Trip ke Seoul (2) November 2013 – Seoul Lantern Festival 2013 part 1

Saengil chukha hamnida, selamat hari jadi kepada diri ku dan terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang ingat, yang wish dan yang hantar hadiah, sangat terharu okey.  Jadi, untuk hari jadi aku kali ini, aku decide untuk ke Seoul ( again?) sekali lagi. Ada yang bertanyakan kenapa nak ke Seoul sekali lagi, aku jawab je, ” I love the city, the weather, the people, the environment”. Jawapan aku ringkas, “rezeki murah” :-D

kek birthday

Kali ini aku ke Seoul bersama Aunty Teha ku, sepupu -sepupuku Yana, Yani, Wita dan rakan , Hani serta adik kandung ku Iq. Kira famili trip la ni. Aku selaku birthday guy dan tour guide untuk kali ini hehehe.

* (Kepada yang berminat untuk jadikan aku tour guide untuk Seoul atau nak itinerary boleh emailkan kepada [email protected] , dengan upah of course hehehe, nope serious, I’m not kidding <Muka Serious> )

Tanggal 13hb November 2013, kami bertolak seawal 5.45 pagi  ke LCCT, terima kasih kepada si Opie yang sanggup hantar ke airport untuk penerbangan ke Seoul pukul 8.30 pagi. Since kita orang dah check in, jadi hanya perlu drop baggage di kaunter.

6 jam dalam kapal terbang sangatlah terasa. Musuh utama dalam 6 jam ini adalah kebosanan. Lain kali, aku akan pastikan iPad kepunyaanku mengandungi pelbagai jenis hiburan, 6 episode runningman mungkin dapat membantu. Sempatlah juga aku membeli air mineral,rm6 Mak aih pakai air imported ke? The only good thing about this flight is their beautiful Korean stewardess, cantik, tak tipu, pergi naik dan alaminya sendiri.

1

2

Sampai di lapangan terbang antarabangsa Incheon lebih kurang pada pukul 3 petang. Suhu ketika itu lebih kurang 6 celcius. Sejuk, serius aku tak tipu. Macam biasa ( Macam biasalah sangatkan?), lepas dari pemeriksaan imigresen, terus ke 7 Eleven untuk membeli T Money untuk aunty, wita, dan Yana, kita orang yang lain dah ada.

3

4

Tetiba ada seorang akak ni datang menghampiri aku bertanyakan tempat solat. Dia ingat aku student dekat sini (Boleh dah sambung slow-slow plan nak sambung Master dekat Seoul). Aku bagitahu dia yang aku tak berapa nak pasti, tapi aku pernah tengok signboard praying room somewhere tapi tak dapat recall balik dekat mana, jadi aku terus bawa dia ke kaunter pertanyaan.

Perjalanan ke bandar mengambil masa hampir 1 jam dari Incheon Airport, jadi aku pun berpendapat lebih baik solat dulu. Tengah duk buat keputusan tu, aku nampak dia terkial-kial nak tanya, so aku terus tolong tanyakan (dan tanya untuk diri sendiri juga) .Ruang solat boleh didapati dekat stesen subway airport yang menghala ke bandar, dengan kata lain, praying room tu dekat dengan stesen Arex. Pekerja kaunter tu awal -awal cakap yang praying room tak ada specific untuk religion, since aku pernah baca pasal ini, aku angguk, senyum, ucap Kamsahanida dan berlalu pergi.

Kepada sesiapa yang pergi ke prayer room ini, janganlah korang terkejut pula. Memang tak ada tempat solat khas untuk Muslim, yang ada dekat situ cuma untuk Katolik, Kristian dan Buddha. Aku tumpang solat dekat ruangan bilik agama buddha sebab dekat situ je ada ruang nak solat, yang lain ada kerusi, piano (alah susun atur dia macam dalam gereja) itu yang aku kata situ je yang sesuai. Masuk- masuk, ada penjaga dekat dalam tu menyapa aku, (aku rasa mungkin sami dia) aku cakap nak tumpang solat, dia tanya aku, “Muslim?” Aku jawap ye, terus dia direct aku arah kiblat. Aku yang was-was ni sempat check pakai compass (285.82) eh betul la. So aku teruslah solat dekat situ. Adik aku mcm was-was je, dia tanya “betul ke nak solat situ?” Aku jawab apa salahnya, kita tumpang ruang, kita hadap kiblat, so don’t worry.

Lepas selesai solat, kami terus bergerak ke subway yakni AREX. Ada dua pilihan, satu yang terus ke SEOUL STATION, terletak di sebelah kanan, harga kalau tak silap aku (promosi), 8000 won, kalau tak 12000 won. Yang aku naik ni, dia banyak sikit stop, harga cuma 4000Won tapi promosi ini sampai disember 2013, kemudian akan naik jadi 6900 won. Perhentian aku adalah di HONGIK UNIVERSITY STATION sebelum bertukar station ke LINE 2 menuju ke WANGSIMNI STATION.

5

Sampai je ke WANGSIMNI, kami di sambut dengan mesra oleh, cuba teka?  ANAK TANGGA. ANAK TANGGA yang berjumlah 69 kesemuanya. Bayangkan kita orang terpaksa angkat baggage naik ke atas, memang tercungap-cungap. Aku hendak menuju terus ke 2C hotel berdasarkan peta yang aku dah cetak, tapi memandangkan sepupu aku macam tak berapa sure dengan ketepatan map tersebut, jadi dia tanya dengan budak- budak universiti yang berkeliaran dekat situ (Kawasan ini dekat dengan NAN YANG UNIVERSITY) Baik budak tu, dia siap tolong call tuan rumah kami lagi. Beberapa ketika kemudian, tuan rumah/pemilik hotel 2c House datang amik kita orang dekat stesen. Baik orangnya, mesra, pertengahan tahun mungkin nak masuk 40 lebih. Namanya Mr Lee.

