Trip ke Seoul (2) Strawberi dan Salji November 2013 part 5 (finale)

Lama betul nak habiskan entri di Seoul, mungkin sebab aku tak sanggup nak lepaskan bandar ini pergi. (Drama melayu sangat). Entri kali ini mungkin panjang sikit , sebab aku nak gabungkan dua hari yang terakhir sewaktu aku di Seoul. Jadi mari kita mulakan cerita kita.

Misi pertama pada hari minggu 17hb November 2013 adalah berjalan di kawasan mewah apjugeong rodeo, dalam erti kata lain area Gangnam. Sepupu aku, Iryana yang beria nak datang tengok area kawasan mewah ini, yelah mungkin kalau bernasib baik dapat jumpa Lee Min Ho shopping stoking dekat LV ke, Lee Hyori beli kasut tumit tinggi dekat Burberry ke, atau Top nak beli celak dekat Ferrogamo, manalah tahu kan?

Kita orang keluar masa tu dah tengahari tapi cuaca dia , sejuk bukan main, tambahan pula dengan angin yang berbahasa kasar ( bukan angin sepoi sepoi bahasa arachi? araso? bagus~) Si iryani tinggal di rumah, mungkin keletihan dan kemengantukan dari perjalanan semalam. Perjalanan dari Wangsimni ke Apjugeong Rodeo hanya satu stesen sahaja.

Setibanya dekat sini, memang betullah ini kawasan mewah sebab bersepah jenama terkemuka di kiri dan kanan jalan. Tapi satu benda yang agak pelik, sebab kedai dekat sini kebanyakannya masih tutup, dan tak silap aku time ni dah pukul 12.30 tengahari. Takkan tutup pula , nak -nak hari ahad. Sempatlah aku menangkap beberapa keping gambar sebelum kita orang masuk minum dekat Starbucks yang berhampiran. A cup of coffee in 4 Celsius environment is heavenly experience okay.

 138

139

140

141

142

143

144

145

Dah habis mundar mandir dekat area gangnam, kita orang pun bergeraklah ke destinasi seterusnya iaitu Myeongdong. Singgah kejap dekat Wangsimni nak ambil si Iryani. Kemudian kami terus bergerak ke Myeongdong. Tujuan datang ke Myeondong ni sebab nak belikan album untuk kawan-kawan yang pesan. Dekat Myeongdong ini albumnya agak murah berbanding dengan kawasan Hongdae (ini daripada apa yang aku baca dari internetlah, kalau internet tipu, aku pun tipu sekali).

146

Bila sampai Myeondong tu korang boleh ambil exit 5 dan exit 6, lepas keluar je dari stesen, korang akan sampai dekat underground mall.

147

Kedai yang album tu ada dekat sini, masa aku pergi ada dua orang mamat korea yang jaga kedai. Jadi berdasarkan pengisian yang aku baca dekat internet betul dah tempat ni. Album yang member aku pesan adalah EXO dan TeenTop. Dia punya berat, Allah jelah yang tahu (mostly bagasi aku berat dengan album balik trip kali ini, kawan punya pasal no hal).

148

149
EXO milik cik Mili

Yang menarik minat aku dekat sini adalah topi ironman tapi harga dia agak mahal juga. Jadi aku decide nak fikir dulu before beli. dah habis pusing dekat bawah mall tu, kita orang pun pusing – pusing dekat area Myeongdong.

152

153

154

155

156

 Selepas berpusing-pusing , kita orang terus bergerak ke Itaewon untuk santapan makan malam. Tak makan pun lunch lagi kan, jadi perut sangatlah lapar. Hari ini kita orang balik awal since suhu makin lama makin sejuk. Jadi hari ini di akhiri dengan kebab yang lazat MR KEBAB Itaewon.

157

Mengikut rancangan asalnya kita orang nak simpan bagasi dekat airport dan patah balik semula ke Seoul untuk keesokan harinya. Tapi aku rasa agak membazirkan masa, jadi timbul lah satu idea yang bernas iaitu ,kita orang sewa satu bilik untuk malam terakhir hanya untuk letak bag, jadi bolehlah habiskan masa untuk bersiar-siar dekat Seoul sementara menunggu train terakhir. Satu malam baru 23ooo Won , lebih kurang rm70.

Jadi kita tiba hari yang terakhir di Seoul. Hari ini kita orang menghabiskan masa dekat area Myeongdong dan Namdaemun, nak beli barang-barang yang di pesan oleh teman-teman. (Tambahan 5 biji album EXO untuk aku hari ini). Sebelum bergerak menuju ke Namdaemun aku sempatlah membeli buah strawberry. Buah dia besar -besar dan manis. Satu bekas aku beli 3000 Won memang worth every penny.

Strawberry

 Sampai di Namdaemun market, sempatlah usha baju sejuk, semua baru 10000 Won. Tapi cuaca yang sangat sejuk, macam membantutkan usaha aku nak menyarungkan baju. Bayangkan nak zipkan jaket pun aku tak berapa nak mampu akibat tangan yang dah kebas. Tiba – tiba turun cebisan – cebisan habuk yang berwarna putih. Mula-mula kau ingat habuklah, then makin lama , makin tebal. So aku macam, ” eh , salji lah” tapi sepupu aku semua were like ” mimpi ke? ada ke salji pula” . Then, it happened.

159

Salji betul-betul turun. Masa tu, aku memang manusia paling excited lah. Ingat dapatlah ber autumn in my heart di Korea, last -last winter Sonata pun dapat. Allah is Great, memang tak patut salji pun sebab pertengahan november, tapi dengan kekuasaanNya , dapatlah rezeki aku menikmati salji. Patutlah tangan nak kebas, aku check suhu -2 celcius kot. Apa -apa pun happy mode on. Allah makbulkan juga nak bagi jumpa salji.

160

161

162

163

lepas dah seronok bersalji , kita pun terus bergerak untuk membeli topi dengan baju. Sempatlah juga aku pergi beli baju runningman sehelai. Mula-mula yana nak beli then aku pun terikut nak beli sekali, bagus ada yana boleh dapat murah hahaha. Aku sempat juga beli sarung tangan baru memandangkan sarung tangan kulit aku tak membantu dalam cuaca begini. Sarung tangan aku yang baru ni, b oleh guna iPad terus ok.

165

166

Hari ini kira last minute shopping day. Lepas dah siap-siap beli barang kita orang terus menuju ke Itaewon, hari last aku nak makan balik dekat Muree , bulgogi dan kimchi terakhir =( .Lepas makan tu terus singgah starbuck nak claim free drinks, terus bergerak ke kedai Pasha untuk bungkus kebab. *jangan main kau dekat Seoul pun claim starbucks okay hahaha

Balik ke 2c house dalam pukul 8 malam. Terus mandi dan  bersiap – siap. Tadi kan aku tulis, kita roang sewa satu bilik je, tapi takde satu biliknya kitaorang pakai the whole house masa nak bersiap tu. Nasib baiklah Mr Lee baik hati dias bagi guna. Terima kasih Mr Lee, nanti jumpa lagi.

167

168

Pukul 10 malam , kita orang dah dalam train menuju ke Incheon International Airport. Sedih betul rasa nak tinggalkan bandar Seoul :cry: .

169

Sampai je dekat Incheon airport, misi mencari tempat yang seronok untuk landing. Satu benda yang korang tak perlu risau kalau tidur dekat airport Incheon ni adalah keselamatan dan kebosanan. Sebab apa? Security guard ada merata-rata tempat, dan kenapa takkan bosan? internet ada, tempat charge USB pun ada, memandangkan aku ada kebab , biskut dan strawberry, setakat nak tunggu 6 jam takde hal lah.

170
Strawberry ni aku beli dekat Subway on the way nak Incheon, 8000 won lebih kurang RM25
171
Kebab Daging Pasha, beli dekat Itaewon 5000 won lebih kurang RM16
172
Homeless Oppa/Hyung

Sampai airport pukul 10 lebih, borak-borak dah pukul 12.30 malam, main internet sampai pukul 2 pagi.Aku tidur sekejap, bangun pukul 4 lebih sebab kesejukan yang amat sangat. Serius sejuk kalaulah dapat selimut memang heaven. Sebab kaunter buka pukul 6 pagi, aku sempat solat subuh dulu sebelum beratur dekat kaunter. Flight menuju ke Malaysia tercinta bertolak pukul 9 pagi. Jadi, tamatlah sudah trip aku ke Seoul , harap dapat berjumpa lagi kalau ada rezeki, insyaAllah.

173
Goodbye Seoul, until we meet again. Please ignore those posters that I had in my bag. LOL

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. last day kiranya penuhkan masa dgn xtiviti shopping lah ye..

    Untung badan..pegi pertengahan Nov ada salji turun…kalau early Dis mesti salji turun dgn lebat kan..

    1. Itulah, saya tak sangka boleh turun salji. Its the first snow, and kalau saya ada di area Hongik, Runningman tengah shooting dekat sana time ni dekat kedai HaHa T_T

  2. baca entry ni buat rase nak pegi lagi.next time xboleh harpkan adik sbb dh grad..autumn season mmg best ;)

  3. baca post trip korea abg Pae ni terus rasa nak gi street cafe (korean street food)…wuuu bestnya dia jenjalan… ;D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »