in , ,

Phuket! Summer Vacations (1)

June 2014

“Ingat nak pergi bercuti sempena Ameer cuti semester,  tapi nak pergi mana eh? Bali ke Pattani ke? Tapi Bali dah pergi hurmm” Ujar Aunty Ita aku ketika aku sedang meneguk macchiato kegemaran.

Borak punya borak, selepas beberapa ketika, dia pun cakap “ Phuket lah, tempat cantik, hotel pun cantik “.

Untuk pengetahuan, aku sebenarnya tak ada perancangan pun nak ke luar negara selepas trip mengejar sakura terpaksa di batalkan bulan lepas. Ahh tak kira, insyaAllah, tahun depan boleh rancang balik trip mengejar sakura.

Ada dua sebab yang aku yang aku kurang sikit dengan idea untuk ke Phuket. Pertama, sebab keadaan di Thailand yang aku dengar agak tidak selamat berikutan masalah politik. Kedua , aku bab – bab pantai ini macam ‘kureng’ sikit, don’t get me wrong, bukan tak suka laut, mungkin sebab aku tak berapa minat aktiviti pantai dan pantai berada sepelaung je dari rumah aku. Plus, we are going to be in Phuket for atleast 5 days * dah shorten jadi 4 hari anyway.

*sepelaung = nak bagitahu pantai punya dekat kalau aku dekat rumah kau jerit dari pantai boleh dengar kononnya.

Lepas di pujuk berkali-kali, aku akhirnya membuat keputusan,  “why not? Give Phuket a chance, tak kenal maka tak cinta …. Choiiii~” Kemain kan? Jadi aku pun setuju lah nak pergi. Aku rasa inilah trip yang paling cepat sekali aku buat, tak sempat nak buat apa –apa persediaan.  Rabu nak gerak Kuala Lumpur, Ahad baru beli tiket dan settle hotel segala.

Nasiblah juga aku ada rajin scroll instagram, usha aktiviti yang boleh buat dekat sana. Ada satu benda ni, tak tahulah apa benda nama dia, aku Nampak orang tu naik macam surf board/ skateboard/ papan dan ada air kuar bawah dia (waterjet?) lepas tu korang akan terapung atas udara. Haaaaa… entah bendalah nama benda alah tu, nak tanya mamat yang main tu, dia speaking Thai, memang aku setakat Sawadekap dengan Kap Kum Krap je lah yang tahu nya.

Ok, move on!! Panjang sangat permulaan entri, macam baca novel pula. Dah la novel aku tulis tak siap – siap. Lack of ideas and creativity (muka malu)

Pada permulaannya aku ingat nak tolong beli tiket dengan hotel je, itu yang aku ada some ideas mana nak tuju, tapi tak adalah itinerary full, kira aku bajet nak follow the crowd. Cuaca tengah panas dan elok,  dari duduk dalam bandar baik berpanasan di tepian pantai. Kekonon Summer Vacation lah, jangan pula buang tebiat pergi Seoul tengah panas macam ni pula *Sorry awak LOL. (wink)

Kali ini kita orang pergi ramai dari trip Seoul tapi kurang dari trip Shanghai. Lucky 7. Aunty aku yang gorgeous  2 orang, Uncle aku yang sporting sorang,  adik aku, Iq sorang, cousin aku Azwan dengan Ameer 2 orang. Orang – orangan atau scarecrow aku tak bawa. Ok, merepek, aku saja nak bagi panjang paragraph ni.

Pada permulaannya, aku ingat nak naik kapal terbang macam lagi senang, tapi fikir pula siapa nak menghantar pepagi buta ke airport. Jadi aku pun naik bas malam Rabu, lama tak naik bas and first time aku jejak kaki dekat terminal bas Kuantan, lawa okey. Bas stop dekat Pekeliling, depan Vistana Hotel.

bus

Uncle dan Aunty aku mai ambik dekat situ, sementara nak menunggu dia orang datang, sempat lah aku menunggu dekat lounge Vistana tu. Bell Boy tu dah siap sedia nak ambil beg dah, amboi, tak mampu lah saya nak tidur dekat hotel bang oii.

