in , ,

Trip ke Tokyo lah kita bhg 3 Shin-Ōkubo , Harajuku (Takeshita Street), Omotesando

Hello dan selamat pagi kepada semua pembaca yang di hormati. Hari semalam dah puas kaki berjalan, malangnya hati tak puas lagi menerokai bandar Tokyo jadi mari mulakan dengan membuka mata sambil mengeliat! Seperti kebiasaan 6.30 pagi mata secara automatik terbuka ibarat jam loceng ‘TEEETTTT TEEETTT TEEEEEET” . Jadi selepas bersiap gosok gigi dan minum sedikit air teh di pagi hari yang sejuk dan nyaman ni. Kami pun bergerak (di baca sini aku dan aunty Z)  ke Shin-Ōkubo untuk mencari makanan. KIta ini foodporn versi jepang. Apa benda yang ada dekat Shin-Ōkubo ni? Kebab.

Shinjuku Station —– (JR Yamanote Line) —- > Shin-Ōkubo 140 yen (2 minit)

Berjalan kaki , Shin-Ōkubo terletak di bahagian utara Shinjuku Station . (20 minit- 30 minit)

Terletak hanya satu stesen dari Shinjuku, jadi ada boleh decide sama ada nak naik train atau berjalan kaki. Ikut selera masing- masing mana yang sedap.  Di sinilah terletaknya Korean Town, di mana kedengaran greeting orang kampung gua, Anyeong haseyo bergema di merata rata tempat. Okay, aku bergurau part dengar di mana- mana, part orang kampung tu memang aku serius. Exit Shin- Okubo ni ada satu sahaja, jangan tak kira macam mana , anda akan keluar dari tempat aku keluar, kalau anda keluar ikut paip atau atas pokok,  pelik sikitlah.

13

Untuk mencari atau dalam kes aku ini, untuk pergi ke kedai kebab ini tak susah ( memanglah tak susah, sebab aku ikut je Aunty Z jalan, ada expert kita ikut saja, jangan kome memandai -mandai yaiii~). Lagipun untuk ke gerai kebab ni tak sukar, keluar sahaja dari stesen , tunggu traffic merah dulu baru jalan, jangan jalan terus bila hijau nanti kau langgar pula kereta (bukan kereta yang langgar kau kan?). Lepas lintas jalan terus sampai beberapa meter, pusing kanan, jalan terus sikit lagi akan terus nampak kedai kebab di sebelah kiri anda.

12

Tak faham? susah nak faham? berselirat? tak apa, nanti aku buat satu entri tunjuk kedai ini dekat mana okay.

Sebelum aku teruskan, aku nak kongsi sikit. Bayangkan anda tengah lapar, perut meminta-minta diisi. Tambahan pula, di waktu pagi yang sejuk menikam tulang – temulang. Anda di tengah kota yang memang kiri kanan penuh dengan kedai makanan tapi sebagai seorang muslim tidak halal bagi anda untuk menjamahnya. Tiba- tiba, anda terbau aroma kebab yang sedang dipanggang? menusuk-nusuk masuk ke dalam dua lubang hidung anda (tak tahulah kalau ada orang ada extra lubang hidung yang aku tak tahu kan), kini anda hanya perlu membuat pilihan yang sangat- sangat sukar. LEMBU KE AYAM? AYAM KE LEMBU? Haaaaaa, pilihlah. Orang kita kan, bila pilihan macam ini dah ada depan mata pun masih

“hmmmm , nak makan apa ye?”

“Kebab.’

“Hmmm kebab apa ye, daging (lembu) ke ayam? daging ke ayam?”

*Pusing ke sahabat sebelah

“Kau nak order apa? aku ikut kau je lah”

Tipulah kalau tak pernah macam ni kan. Okey sambung.

Sewaktu aku tengah menikmati bau kebab yang melayang-layang di udara, ada seorang pelanggan dekat depan aku, perempuan, comel , tinggi. Tengah berborak dengan boss tukang kebab (masak) tu. Aku beratur sahaja dekat belakang dia, tetiba aku pelik , apasal aku dapat tangkap perkataan yang dia orang cakap.

“Ee-go-eol-ma-ye-yo?”   = How much is this? = Berapa ni abe? (okay tak ada abe)

Time tu, aku macam eh, takkan lah , salah dengar agaknya. Lepas tu bila gadis itu nak beredar dia pun cakap, “Kamsahanida” Okay. betullah apa aku dengar tadi hahaha! Masa inilah baru aku tahu dari Aunty Z , kawasan ini berdekatan dengan kejiranan orang korea. Begitulah ceritanya, berbalik kepada pemilihan kebab tadi, I choose you, Pika… aku pilih lembu (daging).

Lepas kita buat pilihan, kita kena bayar di cashier kedai sebelah. Kedai sebelah gerai ini banyak menjual rempah- ratus, bawang dan terutama sekali ada satu jenis sos cili yang sedap. Since dekat tokyo, sos dan sup kebanyakannya meragukan, jadi makanan yang kita makan selalunya, tawar, bayangkan makan tempura tak ada sos, apa bondo eh, ibarat makan nasi lemak tak ada sambal ikan bilis, kau nak ke berat naik tapi makan benda tak sedap? tak mahu kan, begitu juga aku. Jadi belilah juga sos sedap ini. It was made in Indonesia (Trip ke Jakarta, akku ada jumpa, tapi tak beli pula, dasar)

14

Selepas membeli kebab yang panas dan sedap, aku sempat berjalan-jalan sementara Aunty Z  pergi membeli keledek kegemaran dia.  Cuaca sejuk, makan pula keledek yang tengah panas, pengalaman yang memang diri sendiri sahaja boleh gambarkan. Macam mana nak cerita tentang tahap keselesaan itu pun aku tak tahu.

15

16

*Kalau aku rajin nanti aku cuba tanya Aunty Z dekat mana lokasi kedai jual keledek.

Shin-Ōkubo —- (Yamanote Line) –> Harajuku 160 yen (12 minit) 4 station

a

a1

Dari Shin-Ōkubo, kami bergerak menuju ke Harajuku. Harajuku ini  terkenal dengan tempat berfesyen. Maksud aku dekat kawasan ini kita boleh nampak pelbagai jenis fesyen di gayakan tanpa segan silu. Terdapat gadis yang berjalan bersama rakan – rakannya sambil memakai kostum kelasi (sailor) macam sailormoon, ada juga yang memakai pakaian sekolah high school girl yang kita selalu boleh tengok dalam anime, ada yang yang macam super hero, ada yang macam gothic, ada yang macam metal, ada yang aku sendiri pun tak boleh nak describe dengan tulisan. Ada seorang ini memakai blusher dekat pipi sampai merah padam pipi dia macam letak lipstik dekat pipi pun ada. Fesyen rambut yang pelik – pelik, tapi tak kurang juga ada yang ada yang smart (sambil buka front face camera) , eh bukan memang smart dengan kot dan sebagainya.

Takeshita Street

b

c
Daiso Pinky! Lebih murah dari Malaysia sebab dekat sini 100 Yen = RM3

 e

f

g

h

i

j

Satu benda yang aku kurang pasti dekat sini; waktu sekolah budak – budak di Tokyo ini pukul berapa sebenarnya. Bukan apa, dari pagi sampailah ke malam (contoh macam di Akihabara dalam entri yang lepas) bebudak kelihatan merayap- rayap. Tapi aku suka tengok  uniform sekolah budak- budak dekat sini, dari pada tadika, sekolah rendah (macam pakai seragam Shin Chan siap dengan topi dan botol air) sehinggalah pakaian High School yang sangat stylo -mylo ( baju macam dalam cerita hanazakari no kimitachi e dan Kindaichi ).

Ada pelbagai kedai yang terdapat di Harajuku, kebanyakan macam kedai fesyen yang mempunyai gaya mereka tersendiri, orang panggil indie ke kalau macam ni? Dalam banyak- banyak kedai, kami singgah di sebuah perusahaan di mana kita boleh memilih baju dan design kita sendiri. Yang aku pernah jumpa dulu, kita boleh pilih gambar apa kita hendak dan dia akan iron kan ke atas baju tapi yang aku jumpa ini kita boleh pilih nak tulis apa, nak corak apa, nak design macam mana. Yang paling banyak orang buat adalah tulisan nama dalam tulisan Jepun. AKu terjebak juga beli untuk di sendiri satu. Selain untuk manusia, terdapat juga untuk haiwan , anjing dan kucing. Tengok, anjing dengan kucing pun pakai baju sekarang. Aku berpendapat, haiwan dekat sini bolehlah nak pakai baju sebab di sini cuacanya sejuk dan nyaman. Mahu berpeluh haiwan tu kalau di pakainya baju dengan cuaca Kuala Lumpur. Sehelai baju berharga 2390 yen , mana kala corak dan tulisan semuanya percuma, jadi bantaila nak design macam mana pun.

My T Factory

d

*Aku banyak rakam video dekat area Harajuku ini, kalau ada masa nanti akan cuba upload untuk tatapan.

Sedang kami berpusing – pusing , Unc. Hatta mesej, beritahu mereka ada di Omotesando. Pada permulaannya , aku nak ajak Aunty Z ke Meiji Jingū , tapi semasa tengah berjalan tu, sempat pula pergi usha iPhone 6, malangnya tak boleh nak beli (kena beli dengan kontrak), jadi tukang kedai tu suggest kami pergi ke Apple Store yang terletak di Omotesando.  Jarak Harajuku dengan Omotesando cuma satu stesen sahaja. Jadi kami decide untuk menapak je ke Omotesando, satu stesen satu stesen juga, lebih kurang 1300 meter juga.

Cuba tengok ni COMEL kan?????????

aa
Comel kan????????
ab
Korang tengok apa? aku tunjuk dia orang ni

Area Omotesando ini pun banyak terdapat pusat membeli – belah yang high end brand. Kepada yang suka shopping, dekat sini memang seronoklah untuk menggunakan YEN anda, kepada sebilangan yang lain datang cuci mata dan bersiar-siar sahaja. Sampai sahaja di Omotesando, kami cuba untuk contact Unc. Hatta tapi tak dapat pula. Next stop, Apple Store. Tengah duduk asyik memegang telefon keluaran Apple ini , ada seorang pekerja Apple Store ni datang approach kami dengan salam. Namanya Hassan,jadi kami berborak seketika. Menurut Hassan untuk mendapatkan iPhone terbaru ini, kita kena reserve menggunakan internet melalui apple store. Jadi bila dah reserve, datang keesokan hari pada masa yang telah di tetapkan untuk mengambil produk tesebut. Hassan siap tolong ajar lagi macam mana nak reserve (Everything is in Japanese wei). Memula terkial juga nak faham, tapi lama – kelamaan , tak ada masalah pun.

b1
Parking bertingkat. Pernah tengok Tokyo Drift?

b2

b3

b4

b5

Dahaga pula.

Stop.

Minum.

Sambung nanti.

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Salam..Nak tanya Radin..Means, radin kat tokyo xda beli mcm one day pass for train or pasmo/suica card lngsung? Just beli one way ticket mcm tu?..Thank you…Nak g Tokyo hjng bulan ni….

  2. Kan baju sekolah diorang sangat best kan. Rasa macam fesyen dah. Paling suka baju budak tadika. Style siap ngan helmet gitu. TAPI! Kenapa kucing2 tu semua?!!! Haritu xde pulak. Geram wei, geram. Dah lah demuk2 semua.

    • Comel kan dia orang? terbayang Shin Chan di merata – rata. Kucing tu elok je duduk dalam tu, tak lari pun

  3. sos mmg diragukan sama ada pada sushi juga pada kimchi … baik lak kucin2 tu tak pi merayap n sanggup bersesak … tang seronok nak tgk iphone , kena stop lak tetiba … huhuhuu

  4. Tak puas hati yg pasal kucing tu..nape comey sgt..tuan die wat jalan-jalan ke atau jaga kucing oarng lain..banyak sgt tu..

  5. uniform dorang berbeza ikut school. kalau kat malaysia ni, nak kena tgk lencana sekolah dulu la jawabnya.. hehe… seronoknya jalan2.. huhu..

  6. Arhhggg ruginya hari tu x masuk takeshita st nih..kami ke Yogogi Park layan SAKURA..jalan berdua je ngan Auntie Z…uncle mana?

    • Mereka dekat sini pandai betul berfesyen, macam – macam ada. Yogogi Park layan Sakura lebih indah tu. Uncle dengan family dia di Omotesando. Kami duduk hotel lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Tokyo lah kita bhg 2 Asakusa ,Ueno, Akihabara

Trip ke Tokyo lah kita bhg 4 Ginza , Roponggi (Hard Rock Cafe) Tokyo Tower