eyes on me Makan

Fish & Co iOi City Mall, Putrajaya

Written by Radin Fadli

Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki dekat pusat membeli -belah terbaru di Putrajaya ini. Selalunya kalau orang sebut pasal iOi City Mall, ramai yang akan berpusu-pusu menulis dan mencadangkan supaya singgah di Magnum Cafe. Sewaktu aku berjalan berdekatan dengan Magnum Cafe, dia punya barisan beratur dah sampai ke pintu. Gigih betul orang nak merasa kesedapan aiskrim Magnum yang di gembar – gemburkan. Mungkin lain kali datang, boleh lah pergi mencuba dekat Magnum Cafe iOi City Mall ni, I had my experience with Magnum Cafe during My Jakarta and Medan’s trip. Jakarta punya terbaik berbanding dengan di Medan. Tapi kali ini tujuan kita ialah Fish & Co iOi City Mall, Putrajaya .

Satu benda yang aku rasa, iOi City Mall ini crowded dengan manusia. Mungkin sebab mall baru atau memandangkan pilihan kedai makan di sini lebih banyak berbanding dengan Alamanda. Tapi kagum juga tengok orang beratur nak masuk kedai makan macam di Tony Roma’s. Panjang sungguh, terlintas dalam hati aku , mewah sungguh orang Malaysia kita sebenarnya.

Memandangkan semua tempat di penuhi dengan pengujung, jadi aku minta Mui suggestkan tempat untuk makan. Katanya yang paling enak, Fish & Co. udangnya sedap. Kalau nak makan udang kenapa pergi Fish & Co.? pergilah ke Prawn & Co. SANGAT HAMBAR okay?

IMG_3222

IMG_3225

Lokasi Fish & Co. ini terletak di tingkat 2, berdekatan dengan Ice Rink. Sewaktu aku tiba, ada beberapa lagi meja yang kosong, jadi YEAY! tak payah nak beratur dan menunggu. Seperti kebiasaan, apabila mencuba yang kedai baru , memang blur nak pilih makanan yang mana satu. Nanti salah pilih, tak sedap, naya. Jadi sambil membelek – belek makanan , I meant menu makanan, akhirnya buat keputusan untuk mencuba seafood platter for 1.  Untuk minuman , aku pilih Ice Lemon Tea.

Fish & Co di iOi City Mall, Putrajaya

IMG_7291

IMG_7292

IMG_7293

Sambil menunggu makanan tiba, sempatlah tangkap – tangkap gambar sedikit. Maaf kalau kualiti gambar yang tak berapa elok, maklumlah pakai kamera telefon. Kualiti pun , kualiti telefonlah juga. Dalam tengah menunggu tiba, tiba-tiba ternampak Perdana Menteri kita lalu menuju ke Ice Rink, aduh, terlepas peluang untuk berselfie. Tak apalah tiada rezeki.

IMG_7297

IMG_7295

Dalam 30 minit, makanan kami pun sampai. Dari segi rupa dan presentation memang nampak mengiurkan , tapi setelah aku dig in, memang sedap. Aku rasa part yang aku paling suka , nasi dia. Makanan pilihan aku di datangi dengan udang, ikan , nasi dan kentang jejari.

IMG_7303

Seafood Platter For 1 (RM29.95)

Fish & Co iOi City Mall, Putrajaya

Seafood Platter For 2 (RM55.95)

Kepada peminat seafood yang ingin mencari kelainan dari Bubba Gump Shrimp Co. boleh mencuba makanan di Fish & Co. ini. Kalau sesiapa ada pengalaman pernah makan dekat Fish & Co. kongsi pengalaman anda di ruangan komen, mana tahu, ada yang boleh mencadangkan menu makanan yang lebih power dari yang aku makan.

Until then bon apepetit!

Harga: 3/5

Rasa:3.5/5

Kebersihan:4/5

Servis:4/5

*Pendapat Peribadi

 

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

6 Comments

  • org kuantan dah sampai ioi mall ? sis yg dok sebelah ni pun x sampai lagi … org m’sia ni bila harga brg n minyak naik , kena gst , mrk pun naik minyak sungguh , meroyan gila . Tapi bila ada mall baru , sales ke , ada je duit mrk kan … dah mcm cakap x serupa bikin …

  • wahh.jauhnya makan Aiskrim Magnum..Jakarta noon heee

    belum pernah ke IOI Mall Putrajaya…sebut pasal Mall ni..mana2 mall pun mesti di penuhi dengan orang Melayu kerana kuasa dan nafsu membeli lebih tinggi dari Bangsa lain. Bukan nafsu membeli je nafsu lain pun sama ahahaha so siapa kata org Melayu ni susah

    ahahah part ni lawak..nak mkn udang sedap tapi Fish & Co bukan Prawn & Co

    harga 3/5..cer beri haraga sebenar..rasanya JM x mampu mkn kat sini

    • Betul tu JM, orang penuh macam semut. Jap saya update entri tulis harga, senang sikit orang nak buat references kan

Leave a Reply

%d bloggers like this: