in , ,

Trip ke Seoul (2) November 2013 – Gyeongbukgung, Namsangol Hanok Village, Namsan Tower,Muree(Itaewon) 2013 part 3

Hello semua, lama betul tak update entri, agak busy sebab baru pulang dari Shanghai dan Langkawi, jadi hari ni mari kita sambung entri Seoul kita yerp. Hari ketiga di Seoul kan? Jom Jom

Selepas habis breakfast pagi tu , kita orang terus bergerak ke Namdaemun Market. Kes semalam yang tak puas hati dengan E lendang tutup kan. Demi brooch aku pergi lagi, (untuk Mak tersayang apa ada hal) sampai- sampai, terus menuju ke kedai 209 ahjumma Brooch tu. Ada pula 3 orang kakak(makcik?) yang tgh busy memilih brooch.Mula – mula dia orang ajak masuk sekali dalam kedai tu, tapi kedai tu kecil, bukan pasaraya Giant, memamng ‘muatlah’ nak masuk kan? jadinya aku decide bawa sepupu aku ke bangunan sebelah nak beli souvenirs dahulu. Mula-mula niat nak bawa je diaorang, last – last terjebak beli sekali. Habislah juga dalam rm50. Aku agak-agak dalam 30 minit, habislah si akak-akak tu memborong brooch, tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Tak selesai juga rupanya. Jadi kita orang gerak ke kedai kpop semalam nak beli dengan topi.

68

*kalau nak beli cenderamata, baik beli yang dalam bangunan(dalam Elendang juga), jauh lebih murah dari dekat luar, sepupuku yang beli time dekat kedai Kpop tu dah menyesal dah, bukan apa, benda sama tapi harga jauh sangat lari.

Aku sempatlah membelek baju runningman, macam cantik je,macam comel je. Since Yana pun nak beli, kita orang dapatlah diskaun sebab beli dua barang, lagipun Yana pandai sikit berbahasa Korea dapatlah adjust sesikit. Habis membeli barang dekat sini, kita singgah kedai topi sebelah since si wita nak beli topi Leesang dia.

Rasanya selepas lebih kurang 30-40 minit dah merayap dekat situ, kita orang pergi balik ke kedai makcik tadi, guess what? Kakak-kakak tu tak habis lagi membeli. Aku syak dia orang ni berniaga, takkan sampai 2 jam lebih tak habis lagi. Aku pun tanyalah dengan nada penuh Johnny Depp “lama lagikah kak?” sambil tersenyum.

“Eh tak lah, dah nak settle dah, kejap sikit je lagi” jawab dia ringkas tak melebihi 11 patah perkataan yang aku kira kalau masuk pertandingan slogan, takkan menang punya. Aku pun nampak si Ahjumma tu dah duduk membungkus. Sebelum aku turun tadi, 30 minit sebelumnya, kakak tu cakap benda yang sama juga , nasib baiklah kesabaran ini tinggi, lagipun sabar itu separuh dari iman kan?  sabar je lah. Kita orang pun duduk melepak dekat tangga sambil tunggu kakak – kakak tu selesai. Dekat 20 minit juga menunggu. Aku dah hampir decide nak cakap je dekat akak tu ” Akak , bagi kita orang 15 minit, then akak shopping sampai lusa pun tak apa” sebelum sepupu aku dapat signal yang dia orang dah balik.

Barulah ada ruang untuk aunty aku nak membeli brooch tu, aku bagi aunty aku dulu sebab masa tu ada seorang lagi customer dari Malaysia juga. Aku sempat berborak dengan husband dia, orang Alor Setar. Mesra juga abang ni, tak sombong mcm orang Malaysia yang lain. Dalam 20 minit, aunty settle beli, aku pula masuk nak beli. *kedai dia kecil je, sebab tu kena tunggu turn nak membeli, kalau tak pack macam jem strawberry. Lepas habis membeli tu, aku minta Ahjumma tolong tukar brooch yang lama sebab ada permata yang hilang (macam tajuk novel pula). Nasiblah si Ahjumma tu ingat aku, tak habis- habis dia bianne bianne, bagi aku free brooch lagi. Takpe Ahjumma, kalau saya datang lagi, kedai anda akan jadi destinasi saya.

69

Destinasi seterusnya kita orang bergerak ke Gyeongbukgung Palace, tapi kita orang stop dekat stesen Gwanghamun Square,  sebab nak tangkap gambar dekat tugu King Sejong The Great.

70

74

73

Yang masuk ke dalam istana cuma aku , Faiq dan aunty Fatihah, yang lain macam dah penat. Istana dia punyalah besar, dari luar aku ingat kecil je. 2 minggu lepas sewaktu aku ke Seoul, aku ke Desoksugung yang amat membosankan dan kecil. Dekat 1 jam setengah juga dekat Gyeongbukgung ni, memang tak dapatlah nak cover the whole area dalam masa yang sesingkat ini.

75

76

77

78

79

80

Kita orang macam dah behind jadual sedikit, jadi teruslah kita orang bergerak menuju ke Namsangol Hanok Village. Tujuan pergi ke sini semata-mata nak pakai hanbok.

81

82

83

Lepas berlegar-legar untuk beberapa ketika, aku terus ke ofis tanya dekat mana boleh sewa baju. Ofis tu pun tunjuk lah dekat mana tempat dia. Bayaran untuk sewa 3300 won je.Lepas bayar tu, terus lah menuju ke tempat sewa baju, then bergambar sampai lebam.

84

85

86

87

88

Dah habis seronok menangkap gambar tu, kita orang pun terus ke Namsan tower. Mula-mula ingat nak berjalan je, tapi aku macam lost direction sekejap, jadi plan seterusnya adalah ambil teksi untuk naik ke atas. Kalau korang nak selamat, ambil teksi warna kuning, start meter 3000 won, aku punya, aku terambil yang ekslusif, kena 5000 won. Dalam kesejukan, aku mcm tak ada choice pun nak tunggu yang warna kuning tu lalu. Sejuk sangat kot time tu.

Duduk berborak dengan pemandu teksi, dia tanya aku Malaysia 4 musim tak? aku jawab tak, kita ada sunny dan rainy day je. Dia cakap, dia tak suka panas -panas, tak boleh tahan katanya. Untunglah negara dia 4 musim kan~

Sampai tempat kereta kabel hari dah gelap, baru pukul 6 petang tapi dia punya gelap macam pukul 8 malam. Bayaran untuk cable car ialah 8500 won pergi balik. Trip dulu aku panjat je namsan ni, ambil masa dekat 30-40 minit gak, kali ni 5 minit je dah sampai ke atas.Sesiapa yang gayat tu, aku tak syorkan untuk naik guna kereta kabel ni. Aku tak ambil banyak sangat gambar dekat atas, naik ni pun sebab nak bawa cousin dekat mangga of love tu.

89

Dah sampai atas tu, sejuk dia, Allah jelah yang tahu. Tangan membeku macam ais kepal, kalau boleh time tu, nak je aku nyalakan api dan pegang api tu. Sempatlah aku menyeru kekuatan untuk snap gambar sepupu dgn adik aku dekat mangga cinta. Sempat  juga aku ke tempat cenderahati, nak jumpa gf korea aritu, tapi dia tak ada pula. KECEWA. Dengan kesedihan itu aku turun membawa diri ke bawah. Masa nak turun tu, kita org terjumpalah lif serong yang si Wita asyik cakap aritu, apa lagi try la naik (or turun, sebab kita roang nak ke bawah, eh? tak lawak, kbai).

90

91

92

93

Masa dekat dalam lif tu, ada la orang Korea nak masuk juga tapi sebab dah penuh, aku pun nak cakap, sorry, then entah pasal apa aku terikut cakap org Jepun dalam lif yang sama, “gomen dasai “. Ada akak Korea sebelah aku senyum je, maybe dia faham bahasa English sebab aku duk melalut “I can’t remember, how to say “sorry” in Hangul.’ then dia cakap kat aku “Mianhamnida” hahaha.

Terus aku borak dengan dia pasal nak ke stesen Myeongdong, dia pun terus dengan suka rela nak tunjuk jalan. Rupanya lif ni seberang jalan je dari Starbucks yang kita orang pergi tempoh hari. Aku minta nak bergambar dengan akak tu, dia gelak gelak then refuse, sedih, 2 kali dah orang refuse nak bergambar dengan aku, mungkin tak cukup mcm lee min ho kot.

Destinasi seterusnya kita org bergerak ke Muree Korean Restaurant di Itaewon, kedai ni terletak di belakang masjid Seoul, senang je nak cari, cari masjid confirm jumpa dia ni. Dapatlah makan bulgogi yang aku idamkan. Ada side dishes yang boleh refill memang terbaik kot. Aku suka kimchi dekat seoul, tak tipu ok.

95

94

12

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

6 Comments

Leave a Reply
  1. Nak tanye lagi, let’s say from Namsangol Hanok Village tu kan, naik cab smpi tempat yg the closest dengan N Tower..possible kah? tak mo naik cable car…else naik bus jer kan? num 02.

  2. Saya oder menu yang sama kat Muree :) kalau tak silap Bulgogi…2 orang tapi oder satu jenis je, nasik amik 2 pinggan, bulgogi satu… orang kedai tu cakap, amik satu tak cukup dua suruh oder lagi, saya cakap nak rasa je, bukan nak makan bagi kenyang…. haha…

    • Hahaha, tapi bulgogi dia terbaik.Saya suka side dishes dia tu yang boleh refill. Sepupu duduk makan ke salted seaweed tu banyak-banyak. Sedap bebenor. Lain terus kimchi dekat sana dengan dekat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Seoul (2) November 2013 – Nami Island, Namdaemun Market (Honey Candy) , Itaewon (Mr.Kebab) 2013 part 2

Trip ke Langkawi Yuyu’s wedding 2013