Within a few minutes , diaorang sampai, sempat lah singgah makan dekat Restoran Hokkaido dekat depan Vistana tu. Makanan dekat sini memang aku recommend dekat korang, dulu selalu juga makan masa duduk dekat Vistana ( masa kecik – kecik dulu dengan parents) ketam dia memang superb, tak tipu.

Ketam Masak Pedas

Honey Lemon Chicken

Roti sedap

Kangkung Belacan

Sesudah Subuh keesokan pagi,teksi datang ambil kita orang terus bergerak dari Ampang ke KLIA. Clear je jalan pagi tu, mungkin sebab awal lagi agaknya. Selepas dah siap check in, kita orang pekena breakfast dulu dekat Old Town White Coffee. Selalunya aku agak risau nak makan sarapan pagi, takut nanti perut buat hal dalam kapal terbang itu je. Memandangkan perjalanan ke Phuket tak adalah lama sangat, aku tibailah makan telur separuh masak dengan roti. Ni kalau sakit perut dalam flight, memang masaklah siapa masuk toilet lepas aku.

*Fyi tak pernah lagi memerut dalam flight okey? HAHAHA

1

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 17 minit, jadi secara rasminya tak sempat pun aku nak tengok cerita Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani sampai tamat. Bukan tak pernah tengok, tapi aku rasa cerita ni comel dan Lisa comel dan icon – icon tu comel dan Lisa comel  jadi tak boring tengok banyak kali. Eh? Asal Lisa mengalami redundancy dekat situ? Biarlah bukan nak ambil paper MUET pun.

MAS

Turun je dari kapal terbang  dan check out, terus je kami di kerumuni dengan tour guide yang macam semut, lepas dah dapatkan van teksi yang sesuai (yang penting harga, tak mahu jadi amcam kat Vietnam kena tipu dek teksi sapu), kami terus bergerak ke hotel. Untuk pengetahuan semua, kami menginap  dekat Avista Hideway Resort & Spa. Masa perjalanan dari airport ke hotel agak jauh,dekat 1 jam 30 minit juga kalau tak silap aku and plus van ni stop kejap dekat office dia, and ada pegawai akan tawarkan pelbagai pakej percutian kepada anda, pandai taktik promosi dia.

First impression aku pasal Avista ni? Stunning and breathtaking. * Kemain kan?  Memang terbaik sebenarnya walaupun permulaannya kita orang plan nak duduk dekat satu resort ni di mana kita own the Villa with pool!! Tapi tak jadi sebab dah penuh. Dan ini juga aku rasa kali pertama aku menggunakan kemudahan yang di sediakan di hotel  macam game room, tv room, pool, cuma tak sempat nak pergi gym, tak apa lah, nanti badan jadi sado, susah pulak orang panggil sado, dah lah sado tu singkatan kepada “BeSAr BoDOh”  tak percaya? Sila cari info berkenaan perkataan itu.

3

4

5

6

7

Selepas check in, jom kita tengok bilik.

Avista bedroom

Bed

10

Lepas siap berkemas, mandi kejap, solat jamak, kita orang terus bergerak menuju ke Jungceylon Mall menggunakan shuttle yang di sediakan. untuk pengetahuan anda, Avista ada menyediakan 2  shuttle service dari hotel ke bandar (Jungceylon Mall) dan juga ke pantai, sila dapatkan jadual dari receptionist. Jarak dari hotel ke Bandar menaiki shuttle lebih kurang 10-12 minit macam tu.

Avista Shuttle

*Kalau korang terlepas shuttle bas dan nak balik hotel boleh juga naik tuk tuk, tuk tuk charge 300 baht.

Sampai je dekat mall, kita orang terus menuju mencari makanan. Makanan pertama yang masuk dalam perut ketika di PHUKET adalah……. Drum roll!!! DUM DAM DUM DAM DUM DAM……  KFC! Yes Kentucky Fried Chicken. KFC dekat sini mempunyai sijil halal jadi tak perlu ragu-ragu nak makan.

Ruang legar hadapan mall

13
Air dia sebesar Big Glup 7 E

 Rasa dan rupa ayam dekat sini agak berlainan dari KFC di Malaysia, dan kalau di tengokkan harga pun mahal sedikit. Tapi dah lapar, syukur ajelah ada makanan kalau tak memang akan betul – betul makan angina sahaja. Di tengah tengah ruang legar luaran Mall ini ada juga kedai yang menjual kebab kalau sesiapa yang minat kebab boleh lah beli. Harga kebab paling murah 140baht, jadi kepada yang plan nak makan dekat luar, sila sediakan duit manyak- manyak sikit sebagai persediaan untuk di “potong leher” dekat sini.

Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk aku kenal pasti yang barangan di Phuket ni agak mahal kalau nak di bandingkan barang dan makanan dekat Bangkok. Mungkin sebab factor , “Tourist Attraction”, jadi for sure harga pun jenis harga ‘tourist”. Selepas makan, destinasi pertama kita orang pergi, Hard Rock Café Phuket.

Nak sampai ke HRC bukanlah jauh mana sangat, tapi kita orang yang banyak sesat jalan , tanya local, local pun salah bagi info. Tapi hari kedua, baru aku tahu sebab apa ada berlaku salah faham, dia roang ingat kita orang tanya kedai yang kat area Bangla Road yang mempunyai nama kedai yang sama.

Tiger in Phuket

Tiger Iong

Merah Merah Buat Abang Marah!!!

Family Mart pun ada

Bila travel, aku tak anggap pun sesat jalan tu sebagai satu kesulitan atau “kesesatan” aku kira macam kita ambil jalan lain nak tengok – tengok tempat orang, kadang kala bila ‘sesat’ nil ah yang kita jumpa tempat –tempat baru, tempat yang mungkin tak ada dalam entri, panduan, guide atau tour book. Jadi nasihat aku, enjoy ‘kesesatan’ mu itu, jangan tersesat agama sudah, masak.

HRC PHUKET

Van HRC

HRC

Pusing punya pusing, akhirnya sampai lah ke HRC, kalau nak sampai ke HRC tak susah, keluar je dari main door Mall, korang pusing ke kanan, straight je, ada signboard yang tunjuk berapa jauh nak sampai ke HRC. Yang banyak membeli belah dekat sini my aunties je.  Kami orang lelaki lebih selesa lepak minum di Hooters.  Terima kasih itasha, dah jumpa Hooters tu macam mana, Hahaha! (grin)

Hooters

Drink up!

Masa nak order minuman, aku rasa macam ralat je nak minum red bull sebab harga dalam 80-90 se tin, jadi aku minta mocktail. Be berapa kali dah cakap dekat waiter tu,no alcohol, ok?, dia reply “ sure, I will make sure of I”. Kawasan Hooters dan Hard Rock Café ni memang boleh agak kemeriahannya di malam hari. HRC ada live band as usual,. Dekat Hooters ni ramai yang datang tengok waiter, I meant tengok soccer , musim World Cup kan?

Selepas aunty aku settle membeli – belah dekat Hard Rock Café, aku mengambil sedikit peluang nak menjenguk kedai sourvenirs yang berada bertentangan jalan. Aku tak  adalah nak beli apa sangat, duit bawa pun ciput je, cukuplah nak beli fridge magnet utk mak dan nenek aku. ALgipun, Phuket ni aku rasa ramai yang dah pernah pergi, almost 80% rakyat Malaysia mungkin pernah gi. *mana dapat 80% tu pun aku tak tahu.

Kita orang bergerak pulang ke Jungceylon Mall. Di sebabkan  masa untuk shuttle tiba lambat lagi, kita orang singgah dahulu dekat Starbucks.  Mak aih! air kat sini mahal berbanding di tempat sendiri, strawberry cheesecake frap kalau di Malaysia venti baru rm17 dekat sini tall je dah 200 baht. Mencekik sungguh, tapi mencekik pun beli juga ye dok? Kes nak kumpul kad Starbucks edisi Phuket.

23

Tengah duduk – duduk tu kita roang fikir, dekat hotel tak ada air minuman dengan makanan halal better beli terus dekat sini. Jadi bungkuslah kebab yang mencekik tu (nasiblah kau sedap oii).

Habis bungkus makanan, kita orang bergerak ke supermarket nak beli air. Supermarket dia memang menarik, buah – buah di aku bagi tahu, di potong dengan menarik, even mangga pun kau rasa terliur nak makan. Tapi bare in mind, buah – buahan adalah pelawas yang paling elok, jadi sila elakkan makan buah kalau anda tak rela untuk membuat lawatan sambil belajar ke tandas . Cakap pasal buah teringat pasal Strawberry dekat Seoul, sedap wei, besar dan manis, takde erti kata masam langsung…. Takpe takpe, nanti jumpa lagi ye strawberry yang sedap.

Untuk pengetahuan aunty aku minat betul dengan botol coca cola, tak tahu lah kenapa. Mungkin hobi sebagai pengumpul botol agaknya. Tapi botol – botol dia orang collect cantik dan datang dari serata dunia.  Di sinilah berlaku suatu peristiwa yang tidak diingini. Tengah mengusha bahagian air, aku lah yang telah membuat penemuan botol coke edisi world cup, siap tulisan Thailand lagi, apalagi dia orang pun angkut lah semua botol coke tu. Literally, semua yang ada okey?

24

Lepas dah lama sangat dekat dalam supermarket tu, tak sedar yang time shuttle bus makin hampir, jadi masing –masing kelam kabut nak berkejar ke tempat shuttle van/bus/lorry,  aku dilanggar oleh troli yang di penuhi dengan botol coke tersebut.  Masa langgar tu , tak adalah sakit sangat, sakit lagi langgar bucu meja. Tengah aku nak berjalan balik baru perasan, kuku ibu jari dah berdarah dan terkoyak, menitik – nitik keluar darah aku yang berwarna merah keemasan, okey part emas tu tak ada. Kaget juga, terus pergi cari pemotong kuku. 70 baht, sekali lagi darah kena cekik! Nail Clipper benda sampai 70 baht? -_-‘

Terhencut –hencut juga lepas tu ketika berjalan, mungkin saraf – saraf sakit sudah mula berfungsi 100%, tadi dia tukar shift dari numb jadi active agaknya. Dia macam kalau ko baru lepas kemalangan , sakit tu jadi numb kejap, beberapa jam kemudian baru lah sakit tu datang. Aku tak upload lah gambar time luka tu, tak sempat nak snap, jadi gambar ni je ada.

25

Jangan pula tengok, kang tak lalu nak buka puasa.

Amacam? Tak adalah teruk sangat, tapi dua tiga hari ni bakal bertemu air laut yang masin lagi bergaram jadi bermulalah kehidupan 2-3 dalam kepedihan. Sebenarnya taka dalah pedih mana, masa masuk kolam je pedih. Tak pe, mungkin penghapus dosa agaknya.

Next entri lah pula aku sambung.

Review aku pasal Avista di TripAdvisor.

#Kalau terlepas shuttle , boleh naik tuk tuk : 300 baht sehala
#Taxi dari airport untuk van 9 muatan tu : 1200 baht sehala
#KFC: 110 baht keatas
#Starbucks: 150 baht keatas
#Hooters: 80 baht keatas

*Tips kalau nak tawar barang, buka harga 50% dari harga barang yang di letak. Kalau tak dapat, boleh je chow dulu. *Taktik Blah boleh guna kat sini, kat Seoul takleh hahaha

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Eh kenapa trip mengejar sakura cancelled? Patutlah haritu sibuk tanya pasal Jepang pastu tetiba senyap. Ingatkan info dah cukup. Xpe, there will always be next time.

    Hotel awak stay, comfy gila! Kalau saya memang xnak kuar hotel lah kot. Haritu gi Bangkok gak Alhamdulillah nothing bad happened.

    • memula plan dengan member, dia tak jadi, then aunty ajak ke Osaka, tak jadi juga. Sedih dah pilu, takpe ada masa nak kumpul info dan duit dulu. *positif. ha ah, comfy rasa tak nak keluar dah hahaha

    • ha ah, lawa bilik dia, even hotel dia pun cantik dan menarik dan the bom, tunggu masa sunset lawa gilos. Kalau tengok dah ngilu, bayangkan kalau terkena air laut yang masin tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sejenak berdessert di Madam Kwan’s

Phuket! Summer Vacation (2)