in , ,

Trip ke Macau ( Venitian Hotel ) part 1

Lambat betul nak update entri trip kali ini, banyak kerja nak kena settlekan.Sepupuku si Rafie dah selamat pergi ke Liverpool untuk sambung study, nantilah aku tulis entri sikit :-D .Kemas juga liverpool sebenarnya, tapi aku still Manchester United Fan okay.Satu hari nanti mesti akan jejakkan kaki ke OT. Okay, jom sambung entri.

Pagi keesokannya, seawal 10 30 pagi, kami dah bergerak menuju ke China Ferry Terminal.Bot bertolak pada pukul 11.30 pagi , jadi atleast 11.15 pagi kena ada dekat sana.Sewaktu nak naik teksi untuk menuju ke China Ferry Terminal tu, penjaga pintu asyik mengucapkan selamat berjaya, siap cakap “bring back a lot of money”.Agaknya dia ingat kami nak pergi ke Macau untuk berjudi hehehe. Judi itu haram ye, pergi Macau sekadar nak melawat tempat-tempat dekat situ.

Bot ke Macau dari Hong Kong sangat banyak, kalau berminat boleh check dekat website Turbojet ini untuk melihat waktu dan harga tiket. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

108

109

110

111

112

Muka tak shave kes lupa bawa shaver, takpe bagi nampak tua sikit sekali sekala.Gadis jepun kat belakang tu malu tersipu-sipu masa aku tangkap gambar ini.Sebenarnya ada video, nanti aku upload kalau sempat.Amboi yang comel semua nak tengok kan?Kalau nak tengok video keadaan dalam turbo jet boleh tengok dekat sini.

Sepanjang perjalanan menempuh gelombang lautan ini, sempatlah aku melelapkan mata.Air cond dalam bot ini sangat sejuk, jadi kepada yang tak tahan sejuk, bersiap sedialah prepare nak bawa jaket, kita orang dah plan nak beli jaket dekat Macau nanti, balik malam nanti lagi lah sejuknya berganda-ganda.Sebelum nak naik bot ni sibuk juga aku cari pasal kebersihan tandas, rata-rata kata tandas dia bersih tapi aku tak sempat nak pergi jenguk.

Sampai-sampai dekat Macau, terus aku ke pejabat tourist dia ambil brochure dan peta Macau.Macau ini kecil je sebenarnya dan bahagian – bahagian Macau di sambungkan dengan jambatan.Sewaktu keluar dari jeti tu, kami di didekati dengan pelbagai jenis tourist guide, pemilik kereta sewa dan sebagainya.Anda tak perlu pun nak sewa-sewa kereta sebenarnya, sebab apa? sebab di Macau ini ada di sediakan shuttle bus dan perkhidmatan ini adalah percuma.Lepas keluar dari jeti tu terus ke seberang tempat shuttle bus setia menunggu.

Aku rasalah kan sebab income dari hasil perjudian dekat sini sangat memberangsangkan, itu sebablah perkhidmatan ini mampu di tawarkan secara percuma.Tempat pertama kami tuju adalah Venetian hotel.

113

114

Perjalanan ke Venetian mengambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti.Tak jauh pun sebenarnya, cuma kena menunggu sampai shuttle cukup kuota baru boleh bas bergerak.Time aku pergi ini beratur pun tak payah, dekat jeti lah tapinya, di Venetian panjang juga orang beratur.Akhirnya selepas 20 minit, sampailah kami ke Venetian.

115

116

117

118

Kasino tu tak di benarkan untuk menangkap gambar, tapi aku selamba je hulur iPad, sempatlah snap gambar.Sampai ke satu bahagian, bersedialah untuk di kagumkan (be ready to be amaze ,orang putih kata) , sampai je dekat satu bahagian ini, tu dia, langit kelihatan dalam bangunan.Sebenarnya bukan langit, itu adalah lukisan semata-mata tapi hasilnya cukup mengkagumkan.Ada komen-komen di facebook dan instagram yang ingat kami pergi ke Venice hehehe.

119

120

121

122

123

124

125

126

Pelan asal sebenarnya nak naik gondola tu,nak feeling-feeling menikmati suasana sungai kononnya, apatah lagi kalau si pengemudi  menyanyikan lagu untuk kita.Boleh tangkap lentok kejap.Tapi memandangkan kita orang mengejar masa (bot balik pukul 7 pm) jadi tak dapatlah nak naik gondola.Tak apa, nanti kita naik yang Venice punya, InsyaAllah.

Sambil pusing-pusing dekat dalam ini, dalam misi mencari kedai Pandora untuk ibu, aku pun sempatlah bertanya arah dengan aunty yang duduk dekat pelan bangunan tu, aku tanya “Where is Pandora store?” dia terus angguk dan menerangkan aku arah ke Pandora dengan petahnya, dalam bahasa MANDARIN.Di ulangi, MANDARIN.Terpinga-pinga juga aku mendengarnya, nasiblah boleh tangkap juga apa yang dia cerita, (Terima kasih kepada Universiti aku dulu sebab ada subjek Mandarin, dapat A- kot mihmihmih).

Lepas mengucapkan  Xièxiè , aku terus mengorak langkah ke kedai Pandora.Tujuannya bukan apa nak beli sangat charm dekat wilayah ini, aku nak cari charm yang rare (bawah ni) untuk ibunda, dekat Hong Kong dengan Macau je ada, malangnya tak ada charm tu, dah habis.Sedih.

pandora          *gambar dari google

Selepas dah puas berjalan dekat dalam Venetian ni, destinasi kami seterusnya adalah Hard Rock Hotel yang terletak di belakang Venetian ini.Tak jauh pun, perlu lintas jalan je , tapi sebelum nak keluar tu sempatlah tangkap gambar sedikit.

127

128

129

130

131

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Hong Kong part 5 (The Peak)

Runningman latest episode 165