in ,

Trip ke Tokyo lah kita Bhg. 6 Shibuya, Nasco Food Court Shin Okubo

Hai, apa khabar semua. Lambat betul nak habiskan entri tokyo ini, please bear with me okay? Entri kali ini nak sambung cerita dari entri yang lepas, and I promise you the next entri akan bagi length yang berjela- jela.

Tanpa ku sedari lama juga berpusing – pusing di shimokitazawa. Sampai matahari hampir terbenam di ufuk timur kan? *Gila, kalau matahari terbenam di ufuk timur, kau tahu  dah petanda apa kan?

Aku mengajak Aunty Z ke Shibuya, ini memang salah satu tempat yang aku teringin nak pergi.  Amy decide nak follow kami dan kami berjanji dengan Uncle Hatta akan berjumpa di Shin Okubo untuk makan malam. Masa ini aku sedang serabut sedikit sebab Action Cam buat hal pula. Tulisan di skrin kept on blinking, percubaan nak tutup secara manual tak berhasil, apatah lagi nak merakam video dan menangkap gambar. Dah keluar dan masukkan memory card pun tak boleh. Risau betul aku kalau – kalau ia rosak, nanti tak dapatlah nak bergambar di Shibuya Crossing. Meraban aku mencari internet nak mencuba menyelesaikan masalah tapi memandangkan kami sentiasa bergerak, memang lagi sukar dibuatnya.

 Sampai sahaja di Shibuya, aku di sambut dengan kesesakan. Memang kesesakan tahap maksimum. Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di sini tahulah dia punya tahap serabut macam mana. Last sekali benda aku cuba untuk selesaikan masalah ialah dengan mencabut bateri, dan pasang balik. SETTLE. Punyalah lega hati beta tak dapat di gambarkan dengan kata – kata. Macam mana nak gambarkan dengan kata- kata, kena tangkap gambar lah agaknya. Dari dalam stesen Shibuya kami terus menuju ke Hachiko exit.

Di sini aku sempatlah bergambar dengan si Hachiko, si anjing yang setia. Ramai yang tulis blog mesti copy paste pasal cerita Hachiko ni, kalau dekat instagram bukan main panjang captionnya, tapi aku  takkan buat mcm tu, kalau nak baca pasal Hachiko  boleh google sendiri hahaha.

1

Akhirnya sampai juga aku dekat tempat wajib pergi di Tokyo, kalau orang kulit putih kata, been there done that list, Shibuya Crossing.  Banyaklah aksi yang bukan-bukan berlaku di sini, boleh di ibaratkan macam orang first time terjumpa tempat laluan penjalan kaki. Apa lagi memang aktiviti bergambar dan merakam video terjadi dengan banyak sekali. Thank you Amy tolong buat video time lapse untuk Pae. Yang paling aku tak sangka, orang sebelah Amy pun turut menangkap gambar aku , malu tersipu-sipu kot sebentar masa dia tunjuk gambar- gambar aku yang di ambilnya( Sewaktu orang tu menangkap gambar aku,aku perasan je,  tapi action buat – buat tak perasan hahaha).

Amy bawa kita orang pusing ke kedai Disney, tapi Aunty Z dan aku tak ada benda nak beli, takkan nak beli skirt Elsa pula. Destinasi seterusnya, kita orang bergerak ke Krispy Kreme nak mengalas perut.

1b

Sewaktu Aunty Z dengan Amy order makanan, aku lari keluar balik nak berpusing- pusing di Shibuya, perut bukan lapar pun ketika itu. Sempatlah menjamah mata tengok persimpangan tempat Hans from Fast & Furious kena bunuh, sempat juga buat perangai tourist dekat Shibuya Crossing, dan sempat juga menyaksikan gelagat ribuan manusia dekat Shibuya ni. Tempat ini lah Eiji Asuma lepak dengan Toru Egawa. (psychometrer eiji)

 1a

1b

1c

1d

Balik semula ke krispy kreme, aku sempatlah makan sedikit, (tak sempat nak snap gambar makanan sebab waktu aku sampai Aunty Z dengan Amy dah habis makan sudah). Selepas habis aktivit R & R, kita orang pun bergerak ke destinasi seterusnya. Aku tak berkesempatan nak minum dia Starbucks Shibuya ini. Kata orang, pemandangan Shibuya Crossing paling kemas kalau di lihat dari sini. Tak apa , nanti adalah rezeki lain kali aku nak datang.

1c

1d

Dari Shibuya kami bergerak ke Ueno untuk tukar baju Hard Rock Cafe tempoh hari. Sewaktu di Shibuya Station nak ke Train Line yang menuju ke Euno kena daki 4 tingkat bangunan, punyalah seksa , memandangkan train yang kami sampai tadi dari Subway, tapi train yang menuju ke Euno terletak di atas (macam LRT tu). Dalam subway station tu sempat juga aku test vending machine animated touch screen dekat subway station.Kemas Kemih.

Dari Ueno kami bergerak ke Shin Okubo. Sebelum menuju ke kedai

makan, kami pusing – pusing sebentar dia area Korean Town. Sempat aku beli seaweed kegemaran dekat sini. Harga baru macam RM15.

1

1a

1b

Dari Korean Town kami menuju ke tempat makan, Nasco Food Court. Uncle Hatta semua tengah makan, kira memang cun dah timing kita orang. Satay dekat sini memang sedap dan gemuk, I meant banyak isi. Sebatang cuma 100 Yen. Si Asah ajak kongsi beli nasi briyani, aku pun follow je, boleh tahan juga nasi briyani dia, harga 800 Yen sepinggan.

1

1b

1c

1d

1e

1f

map to nasco food court

Direction: Keluar sahaja dari stesen Shinokubo, (jangan risau ada satu Exit sahaja) terus lintas jalan. Jalan terus sampai penghujung blok bangunan, pusing kanan, jalan straight dan anda akan nampak kkedai tersebut di sebelah kiri anda.

 Jumpa di next entri =)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

9 Comments

Leave a Reply
  1. arghh…rindu sama kag ‘jepun’ bila tgk semula semua pic nih..x nk kalah sama Biedan RF..kampung korang di Seoul then JM nyer di Tokyo..boleh gitew…ahahah..dasar x sedar diri cam diri tu kaya hohohoh..ntah bila lagi leh jejak kaki ke sana hhuhu

    • tukang makan ini susah nak gemuk, metabolisma tahap dewa hehehe. Banyak, tapi sebenarnya saya boleh habiskan seorang percaya lah

  2. Walau ke Jepun, tetap lah jejak area yang ada kaitan ngan kampong. Haritu memula booked hotel area sini ah pastu tukar gi Asakusa. Kalau jadi duk situ, memang sah kena perli ngan jemaah lain hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trip ke Tokyo lah kita Bhg. 5 Shimokitazawa

Trip ke Tokyo lah kita Bhg. 7 Hakone