Tips: Sebenarnya ada exit lain, tak payah naik tangga ni sebenarnya kalau kita keluar ikut mall.

5a

TIPS: Nak ke 2C house ni senang je, korang amik EXIT 6 WANGSIMNI STATION, keluar terus pusing kanan dan jalan terus, lebih kurang 1 kilometer (aku rasa macam dekat je, tapi dalam agoda tulis .8km)  korang akan nampak signboard 2C House.

Selesa betul apartmen kami, ada 4 bilik, 1 bilik ada 3 katil, 1 bilik ada katil queen, dan 2 single bedroom. Setiap bilik ada aircond, ada peti ais, ada televisyen, dan wifi. Apartmen kami turut dilengkapi dengan dapur, microwave, seterika, pengering rambut, dan 1 bilik air. Washing machine ada juga dekat tingkat bawah berserta dengan mesin pengering. Kami duduk selama 5 malam dengan harga rm1750. Bagi aku macam sangat berbaloi. tak lupa juga dengan lantai yang ada heater, rasa heaven sungguh kalau duduk atas lantai dia , serius, tak tipu.

6

7

8

9a

Kita orang pun ambil peluang untuk  membersihkan diri, sempatlah makan nasi putih berlauk ayam kari (yang dalam tin punya). Oh aku lupa, korang boleh beli nasi putih dekat 7E atau Family mart, sebungkus 2000 Won, tapi aku rasa dekat family mart murah sikit berbanding 7E, korang cuma perlu perhangat je nasi tu. Dekat sini barulah aku tahu betapa magisnya benda yang di panggil microwave ni. Dekat sini ada di sediakan kuali dengan sudip, tapi takkan nak pakai, confirm kena samak dulu kan.

Destinasi pertama kami adalah Gwanghamun Station LINE 5, nak pergi ke Cheonggyecheon Stream untuk menyaksikan Seoul Lantern Festival 2013. Aku memang tertunggu-tunggu nak tengok festival ni, macam cantik jer, macam menarik jer. Suhu di luar ketika itu, 3 celcius, sangat sejuk bagi jejaka asal dari negara beriklim khatulistiwa ni tapi demi minat aku redah juga.

9

10

Sebagai info untuk semua, pertunjukan lantern ini hanya dari 11.01.2013 ~ 11.17.2013 sahaja, jadi kalau berkeinginan nak tengok festival ini , anda boleh rujuk dekat sini sebelum ke Seoul. Pertunjukan lantern ini sangat menarik, dan aku rasa cukup kagum dengan hasil tangan orang Korea ni. Sekali imbas pun kita boleh dapat tengok betapa bersungguhnya dia orang nak hasilkan lantern-lantern ni. Jom layan gambar.

11

12

13

14

15

Adalah sedikit video dekat sini kalau anda nak tengok. Kalau tak nak, skip terus ke gambar yang seterusnya yerp.

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

Selepas berjalan suku dari sungai, aku decide nak ajak diaorang gerak ke Dongdaemun Market pula, tak larat nak jalan dalam kesejukan yang melampau ni. Sempat juga aku rakamkan video pokok dalam gambar terakhir tu dekat sini.

26

Sampai dekat Dongdaemun, agak menghampakan sebab market semua dah tutup, gelap , sunyi dan sepi. Rupanya aku salah info (plus mungkin juga tersalah EXIT) , sebab yang buka sampai 5 pagi tu adalah shopping mall di kawasan Dongdaemun ni. Market atau pasar dia memang buka dari pagi sampai petang. Since tak ada apa lagi yang boleh di buat, kita oran terus balik apartmen dengan penuh kehampaan dan kesejukan.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. Haii.. jumpa your blog sbb google pasal 2C House, ingat nak stay situ bila pegi April ni. Is it highly recommended? Jauh tak from subway station? And dalam post ni ada mention pasal kalau tak nak ikut exit yang ada tangga tu, guna exit mana eh? =)

    1. Hai, secara peribadi, its highly recommended. Jarak dari subway ke 2c saya rasa dalam 500-600 meter mcm tu ( dalam map tulis 1km) tapi tak adalah jauh pun.Dekat dgn kedai 24 hours, so boleh beli top up, air etc.Boleh pakai lif dlm subway, nnti naik ikut mall, tembus pintu depan mall. Untuk menyenangkan time pergi ( ada beg ) dan balik. Kalau nk pergi jln -jln tu, pakai tangga ,tkde masalah :)

  2. South Korea ni memang macam ada jin. Dah jejak pastu rasa nak datang lagi. Btw, Dongdaemun market yang buka till 5am tu ada dekat depan Doota Mall. Just opposite the road.

      1. Hujung bulan ni saya ke sana, will update in my blog about the market. Haritu xsempat pegi sebab risau pasal transportation nak balik. Now, stay area Dongdaemun je so memang xkan lepaskan peluang.

          1. Insha Allah akan sambut new year kat sana. Nak mimpi snowfall; hopefully dapat merasa for real. Duk kat Dongdaemun 2C House; dekat station Sangwangsimni. Affordable gak. Dapat rate around RM 800 for 6 nights. Ambik private room with bathroom attached.

            Btw, dah lama teringin nak tengok Lantern Festival ni tapi cuti xmatch. One day Insha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »