in , ,

LINE pengganti Whatsapp

Puuhhh~ Dah naik berhabuk blog ni sebab lama sangat dah tak update.Jadi hari ini datang mood yang agak baik untuk menulis di pagi hari Sabtu yang cerah, indah dan menawan plus sejuk yang mencengkam dada.Alhamdulillah, hujan di pagi hari.

Beberapa ketika yang lepas, aku mendapat beberapa, hurm, bukan setakat beberapa, rasanya macam berpuluh-puluh (kalau tidak sampai ratusan) msg dari rakan-rakan Whatsapp menyatakan Whatsapp akan mengenakan bayaran untuk penggunanya.Tambahan pula terdapat error pada status whatsapp yang menyebabkan lebih ramai orang kaget dengan khabar angin tersebut.

Kepada yang mempunyai alternatif lain seperti BBM atau iMessage mungkin tidak begitu risau dengan tindakan pihak aplikasi Whatsapp untuk mengenakan bayaran ini, tapi kepada mereka yang sentiasa berhubung menggunakan Whatsapp, ini mungkin amat merisaukan mereka.

Sama ada khabar angin itu benar atau tidak, itu kena Tanya pihak whatsapp sendiri.Apa yang ingin aku beritahu di sini adalah mengenai aplikasi yang di namakan ‘LINE’.Apa itu ‘LINE’? sabar sikit boleh, baru nak tulis kan ni?Prfft

Panggilan dan message percuma

Setiap kali aku bertanya dekat orang “ko ada LINE?” rata – rata akan menjawab “ Ada, dua.Satu celcom, satu Maxis” Okey , dua-dua betul, tapi info sebenarnya tak dapat di terima. Jadi dekat sini , aku nak perkenalkan LINE.

LINE ini adalah satu aplikasi yang sama seperti whatsapp korang pakai tuTambahan pula, dengan LINE, korang boleh berLINE tanpa perlu mendedahkan nombor telefon seperti whatsapp. *tips cinta: salah satu cara untuk meminta nombor tanpa disedari adalah dengan meminta whatsapp.

Korang hanya perlu meminta username untuk mula berhubung.LINE juga membolehkan anda membuat panggilan telefon percuma (connection thru internet/wifi) dan salah satu feature yang menarik LINE ini, tambahan kepada emoticon yang sedia ada, LINE menawarkan sticker yang comel.

sticker!

Sticker- sticker ini boleh di jadikan ganti kepada emoticon yang selalu kita gunakan sewaktu berchatting,bermesej dan berwhatsapp.Ratusan sticker di sediakan (sesetengahnya perlu di beli) untuk para pengguna LINE.Kadangkala sticker ini juga ditawarkan secara percuma untuk beberapa waktu, seperti anda perlu meng add certain artist dan juga memuat turun aplikasi tertentu.

LINE juga menawarkan pilihan ‘timeline’ seperti facebook untuk mengupdate status.*Tak pernah pakai pun, I’m here for the stickers actually hahaha.Jadi kepada yang duk risau whatsapp yang mungkin akan di charge,sila lah memuat turun LINE secara percuma.

Sebagai tambahan, LINE juga mempunyai aplikasi untuk MAC dan juga Windows.Ini bermakna anda boleh turut ber LINE menggunakan laptop dan PC.Anda Cuma perlu mendaftar menggunakan email yang anda gunakan untuk mendaftar LINE di telefon bimbit anda.

Boleh pakai PC atau Phone

Ada yang komen yang LINE agak lembab berbanding dengan Whatsapp.Mungkin ini masalah bugs aplikasi atau connection internet.Tak boleh nak cakap sebab aku tak mengalami masalah yang sama.Ada juga yang turut komen LINE makan bateri dengan kadar yang cepat, get a powerbank will you?smartphone mana yang tak cepat drain bateri.

* download LINE sekarang ^^

BAIK ^^

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Charlie Mars – I Do I Do (HIMYM S803)

Clash of Clans