eyes on me Friends

Berbuka puasa di padang MPK 1, Kuantan

Written by Radin Fadli

Assalamualaikum .
Annyeonghaseoyo.
Semasa membuat blogwalking tempohari, banyak yang ter come across dengan entri-entri yang menyajikan tempat untuk berbuka puasa. Lebih mencabar kalau terbuka entri sedemikian rupa pada tengahari hari buta. Sabar ye, sabra itu separuh daripada iman.

Jadi entri kali ini nak memperkenalkan kepada anda semua tentang satu tempat atau aktiviti berbuka puasa yang famous di Kuantan, Pahang. Amaran keras kepada mereka yang mudah teruja, jangan buka entri ini. Di sarankan hanya di baca selepas waktu berbuka nanti.

Aktiviti yang yang ingin aku perkenalkan adalah berbuka puasa di padang. Aktiviti ini dah jadi macam temasya tahunan di mana penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya membawa makanan dan berbuka puasa di padang MPK 1, Kuantan, Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Jangan pergi padang lain pula, nanti kena rembat dengan budak- budak nak main bola sepak.

1
Sebelum memilih tempat duduk anda boleh membeli makanan di bazar Ramadan yang berdekatan. Sangat mudah bukan? Tak perlu nak pergi jauh-jauh untuk ke bazar. Ada juga keluarga yang membawa bekalan makanan dari rumah. Lebih jimat. Di baaar macam – macam ada, dari kuih, nasi beriani, murtabak, malas nak list semua, korang pun tahu berapa banyak makanan dekat bazar kan? Jadi belilah dengan berhemah.

2

Cantiknya belon

Ada beberapa tips untuk berbuka di Padang ini:

  1.  Datang awal untuk elakkan kesesakan lalulintas.
  2.  Pastikan parking kereta di tempat yang betul dan tidak menghalang laluan orang lain
  3. Pilih kawasan rumput yang lembut, kalau duduk yang ada batu- batu sakit pula punggung nanti.
  4.  Jangan lupa bawa potongan surat khabar atau tikar sebagai alas. *Dia orang ada jual dah alas dekat bazar
  5. Bawa kelengkapan untuk solat. Kalau tak sempat balik rumah, boleh singgah masjid dahulu untuk solat maghrib. Jangan pula berbuka puasa tapi tak solat. Pelik orang macam ni.
  6. Hanya makan apabila azan berkumandang menandakan masuk waktu maghrib di Kuantan. Kalau anda orang Sabah, walaupun di Sabah sudah berbuka, anda still tak boleh makan.
  7. Membeli makanan dengan berhemah, jangan membazir kerana itu perangai syaitan. Tak nak jadi syaitan kan?
  8. Sediakan duit kecil. Memudahkan pengurusan sewaktu membeli makanan. Takkan beli putu mayam RM2 guna duit RM100. Mudah dan tepat.
  9. Perhatikan makanan yang anda beli, takut – takut ada yang dah tak elok. Ini boleh elak dari sakit perut malam nanti dan tidak berpuasa pula keesokan hari akibat diarrhea.
  10. Selepas azan berkumandang, jangan lupa baca doa berbuka puasa dan doa makan. Jangan terus telan buah Melaka tu tanpa kunyah.
  11. Bawa air untuk cuci tangan kalau anda tidak membawa sudu dan garfu. Kebersihan diri kena jaga.
  12. Dan yang paling penting, selepas makan. KEMAS. Pandai makan, pandai kemas. Ikat elok-elok, dan buang di tong sampah yang di sediakan. Jangan main campak sahaja. Senangkan kerja orang yang akan mengutip sampah nanti.
3

Orang dah mula memenuhi kawasan padang. Rumput yang lembut makin susah nak dapat.

Rasanya itu sahaja tips yang boleh bagi sekiranya berbuka di padang ini. Kenapa bagi amaran hanya buka entri ini  selepas waktu berbuka? Sesaja poyo je sebenarnya.

Apa yang aku beli untuk berbuka?

Nasi kukus ayam dara: Rm6.50
Putu mayam:RM2
Air mineral :RM1

Tak sampai RM10. Pelik orang berhabis berpuluh- puluh ringgit, mesti jenis tak mampu mengawal nafsu apabila melihat makanan di bazar. Ingat, Ramadan ni berperang dengan nafsu sebenarnya, jangan tewas pula.

Nota kaki: Jangan lupa selfie , upload di instagram , dan hashtag #berbukadipadangkuantan supaya orang tahu anda pernah menyertai aktiviti berbuka di padang. TATA

4

Gambar ini tiada di instagram, harap mak long

About the author

Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won't be as cool as it is now.

11 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: