in , ,

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan hari jadi adinda ku, Iq. Kedai yang menjadi pilihan, Shin Nihon, Desa Sri Hartamas.

Shin Nihon merupakan restoran yakiniku, yang membawa maksud “grilled meat” atau daging panggang. Shin Nihon ni berasal dari Tokyo dan kita sangat bernasib baik sebab sekarang dah ada di Kuala Lumpur.

Tiba hari yang di nantikan, kami pun sampailah di Shin Nihon yang terletak di Desa Sri Hartamas. Satu benda yang aku kurang minat, tempat letak kereta kawasan ini sangat payah. Jadi kenalah bersabar, berpusing – pusing mencari parking.

Sampai di pintu restoran, kami di sambut dengan meriah. Pekerja di sini sangat ramah dan ringan tangan untuk membantu dari segi menjawab pertanyaan. Mereka juga boleh tolong masak kan untuk kita kalau kita mahu.

Kalau memasak daging, always, always go for Medium tahu?

Terdapat pelbagai jenis menu yang di tawarkan. Peringatan, kedai ini memang menawarkan kedai daging , jadi kalau anda mencari makanan laut mcm udang, ketam, atau ayam memang takde di sini. Datang ke sini, wagyu mestilah menjadi pilihan hati.

Terdapat dua jenis wagyu, dari Australia dan Jepun. Sila pilih Jepun. Daging Wagyu Jepun ni sudah cukup sedap , memandai dengan tambah sedikit garam sahaja, berbanding wagyu dari Australia yang selalunya memerlukan bahan perapan lain.

Wagyu: “ Wa” = Japanese , “Gyu” = Beef

Kepada yang tak tahu, wagyu ni harga dia agak tinggi di sebabkan kualiti daging tersebut. Kalau makan, dia punya kesan melt in your mouth tu memang perghhh orang kata, susah nak di gambarkan.

Adakah daging di sini halal? ya. Daging wagyu sebelum ini dimport dari Australia sahaja, walaupun wagyu berasal dari Jepun. Sejak syarikat bumiputera, AAH Nippon Sdn Bhd membuka jalan untuk mengimport wagyu asli dari jepun yang di sembelih mengikut syarak, kita beruntung dapat merasa sendiri wagyu di Malaysia. Nak pergi jepun, entah bila dapat merasa kannnn? Next target, Kobe Beef di Osaka 👀.


Anda boleh pilih untuk makan secara ala carte atau boleh pilihan mengikut berat. Pada mulanya, aku plan nak order Premium Funa Mori , tapi risau tak habis (maklumlah, sekarang tak makan banyak 🙊) kita order Premium Nihonbashi Mori saja.

Premium Nihonbashi Mori 600gram

Untuk tambahan, kami order Yama Mori Kale Salad, dan Fried Potato dan dua nasi.

Yama Mori Kale Salad
Fried Potato

Rating? boleh bagi 5/5. Melt in your mouth punya feeling memang terbaik. Yama Mori Kale Salad dan Fried Potato pun boleh tahan.

Ada satu bahagian, Lean Cut, aku ingat kena potong dulu before grill, rupanya kena grill dulu before potong.Nasib baik staff dia datang tolong grill dan potongkan untuk kami. Kalau bagi aku buat tadi, memang rosaklah daging tu 😂.

Shin Nihon till we meet again. 

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur