Ada aku simpan resit tapi malas pula nak mencari. Nanti awak tengok sahajalah harga dalam menu tu ye? penat saya tangkap gambar menu awak tak nak enlarge dan baca. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh emailkan ke radinfadlitech@yahoo.com. Jangan anda semua email nak book tempat untuk dinner malam ini pula, itu memang minta di baling dengan bunga serta pasunya sekali.

5

6

Dari Karachi kami pusing pusing di dalam subway. Kenapa pusing -pusing dalam subway? sebab dalam subway dia ada Shopping Mall kawan – kawan. Ketika sedang berpusing-pusing di dalam subway, kami pun mengalami apa yang bakal di alami oleh setiap traveller, terhilang arah seketika. Pusing punya pusing , sampailah ke EXIT Shinjuku Gyomae, bukan main jauh kami terkeluar hahaha. Keluar – keluar sahaja terus jumpa Muji. Aunty Z singgah sebentar di Muji. Aku cuma duduk di luar kedai sambil hisap rokok, (yeah right~).

Dalam tengah berjalan-jalan tu, kita orang terserempak dengan satu gadget ni. Tak tahulah kalau dekat Malaysia dah ada tapi aku tak tahu. Dia orang ada troli beroda yang boleh turun tangga. Tiada lagi sakit – sakit pinggang selepas ini hehehe. Aku rakam video, so dengan kemalasan yang ada untuk mengupload, aku tunjuk satu gambar dekat sini.

mesin

Tiada lagi sakit otot pinggang nak memunggah barang

Tiba-tiba langit makin mendung dan hujan mulai turun, apa lagi berlari (tak adalah berlari, tapi speed macm lumba jalan kaki) kami menuju pulang ke arah KEIO. Tapi memandangkan KEIO tak menyediakan kemudahan internet (untuk bukan penghuni), kami singgah di Kadoya (again) lepak dekat lobi sambil meminjam pakai (tak curi okay?) wifi mereka. Dah tahu kata laluan jadi tak menjadi masalah untuk bypass security. Bila hari dah semakin petang , kami terus bergerak ke KEIO. Bas yang di sediakan sangat selesa dan memandangkan tidak ramai orang yang ingin ke lapangan terbang jadi bas kosong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

4

5

Sampai di Haneda, kami duduk lepak di balai berlepas. Aunty Z dapat kenalan baru, semua aunty aunty japanese yang peramah. Dia orang dalam perjalanan nak ke jerman tapi terkandas di airport sampai besok pagi. Mak aih, ganas juga typhoon ni.

Aku menggunakan kemudahan internet di airport untuk mencari Starbucks , yelah masak duduk dekat airport dari pukul 6 lebih nak menunggu malam. Usha punya usha, Starbucks cuma ada di terminal perlepasan domestik. Memandangkan masa masih banyak, jadi aku terus ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan info macam mana cara nak pergi ke sana. Ada dua cara sama ada menaiki train (berbayar) atau naik shuttle bus (free), Jadi aku yang maha banyak duit ini semestiya aku naik yang FREE KahKahKah. ROTFL

Nak menggunakan perkhidmatan shuttle bus ini senang sahaja. Ada 2 jenis bas yang berlainan, 1; domestik ke domestik, 2;domestik 1 ke international ke domestik 2. Jadi, pastikan anda menaiki bas yang betul. Tiba sahaja aku di lapangan terbang doemstik, aku merasa kekurang acian (kau jangan buang tebiat pakai perkataan ini dalam karangan bahasa melayu atau surat rasmi) , sebab dekat sini ada pusat membeli – belah rupanya.

Memang jauh meriah kawasan di sini jika hendak  di bandingkan dengan di penerbangan antarabangsa. Memandangkan masa tak banyak, aku terus menuju ke Starbucks. Hajat di hati nak beli tumbler, tapi aku balik dengan 15 mug starbucks (Aunty Z) minta belikan. Sewaktu aku sedang mengambil mug dan meletakkan mereka (mug guna mereka boleh ke?) ke kaunter, pada permulaan 3 mug dia orang dah ready nak scan dan kira, tapi bila dah nampak aku ke hulu ke hilir ambil dekat 8 biji, masing – masing senyum, dan terus hulurkan bantuan. Nasib baik pekerja dekat sini bahasa Inggerisnya boleh tahan. Bukan apa, kalau dia cakap bahasa Jepun pun tak ada masalah, cuma aku jelah yang tak faham.

1

Rak kedua, belah kiri. Itu adalah tumbler yang rare yang di cari oleh semua pengumpul tumbler. Hanya boleh di dapati di Haneda Airport Penerbangan Domestik.

2

3

So aku dapat berkeping- keping kupon air free dan kelebihannya,  kupon ini tak ada tarikh luput. Jadi kalau sesiapa yang nak minum free, silap telefon saya. ASAP. *Cuma boleh digunakan di Jepun, kalau nak claim dekat Starbucks Malaysia memang tak dapat lah cik..

4

Semua dah siap di bungkus. Dan aku ketika ini , saat ini, sedang memikirkan macam mana aku nak bawa balik semua mug dengan tumbler ni. Perlu diingatkan yang aku masih mempunyai sebiji tumbler yang berisi air…….

Dalam perjalanan hendak pulang ke terminal penerbangan antarabangsa, aku yang dengan sarat membawa mug dan tumbler (rasa dah macam jadi supplier starbucks jepun pula) tersalah naik bas pula. Jadi, hendak tak hendak, terpaksalah aku berpusing satu round KAHKAHKAH. Bas yang aku tersalah naik ini, ia akan lalu juga dekat kawasan international departure tapi dia tak masuk ke dalam ke terminal untuk berhenti. Tidak mengapa, pusing pusing dalam hujan pun apa salahnya.

5

Jangan naik yang atas, naik yang bawah ini baru betul. Tapi apa salahnya pusing-pusing dalam kawasan airport Haneda ni kan? mana tahu nanti akan ke Hokkaido, sekurang-kurangnya dah tahu selok – belok dan sistem pengangkutan dekat Haneda airport ini. * Bro positif tahap masa akan datang yang kononnya bakal datang Jepun dan bermain salji di Hokkaido KAHKAHKAH Grin

1

6

Sampai saja di penerbangan antarabangsa, kami bergegas untuk mengisi mug ke dalam bagasi dan beg sandang. Sampai sahaja di kaunter check in, muatan terlebih pula. Katanya beg sandang aku macam nampak berat, bila timbang 7.2 kg ARGHHHHHH , so satu beg yang aku tengah pegang kena masuk dalam kapal. Strict sungguhlah, nasib baik aku ada beli extra berat semalam. *extra berat untuk bagasi, bukan untuk lemak badan, jangan salah faham gaiss~

Sewaktu menunggu, tak ada apa sangat yang boleh di buat dekat dalam tu. Mula-mula aku ingat nak habiskan yen yang ada, tapi yen yang ada tidak layak untuk di habiskan. Haaa, pelik tak ayat tu? aku baca balik pun, bunyinya pelik. Maksudnya, yen yang aku ada tak cukup pun nak beli barang- barang dalam airport, mahal bukan main. Flight kami delay lebih dari satu jam akibat typhoon yang melanda, di sebabkan angin makin kuat. Dalam hati aku, biarlah delay asalkan semuanya selamat. * Jadi kawan-kawan, kalau flight delay, janganlah marah dan minta bersabar, sabar separuh dari iman, kalau hilang sabar, hilang dah iman kau separuh kan?

2

Nak tengok konsert Ed Sheeran konon

Sewaktu di dalam kapal terbang aku boleh nampak betapa kuatnya angin dekat luar. Kaal terbang pun boleh rasa bergoyang-goyang akibat tiupan angin. Kali ini aku tak duduk dengan Aunty Z, aku duduk sebelah seorang Japanese yang sangat mesra. If only, language barrier isn’t a main problem, I guess we will be talking for hours throughout our journey.

1

I think I’m losing my mind

6 jam 30 minit kemudian, Alhamdulillah berjaya tiba di Malaysia dengan selamat dan sekeping ( safe and in one piece). Maaf sekiranya entri kali ini membosankan sedikit , sebab aku tak tahu nak tulis apa dah. Sepatutnya hari terakhir ni,  kami boleh cover atleast satu tempat lagi tapi nak buat macam mana tiada rezeki. Semoga berjumpa di entri yang seterusnya. Kali ini ke Jakarta lah kita Grin

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

27 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: